Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 7

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 7
Bahana Serangan Penyakit Hawar Daun (Bacterial Leaf Blight – BLB) Terhadap Padi Kebal

Penyakit Hawar Daun Serang Petak Benih Padi Kebal di Sekinchan

Penyakit Hawar Daun Serang Petak Benih Padi Kebal di Sekinchan – klik untuk lihat label petak benih.

Pada awal Disember lalu Pak Tam dan Mak Tam melalui kawasan padi Sekinchan untuk ke Sg Leman. Waduh.. saujana mata memandang sawah berwarna coklat. Tidak pernah terlihat keadaan seperti ini di mana-mana. Yang terkena di Sawah Sempadan dan Sg Burong pun tidak seluas ini. Mak Tam diberitahu bahawa 90% petani Sekinchan menanam padi kebal pada musim ini. Sekarang ini 80%, iaitu lebihkurang 1,400 hektar kawasan padi Sekinchan terjejas.

Kebanyakan petak sawah yang kami teliti, ada yang buah padinya kekal hijau walaupun sudah boleh dituai. Petani menyatakan bahawa serangan bermula awal iaitu masa bunting dan masa buah nak mula mengisi (grain-filling stage). Buah yang tinggal diatas pokok hanya yang berisi sebahagian sahaja. Oleh itu hasil terjejas teruk.

Mak Tam nak cerita sikit pasal Sekinchan. Sekinchan ini sebuah pekan sederhana besar yang menjadi nadi perniagaan di kawasan padi Barat Laut Selangor. Kawasan padinya lebihkurang 1800 hektar dan terkenal sebagai kawasan sawah yang mempunyai hasil tertinggi dalam negara. Setiap musim sebelum ini, sebanyak 80% hasil padinya dijual sebagai benih padi. Hasilnya dalam 9 hingga 11 tan sekeping (iaitu seluas 1.2 hektar). Purata hasil dalam 7.9 tan sehektar. Tapi nampaknya tidak satu petak pun yang boleh diluluskan sebagai benih.

Juga Sekinchan dan kawasan sekelilingnya menjadi tumpuan pelawat daripada bandar. Kedudukannya yang agak hampir dengan Lembah Kelang dan kawasan pertanian yang tersusun indah memberinya kelebihan. Mak Tam pun suka bawa pelawat datang padi Sekinchan pasal memang cantik dan bersih.

Pelawat Hujung Minggu di Sekinchan

Pelawat Hujung Minggu di Sekinchan

Pelawat Luar Negara di Sekinchan

Pelawat Luar Negara di Sekinchan

Ramai pelawat tempatan datang untuk makan di restoran makanan laut, melawat kawasan pertanian, mengambil gambar, bersantai dan menikmati keindahan sawahnya. Mak Tam dan Pak Tam juga suka kerana sawah Sekinchan memberi inspirasi kearah penghasilan yang tinggi. Tapi untuk mendapat hasil yang tinggi, petani Sekinchan menggunakan input pertanian seperti baja kimia dan racun kimia yang banyak. Ini menjadikan kos pengeluarannya hingga mencapai lebih daripada RM6000. Ada petani yang menyatakan bahawa keuntungannya adalah duit subsidi harga padi yang didapatinya setiap musim. RM248 se tan. Cubalah bayangkan perasaan mereka apabila dapat 3 – 6 tan sahaja musim ini. Penyakit BLB ini telah mula menyerang pada tahun lepas lagi. Sila lihat padi MR219 yang kena BLB pada Jun 2012 di bawah ini.

BLB di Sekinchan Jun 2012

BLB di Sekinchan Jun 2012

Penyakit ini dibawa oleh sejenis bakteria. Ia merebak melalui benih, tanah, air, angin dan manusia. Jadi tak boleh lari. Untuk hapuskan bakteria tiada racun yang berkesan. Yang berkesan adalah OHN atau Oriental Herbal Nutrient yang dibuat daripada bawang putih, halia, kulit kayu manis, kam co dan tong kui. Mari tengok apa kata Puan Aini Waznati daripada Pusat Pertanian Sg Burong. Puan Aini sudah dua tahun memberi perhatian kepada penggunaan produk SRI yang berasaskan ‘natural farming’ dari Korea. SRI Anak, SRI Bunga dan SRI Buah telah dicampurkan OHN. Oleh itu pokok dilindungi daripada umur muda lagi. Puan Aini telah melihat pencegahan penyakit sama ada reput tangkai atau BLB ini beberapa musim. Beliau juga sering merekodkan pemerhatiannya difbnya.

