Produk SRI Diguna Mengganti Racun Kimia – Keberkatan Pertanian Fitrah Alam

Haruan Membesar Dalam Sawah Tanpa Racun

Sebentar tadi Mak Tam membuka fb dan ternampak gambar-gambar ikan diupload oleh saudara Zulkifli Sulaiman a.k.a. Tedung dari Sawah Sempadan, Selangor. Terbeliak mata Mak Tam melihat gambar haruan yang lebih sikit 1 kilogram beratnya. Oleh kerana dah tak boleh tahan, dan walaupun sudah jam 11 malam, Mak Tam terus menelepon Zul.

“Ikan tangkap kat mana nih?”, tanya Mak Tam.

“Ikan saya tangkap kat dalam parit tepi rumah saya,” jawabnya ringkas. Terus saja menceritakan mengenai banyaknya ikan dalam parit tepi rumah.

Ikan Puyu Dari Parit Dalam Sawah

“Mak Tam, kalau ada racun, manakan upaya anak-anak ikan yang masuk melalui air palung itu hidup dan membesar. Lama dah matinya,” tambah Zul lagi.

“Ikan haruan tu sebahagian adalah untuk abang saya yang menjalani operation. Saya pun tak sangka boleh jadi sebesar itu. Sekilo tu Mak Tam,” sambungnya lagi.

“Banyak lagi gambarnya. Itu saya tunjuk yang sebahagian saja. Banyak lagi tak upload,” kata Zul.

“Eh. Upload le kesemua sekali. Upload le. Mak Tam nak nengok,” gesa Mak Tam.

Yang Putih Adalah Ikan Lampam, Ikan Puyu, Anak Haruan

Hati Mak Tam rasa amat tersentuh melihat kehebatan alam yang disediakan oleh Allah swt dengan segala kelebihan. Tapi kita juga yang selama ini dan terus menerus mengabaikannya.

Mak Tam juga tabik kat Zul kerana terus komited tidak mahu mengguna racun dalam sawahnya. Hasil padinya tidak terjejas, kos pengeluarannya dapat dikurangkan, Zul bertani secara sihat, anak-anaknya tidak terdedah kepada racun disekeling rumahnya, semoga kesihatan seisi keluarganya terus terjaga.
Aik. Baru sebentar nampak gambar ikan sepat goreng dalam pinggan berisi nasi. Kita yang nengok ni telan air liur saja lah. Tak aci betul Zul ni. Siap tayang ikan sepat goreng segarnya.

Ikan Puyu, Ikan Sepat dan Haruan

Seorang pensyarah dari UPM yang membuat kajian mengenai ikan sawah menyatakan bahawa anak-anak ikan masuk ke sawah melalui air yang dibekalkan. Apabila anak-anak ikan yang kecil ini terkena racun kimia, maka matilah mereka.

Inilah yang berlaku setiap musim dikawasan sawah. Kalau dulu orang yang tinggal di kawasan sawah tidak payah membeli ikan, sekarang mereka terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli ikan untuk makan harian.

Jom lah kta ramai-ramai membuat perubahan dengan cara kita bertani. Kita jaga tanah kita supaya subur balik. Kita jaga agar anak-anak ikan tidak terbunuh. Racun kimia bunuh anak ikan secara ‘instant’. Tapi tahukah kita bahawa racun kimia juga menjejaskan kesihatan kita semua – tak kira tua atau muda.

Produk SRI boleh dibuat sendiri. Berjumpalah dengan pegawai pertanian kawasan masing-masing dan mintalah mereka ajarkan. Atau terus mengikuti blog Mak Tam ini yang mana dari masa kesemasa akan memberikan cara membuat baja dan pencegah perosak/penyakit bio-organik.

Kalau tidak berminat nak membuat sendiri, pergilah ke bengkel SRI di kawasan sawah anda jika di negeri Selangor. Bagi negeri lain, di atas blog ini ada nombor-nombor yang boleh dihubungi. Buatlah sesuatu untuk kebaikan kita semua. Mak Tam hanya mampu menyeru kepada perubahan ke arah pertanian fitrah alam. Pertanian lestari.

Gambar di bawah ini Zul menunjukkan ikan ketutu yang didapati dari sungai. Disimpannya dalam parit tepi rumah hinggalah sebesar itu. Sekarang disimpannya dalam kolam disawahnya untuk dimakan pada lain hari. InsyaAllah, perkara begini boleh terjadi bagi semua kawasan sawah. Tepuk dada, tanya selera!

