Tidak lama lagi Persidangan SRI 2013 akan berlangsung di Orient Star Resort, Lumut Perak pada 11-13 Jun, 2013. Sekarang adalah kerja-kerja pelarasan bagi memastikan persidangan berjalan dengan licin.
Nota: Bagi posting berbentuk maklumat semasa berkenaan pandangan Mak Tam terhadap Malaysia Tanahairku, sekarang ini akan dikumpulkan dibawah tajuk MALAYSIA TANAHAIRKU di tab berkaitan (disebelah tab ‘Home’)
MALAYSIA TANAHAIRKU : Penyelewengan Pilihanraya PRU13 – Part 72
.
.
.
.
.
Penyelewengan Pilihanraya PRU13
“Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”
.
Dengar baik-baik. Terangkan hati.
.
.
.
.
Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
Jangan, jangan dan jangan…..
Jangan fikir kami penyokong Pakatan Rakyat (PR) mahu turunkan Umno-BN kerana anda telah lama memerintah. Bukan sebab itu. Kami mahu anda turun sebab anda tidak lagi amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Banyak bukti yang terang lagi jelas sikap tidak amanah anda termasuklah laporan oleh audit negara tentang salah guna dana awam sebanyak RM250 juta dalam kes NFC
Kalau anda amanah, kami benarkan anda terus berkuasa sampai bila-bila. Sebagai Muslim pula, sikap tidak amanah yang paling besar ialah apabila anda menolak hukum Allah dengan pelbagai alasan. Anda mencari dalih untuk tidak melaksanakannya, bukan mencari jalan untuk melaksanakannya.
2. Jangan fikir bumi Malaysia ini milik suatu kaum sahaja. Kita mesti menerima hakikat bahawa orang Melayu, Cina, India, Kadazana, Iban dan lain-lain kini berada di bawah satu bumbung. Hal in kerana, semasa menerima kemerdekaan dahulu Umno telah menerima syarat British bahawa kemerdekaan ini mestilah menerima orang Cina dan India sekali sebagai warganegara. Sebagai imbalannya diwujudkan hak istimewa orang Melayu – untuk melindungi dan membetulkan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa terbesar di Tanah Melayu yang terpinggir semasa British berkuasa.
3. Jangan anggap penyokong PR tidak patriotik semata-mata kerana kami tidak menyokong Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Kami juga seperti rakyat Malaysia yang lain rela berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah tumpah darah ini – bukan berkorban demi mempertahankan Umno-BN. Takkan tak tahu perbezaan antara berkorban untuk negara dan berkorban untuk parti! Umno-BN hanyalah sebuah parti yang menang pilihan raya dan boleh diturunkan apabila tidak lagi mendapat undi majoriti. Parti yang memerintah boleh ditukar ganti tetapi negara tumpah darah ini tiada duanya.
4. Jangan ingat semua rakyat tidak tahu langsung tentang ilmu kenegaraan, konsep kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sebagainya. Sudah ramai yang memahami tentang bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri, tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Oleh itu, janganlah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau menyalahkan kerajaan negeri yang dikuasai PR kerana tidak berbuat itu atau ini, sedangkan perkara tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
5. Janganlah menuduh mana-mana penjawat awam yang telah bersara tidak mengenang budi kerajaan kerana mengisytiharkan menyokong PR. Takkan lah anda tak tahu beza antara makan gaji dengan kerajaan dengan makan gaji dengan parti. Kakitangan awam itu bekerja dan makan gaji dengan kerajaan Malaysia bukan makan gaji dengan Umno-BN. Kerajaan Malaysia milik rakyat Malaysia dan bukan milik Umno-BN. Jadi mereka bebas menyatakan pendirian mereka untuk sokong mana-mana parti pun!
6. Jangan diskriminasikan rakyat di mana-mana kawasan yang tidak dimenangi oleh Umno-BN. Ingat! Kami juga pembayar cukai dan berhak menikmati apa-apa pembangunan dan kemudahan. Bukan penyokong Umno-BN sahaja yang bayar cukai. Contohilah kerajaan negeri di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang – bantuan yang diberikan tidak pernah mengira sama ada seseorang itu penyokong PR mahu pun penyokong Umno-BN.