SRI Halang BLB Merebak

Produk SRI halang BLB merebak, kata Puan Aini Waznati, Pusat Pertanian Sg Burong

Ada video dan gambar yang juga menceritakan produk SRI dapat mencegah perosak dan penyakit tanaman.

BLB Sawah Sempadan - Produk SRI vs Kimia

BLB Sawah Sempadan – Produk SRI vs Kimia

Produk SRI Pak Lang Razak

Stor Produk SRI Pak Lang Razak untuk kegunaannya sendiri.

Mak Tam bukan nak suruh beli produk SRI, tapi nak suruh buat. Jumpalah pegawai pertanian kawasan anda, dan minta dia ajarkan. Ini ilmu dah ada pada Jabatan Pertanian dari 2003 lagi. Dah 10 tahun tu. Kalau nak cuba, beli kat bengkel-bengkel SRI yang ada kat kawasan sawah di Selangor. Kalau kat tempat lain, cuba cari agen-agen yang ada jual. Di bawah ni ada beberapa nombor telepon. Cubalah. Ikut jadual semburan yang ada pada label botol. SRI Bunga dan SRI Buah kena campur air laut. Yakinlah. Ini ilmu alam semulajadi.

Ada satu soalan Mak Tam nak tanya pihak berwajib. Siapakah yang merancang untuk benih padi negara? Jika semua petak benih diserang BLB seluruh negara, dimana akan kita cari benih selain benih padi kebal? Siapa yang menentukan berapa banyak benih padi dan kepelbagaian varieti untuk mengelakkan seluruh kawasan dilanda penyakit macam ini? Akan jadi satu mala petaka jika isu ini tidak diatasi. Adakah kita menunggu ia berlaku? Ia sudah pasti akan berlaku kalau pihak berwajib terus lalai dan ambil ringan perkara ini. Mak Tam dah kata apa yang perlu diperkatakan. Pasrah.

Untuk latihan membuat dan bekalan produk SRI bagi jabatan/agensi yang mengguna pesanan tempatan sila hubungi Salehuddin Yahya (Pak Tam), NS Nature Rice di telepon 019-3322-947.

Wakil Produk SRI Negeri

Wakil Produk SRI Negeri

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2

Benih Padi MR219

Benih Padi MR219

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2

Status Benih Padi Negara – Part 1

Pada tahun 2007- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memulakan Sistem payung

Sistem Syarikat payung dan Rakan Benih dengan kuota pengeluaran sebanyak 74 000 m/tan setahun. Berikut adalah Perancangan Program Pengeluaran Benih Padi Sah untuk 4 tahun

Sistem Syarikat Payung Benih Padi

Sistem Syarikat Payung Benih Padi

Perancangan sistem kuota yang dirangka adalah untuk 4 tahun (2007-2010). Bayaran insentif RM 500.00 untuk 1 mt dibayar kepada pengeluar dan Syarikat Payung diberi kebenaran dan bebas melantik Rakan Benih untuk bekerjasama memenuhi kuota pengeluaran yang diterima .Syarikat Payung memberi kuotanya kepada Rakan Benih membayar komisen kepada syarikat payung.

Tempoh sistem payung yang dirancang untuk 4 tahun tidak berjaya kerana mendapat bantahan dari pelbagai pihak. Tahun 2009, Kementerian Pertanian telah bersetuju membuka pemberian kuota pengeluaran kepada semua syarikat rakan benih dan pengeluar baru dengan menambah kuota pengeluaran tahunan dari 74 000 mt setahun kepada 85 000 mt setahun iaitu penambahan 11 000 mt . Dan kenaikan bayaran insentif daripada RM 500.00 mt kepada RM 1030.00 mt. Pada tahun 2009 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengarahkan semua pengeluar yang diberi kuota supaya berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk memudahkan pembayaran insentif .

