Penyakit Yang Tiada Ubat? Tanaman Pisang Diserang Penyakit Moko

Penyakit Yang Tiada Ubat? Tanaman Pisang Diserang Penyakit Moko

Pokok Pisang Diserang Penyakit Moko

Pokok Pisang Diserang Penyakit Moko - Kredit gambar upttksb

Sebelum kita membincangkan bagaimana untuk menangani penyakit moko ini, mari kita berkenalan dengannya dulu. Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang nama saintifiknya adalah Ralstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, kapsikum dan kacang tanah.

Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Oleh yang demikian, adalah susah untuk dikawal melalui penggunaan kimia. Jangkitan juga boleh berlaku dari penggunaan peralatan seperti pisau, parang dan cangkul. Jadi kalau petani menggunakan parang untuk memotong batang atau mana-mana bahagian pokok yang berpenyakit moko ini, kemudian menggunakan parang yang sama pada pokok yang lain, bakterianya akan berjangkit kepada pokok itu.

Tanda Penyakit Moko Pada Tanaman Pisang

Tanda Penyakit Moko Pada Tanaman Pisang - Kredit gambar Kusumadarma

Seringkali, jangkitan bakteria ini adalah melalui akar atau umbisi. Tanda-tanda awalnya adalah daun tua menjadi kekuningan dan mula layu, dan kemudian menjadi kering dan longlai. Tanda-tandanya kemudian merebak kepada daun muda, dan daun muda bertukar warna menjadi hijau muda dan kadang-kadang berwarna keputihan, sebelum daunnya menjadi kekeringan. Sulur anak pisang akan layu. Pembesaran buah pisang menjadi terbantut, dan jika dipotong buahnya, isi dalam menjadi kehitaman. Untuk memastikan kehadiran bakteria ini, potong batang tanaman yang berpenyakit dan masukkan kedalam air. Kita akan nampak lendir keputihan turun kedalam air itu. Lendir itu mengandungi bakteria Ralstonia solanacearum.

Dalam keadaan sekarang, dimana tanaman pisang dijangkiti pengyakit moko, bukan sahaja melibatkan pengusaha bertanam pisang sahaja, bahkan industri makanan ringan juga akan terjejas. Berapa ramai petani dan pengusaha akan menanggung kesusahan jika penyelesaian tidak diberikan bagi menangani gejala ini. Tak payah sebut pasal racun sebab tidak ada racun bagi penyakit moko.

Persoalannya sekarang, apa kita nak buat?

Dalam beberapa minggu ini Mak Tam dan Pak Tam banyak membuat pencarian dalam internet. Berbincang dengan Wahidah kemungkinan untuk membuat ramuan untuk melawan penyakit moko khusus bagi tanaman pisang. Kita kena lawan bakteria dengan pelbagai jenis mikrob. Sama seperti kita melawan penyakit hawar daun padi di Sawah Sempadan hujung musim lepas dengan mengguna SRI Buah. Ramuannya juga telah dikenalpasti, iaitu OHN yang 5 jenis itu, dan beberapa campuran ramuan yang lain.

Kalau kita cerita sahaja, tapi tak cuba kat ladang, kita tidak akan tahu. Rasanya pihak bahagian teknikal Jabatan Pertanian kena pro-aktif dalam hal ini. Buatlah beberapa campuran ramuan bahan natural farming yang ada, cuba di ladang. Mak Tam dah berbincang dengan panjang lebar dengan saudara Zainal Abidin di Parit 4, Sg Besar pada awal bulan ni. Mak Tam yakin kita boleh mendapat sesuatu yang menakjubkan. Sesuatu yang tak pernah kita pedulikan, tetapi telah kita belajar 8 tahun yang lalu. InsyaAllah, ruang belajar dan mencerahan ilmu sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin berfikir melewati ‘kotak’ mindanya. Subhanallah… segala penyakit telah pun disediakan ubatnya oleh Pencipta Alam Semesta ini… percayalah! Kita cuma perlu mendalami ilmu alam ini dan mencungkil rahsianya satu persatu. Amin…
.

23 comments on “Penyakit Yang Tiada Ubat? Tanaman Pisang Diserang Penyakit Moko

  1. Salam en Jaafar Daud,

    Saya berminat nak dapatkan EM tu. Boleh beri sedikit maklumat utk produk serta cara penggunaannya. Boleh beli secara online sebab saya dari johor bahru.

    mohamad

  2. Assalam Puan Noorazimah, saya ingin mengetahui jika puan ada info mengenai penyakit pisang anthracnose yang disebabkan oleh colletotrichum musae? atau puan tahu kebun / ladang pisang yang dijangkiti penyakit ni?

    terima kasih.

  3. Ubat penyakit moko dari Filipina

    Filipino discovers cure for dreaded banana diseases
    Julia Jasmine Madrazo-Sta. Romana June 2, 2012 6:34pm
    For years, scientists and agriculturists all over the world have been working on developing a cure for Moko and Panama Disease —fungal and bacterial infections that could potentially wipe out the world’s banana plantations.

    Moko disease is a virulent bacterial infection that causes the fruits to ripen prematurely and kills infected plants in just a few weeks. Panama disease or fusarium wilt, on the other hand, is caused by the fungus Fusarium oxyforumcubense and is so damaging that it single-handedly destroyed the Malaysian banana industry only 3 years after it was discovered.

    These diseases are grave concerns for the Philippines: we are the 3rd largest banana exporting nation in the world, contributing around 12% of global banana exports. It’s a P35 billion industry that contributes almost P400 million in local taxes alone.