7. Jangan ingat rakyat tak tahu apa-apa pasal negara luar. Contohnya, setiap kali harga minyak dinaikkan, anda memberikan alasan bahawa harga itu lebih murah berbanding negara serantau – dan carta perbandingan akan dikeluarkan untuk mengukuhkan tindakan anda. Tak kanlah setiap kali ada kenaikan alasan yang sama digunakan, sudah kehabisan faktakah? Sepatutnya, anda juga mesti membandingkan juga harga kenderaan, gaji, hartanah, kos pengajian dan sebagainya. Rakyat tidaklah menentang apa-apa kenaikan kos cukai dan sebagainya tetapi biarlah dibuat atas alasan yang betul dan pada masa yang sama pemimpin juga perlu berjimat cermat. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan mengiring!
8. Jangan gula-gulakan rakyat dengan BR1M, KR1M, TR1M dan sebagainya. Anda beri sekelompok rakyat sedikit habuan tetapi anda ambil banyak. Contoh yang paling mudah ialah elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalan perdana menteri (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000). Itu baru elaun keraian untuk sebulan! Belum dikira gaji dan lain-lain elaun serta pelbagai lagi kemudahan. Anda perlu sedar bahawa duit gaji tu rakyat yang bayar, tol anda rakyat yang bayar dan duit minyak kenderaan rakyat yang bayar. Alih-alih kamu minta rakyat berterima kasih kepada kerajaan kerana beri BR1M RM500 setahun! Apa barang….!
9. Jangan salahkan rakyat apabila semakin ramai yang tidak mengundi Umno-BN. Jangan lah menganggap setiap teguran dan kritikan itu bermakna rakyat tidak suka anda. Bukan semua kritikan itu mahu menjatuhkan anda. Sebenarnya, rakyat mahukan yang terbaik dari anda tetapi apabila setiap kritikan dan teguran dianggap mencabar kuasa, akhirnya rakyat meletakkan bahawa tiada cara lain untuk menegur Umno-BN selain kertas undi.
10. Jangan ingat Umno-BN akan kekal berkuasa selama-lamanya. Jangan ingat anda tidak mati suatu hari nanti. Di dunia ini tiada yang kekal dan kebal. Anda boleh menang dengan cara yang tidak sihat tetapi akhirnya akan menemui titik noktah. Mungkin juga parti anda boleh menang beratus tahun lagi, tetapi anda tidak. Setiap penganiayaan terhadap rakyat dan musuh politik kamu – kami akan tuntut keadilannya diakhirat nanti.
MALAYSIA TANAHAIRKU : Kembara Perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim – Part 71
.
.
.
.
.
Kembara Perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim
“Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”
.
Mak Tam mengikuti perjuangan DSAI sejak 1998. Banyak perkara yang menyayat hati berlaku dan Mak Tam tak dapat melupakannya hingga sekarang. Tak ramai orang yang boleh melalui apa yang dilalui oleh DSAI serta keuarga dan masih boleh terus melawan arus. Mak Tam tabik kat DSAI dan DSWA. Semoga Allah memberi mereka sebaik balasan di dunia dan di akhirat. Amin.
.
.
Hafidzi Mohd Noor
JANGAN JADI BATU RONSEN!
Ada sahabat fb bertanya salah kah orang melayu mempertahan dan menuntut hak mereka? Ini adalah lanjutan dari wallpost saya bahawa jangan dibalas rasisme dengan bersikap rasisme juga.
Saya jelaskan di sini.
Premisnya ialah orang melayu merasa terancam dengan ‘kebangkitan’ atau istilah yang digunakan oleh PM kita ‘tsunami Cina’. Bagi saya orang melayu tidak perlu merasa terancam dengan apa yang di war-warkan sebagai ‘kebangkitan’ orang Cina. Pertamanya kebangkitan atau lebih tepat lagi kesedaran ini tidak ekslusif pada kaum Cina. Kesadaran ini merata kepada semua rakyat Malaysia yang mahukan sistem pemerintahan/pentadbiran yang lebih baik – di mana aspek urus tadbir yang telus dan lebih transparent, pembanterasan rasuah yang bermaharajalela, penyelewengan dana awam, pembaziran dan ketirisan, hutang yang terus menumpuk sehingga menjadi beban kepada generasi hari ini dan akan datang. (tidak perlu saya huraikan dengan terperinci – kita bolih semak laporan ketua audit negara, bolih rujuk kes-kes rasuah mega yang dibawa ke mahkamah, laporan laporan kerugian yang mencecah bilion RM). Ini termasuklah budaya lucah dan politik kotor yang semakin membarah sehingga menjadi budaya politik popular.
