Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Benih Padi Sah

Benih Padi Berdaftar

SENARIO PENGELUARAN DAN MASA DEPAN BENIH PADI NEGARA

Kali ini Mak Tam nak bawa rakan-rakan pembaca ke senario benih padi negara. Bagi yang bukan dari bidang pertanian, terutamanya tanaman padi, mungkin tidak berapa perasan tentang perubahan yang telah berlaku. Bagaimana ianya akan mencorak industri padi pada hari ini dan masa depan, dan bagaimana ia digunakan untuk memerah keringat dan keuntungan pesawah dinegara ini. Mak Tam cuma harap bagi mereka yang mempunyai autoriti agar bertindak membuat pembetulan dari sekarang. Janganlah kita terus membiarkan penindasan para pesawah kecil melalui tindak-tanduk monopoli benih yang amat licik. Mak Tam bukan hanya bercakap mengenai ekonomi petani, tetapi juga kepada kesuburan tanah sawah yang ada dan juga kesihatan petani, keluarga mereka dan pekerja sawah.

Latarbelakang Pengeluaran Benih Padi

Program pengeluaran benih padi sah bermula pada tahun 1984 oleh Jabatan Pertanian bertujuan membantu pesawah mendapat benih padi yang berkualiti yang dibiak dari sumber yang disah oleh Jabatan Pertanian. Pada tahun 2007 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah Jabatan Pertanian masih kekal mengeluarkan benih sah sehingga tahun 2010 dan menjadi pilihan pertama pesawah kerana harga dan kualiti.

Disebabkan permintaan benih yang tinggi dan kos pengeluaran juga meningkat Jabatan Pertanian tidak dapat memenuhi permintaan walaupun mempunyai 5 loji pemprosesan di seluruh Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan ,Terengganu dan Selangor.

Faktor lain yang menyebabkan permintaan benih meningkat kerana adanya program-program peningkatan hasil padi di bawah agensi-agensi Kementerian Pertanian yang mengesyorkan kepada kadar penggunaan benih yang berganda dari kadar biasa dan penggunaan mencecah 74 000 m/tan setahun tidak mampu di keluarkan oleh Jabatan Pertanian.

Kejadian kesesakan jalanraya sejauh 4 km sehingga memerlukan kawalan keselamatan dari pihak polis trafik , petani-petani memasang berkhemah, bermalam di luar kompleks Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang berlaku setiap kali pengumuman tarikh jualan benih padi, dan berlaku kematian seorang petani di hadapan pintu pagar kompleks semasa beratur untuk mengambil nombor giliran pada tahun 1998 membuka mata Kementerian Pertanian untuk mengalu-alukan pihak swasta menyertai pengeluaran biji benih.

Oleh itu pada tahun 1998, Kementerian Pertanian telah menggalakkan dan membuka peluang kepada pengilang-pengilang beras untuk menyertai program pengeluaran benih untuk menampung keperluan benih padi negara.

Tidak ramai yang mahu melibatkan diri pada masa itu kerana pengeluar-pengeluar perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor berikut:

1- Modal untuk membeli peralatan pemprosesan biji benih
2- Perlu kepakaran teknikal dalam teknologi pengeluaran benih padi
3- Pasukan kualiti untuk pemeriksaan ladang benih
4- perlukan penglibatan petani-petani yang berminat untuk membuka ladang benih

Pada tahun 2000 hanya ada 3 pengeluar swasta dan 2 GLC yang terlibat antaranya:-

o Chantika Kelang Beras Sdn. Bhd. – Kedah
o Utara Seed Sdn. Bhd. – Kedah
o Haji Mohd Noor Sdn. Bhd – Selangor
o Felcra Plantation – Perak
o BERNAS – Kedah

Felcra dan BERNAS lebih awal dari pengeluar swasta yang lain.

Pada tahun 2002 – 2010. Dalam tempoh ini muncul pengeluar baru seperti berikut:

o Kilang Beras Pek Choo Keok – Kedah
o Kilang Beras Sukaramai – Kedah
o Kilang Beras Maju – Perlis
o PPK Lahar Bubu – Pulau Pinang
o Sime Darby Seed Centre – Kuala Lumpur
o Kilang Beras Weng Pha – Kedah
o Kilang Jelapang Selatan – Johor
o KADA – Kelantan
o MADA – Kedah
o Paddytech Resources – Terengganu

Part 2 akan memberi pencerahan mengenai bagaimana Sistem Payung dan Rakan Benih dilaksanakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s