    Traditional treatments: ineffective

    The traditional method of treating Panama and Moko disease has been to treat the infected plantation with insecticides, then chop and burn the infected crops. The problem with this method is that it doesn’t kill the spores that are already in the soil, and it doesn’t treat the healthy banana offshoots that can serve as carriers for the diseases. Thus, the diseases have a chance to recur and spread even further throughout plantation until the crops are completely wiped out.

    This has been the way to treat Panama and Moko disease until recently, when one Filipino scientist —after two whole years of research and testing— claims to have developed a cure that works for both diseases.

    Dr.Angelito Dela Cruz is a plant pathologist, horticulturist, and nematologist with an impressive resume. He started his career at UPLB where he taught and worked as a researcher for 15 years and has worked for several major multinational plantations for almost 20 years. He’s now the VP for Technical services atDelfiAgriventures, a Filipino company that develops and produces agricultural, aquaculture, and environmental products.

    Dr. Dela Cruz’s probiotic treatment

    What makes Dr.Dela Cruz’s treatment system unique is that it’s not a drug in the traditional sense. When farmers encounter plant pests, their first response would be to kill it by using pesticides, herbicides or antibiotics. However, Dr. Dela Cruz claims that his treatment system works more like a vaccine than an antibiotic: it helps the plant heal itself.

    The treatment system works a lot like how probiotic drinks —such as Yakult, that classic kids’ favorite— work in humans. The idea is is to introduce “good bacteria”, which help crowd out and prevent the spread of “bad bacteria”.

    The Moko-Panama disease treatment system is administered by first injecting the affected plants and surrounding plants with a proprietary clay mineral extract. The minerals in this solution (iron and other trace elements) have natural disinfectant properties that kill bacteria and fungi.

    The next step is to treat the soil with the same clay mineral extract. Not only will this kill the fungi and the bacteria in the soil, it also conditions the soil by neutralizing the soil pH or soil acidity. By making the soil pH neutral, it makes it easier for the plants to absorb nutrients. When the infected plants absorb nutrient better, they become healthier and better at fighting off the infection.

    Conditioning the soil also prepares the plants for the next step of the treatment process. When the soil is in good condition (neutral pH, high oxygen levels, rich in minerals), it encourages the growth of beneficial microorganisms. These microorganisms can inhibit the growth of Fusariumoxyforumcubense, eventually wiping them out. To speed up this process, the soil is then inoculated the Panama disease’s natural enemy, Trichodermaharzlanum, and other beneficial microorganisms.

    Limitations and further studies

    Dela Cruz’s system does have its limits, however: it can’t save moderate to severe cases of Moko and Panama disease.

    Dr.Dela Cruz explains, “In those stages, the vascular system of the plant has been damaged beyond repair. But you still have to inject the treatment in those cases to save the buffer plants and prevent the spread of infection. This way if the farmer does need to chop down several banana trees, he only needs to get rid of the dead ones. He’ll still have some production from the healthy buffer plants and those that have been cured.”

    No synthetic chemicals are used as all the materials used for this treatment system come from natural sources. The plants and soil come out healthier after treatment. And there’s no risk of contaminating the bananas with harmful pesticides. “The products used in this treatment system are so safe, you can ingest it and not suffer any ill effects,” claims Mr. Roberto Del Fierro, President of DelfiAgriventures. “It was really important for us for this system to be food-grade safe because it touches our food. We also want the farmers that implement this in their farms to feel safe and not have to worry about their health.”

    Dela Cruz’s Moko-Panama disease treatment system has been tested and proven to be effective by studies with the Department of Science and Technology (DOST) and the Department of Agriculture (DA) in small and large banana plantations in 2011. It has since been adopted by the DA as the standard for treating Panama and Moko disease. — TJD, GMA News

  4. EM yang diguna adalah yang telah dienergise. Dicairkan dengan air gula merah 1:100. Simpan larutan ini 3 hari. Untuk pokok sedia ada spray pada pangkal dan tanah, batang dan kelopak daun. Bagi pokok baru, spray lubang dan keseluhan pokok. Ulang semboran setiap bulan. Sekali sekala bubuh baja organik EM dipangkal pokok. Selamat mencuba.

      • Ajak Salehuddin tanam pisang. peluang baik. Tak pernah dalam sejarah harga pisang mahal macam ni. Dengan penggunaan teknologi wajar dan benih yang baik bolih dapat hasil lumayan. Kalau dia minat bolih mai tengok kat Sungai Ramal Dalam.

  5. Salam Mak Tam

    Cuba selidik penggunaan Pseudomonas Fluorescens untuk melawan R. Solanacearum. Ada kajian yang telah dibuat untuk mengurangkan penyakit pada terung. Mungkin boleh digunakan pada pisang. Semoga berjaya…

    • Saya guna EM dah 8 bulan. Nampak ada kemajuan. Baru baru ni dah dapat harvest pisang rastali dan nangka. Sebelum ni tak penah boleh harvest, semuanya rosak. Pisang berangan agak susah sikit masih banyak yang rosak. Cuma 10% saja yang berjaya.

      • Terima kasih Encik Jaafar atas maklumat ini. Satu maklumat yang amat berguna dalam mengatasi masalah penyakit moko ini. Boleh ceritakan bagaimana mengguna EM untuk tujuan ini?

  6. Pingback: Bahana Penyakit Moko Pisang Terhadap Masyarakat Di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s