Siapakah yang menghakis hak orang melayu selama ini? Siapa yang menggadai tanah rezab melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan? (ini amat ketara di Johor di mana tanah rezab melayu hanya tinggal 10% dan ini bukan fitnah – maklumat ini adalah dari sumber rasmi). Siapa yang mencetuskan krisis perlembagaan sehingga kuasa Raja-Raja dihadkan? Siapa yang menghapuskan peranan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi orang melayu? Siapa yang mengubah dasar pendidikan kebangsaan dan menukar bahasa pengantar dari Bahasa melayu ke B. Inggeris? Siapa yang melaksanakan PPSMI dan menggugat Bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan kemudian membatalkannya sehingga menyebabkan kerugian yang besar hasil dari pelaburan yang tidak perlu. Siapa yang melahirkan towkey-towkey kaya yang menguasai Telcos, IPP, yang memonopoli barangan asas (gula, tepung dsbnya)? Siapa yang menekan rakyat dengan beban tol yang konsesinya dilanjutkan dan kadarnya terus dinaikkan dari masa kesemasa? Senarai penghakisan orang melayu oleh Kerajaan yang diterajui oleh orang melayu ini amat panjang berjela.
Tiba-tiba bila kuasa mereka terhakis mereka letakkan kesalahan dan kegagalan mereka untuk mendapatkan kepercayaan rakyat kepada kaum Cina. Ini bermakna kaum Cina telah dikambing hitamkan atas kelemahan kerajaan yang diterajui oleh Parti tonggak Melayu. Untuk mengalihkan perhatian rakyat maka merekapun menuding jari kepada Sek Jenis Kebangsaan (C), mereka salahkan kedai-kedai Cina (Speedmart, Oldtown White Coffee, Roti Massimo), Restoran Papparich, mereka salahkah generasi muda Cina yang menyokong PR. Mereka salahkan 90% kaum Cina kerana tidak menyokong mereka. Dan mereka tafsirkan ini sebagai satu pengkhianatan ke atas orang melayu. Sedangkan merekalah yang telah mengkhianati orang melayu sendiri.
(Saham FGVH adalah contoh yang amat ketara. Louis Dreyfuss Syarikat Asing mendapat 91,204,000 unit saham. Jumlah saham ini sama dengan lebih kurang saham yang diagihkan kepada 112 ribu keluarga peneroka yang mendapat 800 unit saham satu keluarga).
Untuk mengalihkan dari isu sebenar maka diapi-apikan lah (zaman saya budak budak dulu istilah yang kami pakai ialah jadi ‘batu ronson – batu api) sentimen perkauman. Di keluarkan kenyataan-kenyataan yang boleih menimbulkan ketegangan kaum. Sehingga memaksa tokoh-tokoh masyarakat mengingatkan bahawa apa yang dilakukan adalah perbuatan jahiliyah dan haram. Maka sebab itulah saya tulis status itu ‘jangan dibalas rasisme dengan rasisme juga’ apatah lagi ap perkauman itu ditiup oleh orang melayu Islam sendiri.
.
Ραкαтαη яαкүαт εlεcтισηs ηεωs
MB Selangor : Dua nama diangkat, tapi Khalid jadi pilihan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM – Selang beberapa jam selepas Mohamed Azmin Ali mempertikaikan berhubung proses menamakan calon menteri besar Selangor dan mengkritik pentadbiran negeri sebelum ini, PKR tampil dengan satu kenyataan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah mendapat restu Pakatan Rakyat (PR) untuk diangkat semula menjawat jawatan itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua nama telah dicadangkan kepada pimpinan parti dan nama Khalid dipilih untuk kekal sebagai menteri besar.
“Berteraskan kepada prinsip konsensus dan rundingan serta semangat kesetiakawanan dan kerjasama yang selama ini telah tersemai dalam Pakatan Rakyat, PKR telah mengangkat dua (2) nama dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang berjaya memenangi kerusi mereka… ,” tulis kenyataan media itu.
Namun, “Pas dan DAP, menerusi Presidennya Yang Berhormat Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng masing-masing telah bersetuju supaya Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan meneruskan khidmat cemerlang beliau menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor sebelum ini,” tulis kenyataan media itu lagi.