Ikan Ketutu Dari Sungai di Simpan Dalam Kolam Tepi Rumah
Ikan Ketutu Dari Sungai di Simpan Dalam Kolam Untuk Makan Lain Hari
Wakil Produk SRI Negeri

Wakil Produk SRI Negeri

Advertisements

Padi SRI Selangor : Ikan Pulang Ke Sawah Dengan SRI

Padi SRI Selangor : Ikan Pulang Ke Sawah Dengan SRI

UPDATE: Gambar pada hari menggagau ikan ada di sini.

Ikan Haruan Sawah

Aiman Menjulang Ikan Haruan Sawah

Isnin, 20 Feb, 2012 merupakan tarikh yang bertuah bagi Mak Tam. Buat pertama kali dalam seumur hidup menyaksikan cara mengambil haruan dari sawah. Mak Tam tidak lahir dalam kampung yang ada sawah, kenal sawah pun semasa bersekolah rendah, iaitu semasa bercuti di Kampung Ngok, Kuala Kangsar. Tapi tidak berpeluang melihat Tok menangkap ikan pada masa itu.

Semasa Mak Tam sedang dalam perjalanan ke Tg Karang, Mak Tam menerima panggilan telefon dari saudara Mohd Nor Saarani dari Parit 5 Timur, Sg Besar. “Mak Tam. Saya nak turunkan air di parit sawah. Mak Tam nak datang tak?”

“Mak Tam nak singgah Tg Karang dulu. Petang nanti jam 3.30 ptg akan di Sg Besar,” jawab Mak Tam.

“OK. Saya tunggu Mak Tam tiba,” jawab Mohd Nor ringkas.

Petangnya, selepas selesai kerja sebelah pagi, kami terus bergegas ke Parit 5 Timur, Sg Besar. Sesampai kami, Mohd Nor, isterinya Yati dan kedua anak mereka, Denise dan Aiman telah menunggu.

Mak Tam seronok betul melihat ikan haruan ditangkap lepas satu satu. Semoga pada musim-musim akan datang lebih banyak ikan pulang ke sawah mereka yang menggunakan produk SRI. InsyaAllah.


.
Kat bawah ni video Pak Tam menarik Aiman dari terlekat dalam parit.

Padi SRI Selangor : Ikan Kembali Ke Sawah

Padi SRI Selangor : Ikan Kembali Ke Sawah

Harga Haruan Hidup Mahal di Putrajaya

Harga Haruan Hidup Mahal di Putrajaya

Mak Tam dan Pak Tam sering mengambil masa lebih kurang 5 jam dalam kereta apabila berulang-alik ke Sabak Bernam. Banyak masa dan banyak benda dibincangkan. Tapi akhir-akhir ini kami banyak menceritakan pasal potensi petani-petani Sabak Bernam dan Kuala Selangor mendapat pendapatan sampingan menjual ikan sawah. Mana tidaknya. Kami terkejut tengok harga ikan haruan hidup di Carre Four Putrajaya. RM33.90 sekilo!

Pada musim 1/2011 dulu, Encik Rosli dan isterinya Puan Sharifah dari Sg Leman dapat menjual hampir RM300 dari hasil ikan dari parit dalam sawah dan dalam kebun timun mereka. Sudah dua musim mereka teramat kurang mengguna racun, dan jika perlu mereka mengguna racun kelas IV sahaja. Itu pun dengan dosage yang sikit. Peniaga racun mula bertanya kepada Encik Rosli mengapa sekarang tak beli racun dan baja foliar lagi. Encik Rosli kata sekarang semua dapat free.

Pada musim lepas pula, tiada ikan. Heran juga saya. Tapi Puan Sharifah kata ada 4 atau 5 biawak serta memerang datang memakan ikan-ikan. Mmm.. rezeki biawak dan memerang le kali ini, kata Encik Rosli.

Kami pergi melawat sawah Mohd Nor Saarani di Sg Besar. Beliau menyatakan dia baru jual haruan dari sawahnya dengan harga RM8 sekilo. Dapatlah RM90, katanya. Dengar apa katanya dalam video ini. Subhanallah.. Maha Suci Tuhan Yang Mencipta Alam Dengan Segala Kesempurnaan…


.

Selepas mendengar kata-kata Mohd Nor dalam video di atas, kami bergegas ke sawahnya yang satu lagi yang juga menjalankan pengurusan cara SRI organik. Kalau ada mata kail masa itu, sudah tentu saja Mak Tam pun teringin nak mengail. Tapi tak pe. Nanti akan pakat dengan Mohd Nor boleh tangkap gambar dia mengail haruan. Masa dia turunkan air untuk menuai nanti, Mak Tam nak tangkap gambar haruan yang ada. Ni nak warning biawak dan memerang. Jangan le kacau. Nak videokan pengalaman ikan sawah balik kampong ni… Please….. 😐