Sehubungan itu, Saifuddin menyeru seluruh rakyat Selangor dan Malaysia amnya terus bermuafakat demi agenda perubahan negara.
“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami dan rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat terhadap para pengundi khususnya dan rakyat negeri Selangor amnya kerana telah memberikan kepercayaan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan negeri Selangor buat penggal yang kedua,” katanya.
MALAYSIA TANAHAIRKU : LIVE STADIUM KELANA JAYA SEKARANG – Part 69
.
.
.
.
.
LIVE STADIUM KELANA JAYA SEKARANG
“Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”
.
Sila tukarkan quality youtube ke 240p untuk tayangan lancar. Pergi sekarang. 40 ribu lebih menonton streaming di youtube (reload jika sangkut). Berpuluh ribu di stadium. Beribu diluar stadium sebab tak boleh masuk. Berpuluh ribu dalam kenderaan masih sangkut dijalan. Allahuakbar. Boleh cuba yang ini http://www.ubah.tv/ (ini audio sahaja).
.
Yang ini ulang tayang.
Oleh A. Samad Said
IBU SEGALA TIPU
Dengan sanubari sequdus hasrat
lelangkah yang luhur sepadu hajat
kita berhimpun sepenuh harapan
sedia tentang inti kemungkaran.
Awalnya segala tersenyum ilham
cuaca dan hajat akrab bersalam.
Kita memangkahnya secekal qalbu
rindu memahat sejarah yang syahdu.
Iklim yang gusar tetiba meledak
ketika kendera menyusup rahsia,
dan demokrasi sengaja dikocak
sebijak helah sekejam pendera.
Kertas undi yang terkumpul berbalam
sopan dan segan diusik khayalan,
sebaik senja disenyumi malam
sesenyapnya bermula pencemaran.
Malam debaran tersentap amarah,
cahaya bulan dikoyak-koyaknya,
rahsia gelap memulai dosanya,
berterbanganlah undi yang ditambah.
Kita berhimpun di padang sejarah
demi melawan kemungkaran baru;
demokrasi wajar dipelihara
daripada ibu segala tipu.
MALAYSIA TANAHAIRKU : HATIKU MENANGIS – Part 67
.
.
.
.
.
HATIKU MENANGIS
“Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang”
.
Selama 23 tahun insan ini telah membawa peralihan banyak hati melihat Islam dengan wadah universal. Sekarang dia dengan segala rela hati melepaskan jawatan Menteri Besar setelah mengukuhkan kedudukan parti PAS di Kelantan. Bila dikenangkan bagaimana dari kalangan orang Melayu sendiri menghina beliau bertubi-tubi dengan berbagai perkataan, perbuatan dan perlakuan, hati ini terlalu sedih.
Pada satu ketika anaknya ditangkap dan diletak bawah akta ISA daripada 2001 hingga 2006. Mak Tam masih ingat kata-katanya bahawa Tok Guru telah berpesan kepada anaknya Nik Adli bahawa beliau tidak akan pergi melawat anaknya diKemunting demi maruah. Tok Guru bukan seorang yang akan tunduk kepada serangan dan ugutan orang-orang yang jahat dan tidak berhati perut. Hati ini perit memikirkan bahawa yang membuat angkara dan penganiayaan bukan orang lain tetapi orang yang mengaku mereka Islam.
Perjuangannya telah mengubah pandangan rakyat Malaysia terhadap orang Islam. Menyatukan hati ramai diantara orang-orang Melayu, Cina, India, dan pelbagai kaum dengan peribadinya yang telus dan bersih. Ya, hati ini akan terus manangis kerana perjalanan kita masih jauh. Akan adakah penggantinya dalam masa hayatku ini ……..
.
.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat…
Beliau berumur 82 tahun…
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’ di kalangan rakyat Malaysia.
Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.
Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”.
Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya:
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.
Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.
Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249. Ketika menang besar ini beliau melepaskan jawatannya dan diserahkan kepada timbalannya untuk meneruskan perjuangan.
Beliaulah bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990 – 2013) iaitu Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
sumber : harakahdaily
p/s :Bersaranya Tok Guru Nik Aziz amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz.
.
Video Puisi di sini http://youtu.be/FRt77C1uRKM
.
Lirik Puisi Negeri Kelantan Seindah Namamu – Oki Setiana Dewi