2011- Kuota Pengeluaran Benih Padi

2011- Kuota Pengeluaran Benih Padi

Harga Belian Benih Padi Dinaikkan

Tanggal 28 Mei, 2008, Jawatankuasa Akaun Amanah Biji Benih Padi Jabatan Pertanian telah menetapkan harga belian padi mentah daripada peserta SPBB Jabatan Pertanian pada kadar 35% lebih tinggi daripada harga belian padi yang ditawarkan oleh BERNAS. Penetapan ini adalah berkuatkuasa mulai musim penuaian 1/2008 yang bermula pada 24 April, 2008.

Di bawah ini adalah pecahan harga padi mentah untuk tujuan benih:

Harga 35% drp Harga Baru
Bernas RM Harga Bernas RM Benih Padi RM
650.00 227.50 877.50
700.00 245.00 945.00
750.00 262.50 1012.50
800.00 280.00 1080.00
850.00 297.50 1147.50
900.00 315.00 1215.00
950.00 332.50 1282.50
1000.00 350.00 1350.00
1050.00 367.50 1417.50
1100.00 385.00 1485.00
1150.00 402.50 1552.50
1200.00 420.00 1620.00
1250.00 437.50 1687.50
1300.00 455.00 1755.00
1350.00 472.50 1822.50
1400.00 490.00 1890.00

Kos pembiayaian untuk membeli padi mentah ditambah sebanyak RM4,455,000 bagi tahun 2008. Keputusan ini adalah langkah terbaik diambil bagi memastikan bekalan benih padi berterusan. Walau bagaimanapun, sebanyak 40 peserta petak benih (48 ha) telah pun menjual padi mereka kepada kilang swasta yang menawarkan harga belian RM1150/mt.

Penuaian Padi Di Sungai Burong – Pengutipan Benih Padi

Setelah mengatasi situasi ancaman serangan lelompat daun bena perang, Sungai Burong telah memulakan aktiviti menuai 10 hari yang lalu. Tawaran harga padi oleh pihak kilang swasta adalah melebihi RM1100/mt. Petani mengambil tawaran harga ini dengan hati yang lapang.

Malangnya, petani-petani yang juga menjadi peserta Sekim Pengeluaran Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian juga mengambil keputusan menerima tawaran ini. Mereka menjual padi yang ditanam bagi tujuan dijadikan benih dengan harga yang ditawarkan. Pada 28 Mei, 2008, harga padi adalah RM1150/mt. Pada sebelah petang hari tersebut, sebanyak 32 petak benih telah di tuai dan dihantar kekilang beras. Jumlah tapak SPBP adalah lebih daripada 250 lot.

Adalah dilaporkan juga hampir semua petak benih di bawah kelolaan pihak swasta dan Bernas telah dijual kepada kilang beras.

Keadaan ini adalah amat mencemaskan. Sehingga kini, hanya 1158.74 mt benih sah dan 208.54 mt benih berdaftar telah dapat dikutip (termasuk yang dikutip dari Sawah Sempadan).

Sawah Sempadan akan mula menanam pada 1 Julai, 2008 dan akan memerlukan 500 mt benih. Pihak PTIF telah menempah 200 mt daripada Kelantan.

Adalah diharapkan kelulusan daripada peringkat Kementerian Pertanian didapati dengan segera. Secara lisan kelulusan telah diberi. Tawaran harga benih akan diberitahu sebaik sahaja surat kelulusan diterima secara rasmi.

Pengutipan Benih Padi Daripada Petak SPBP Sawah Sempadan

Dengan tawaran harga padi yang meningkat daripada RM850 kepada RM1100 dalam masa 2 minggu pada akhir musim 1/2008 tempoh hari, kebimbangan adalah terhadap padi yang di tanam di bawah Skim Pengeluaran Benih Padi (SPBP). Walaubagaimanapun, dengan rundingan diantara peserta SPBP dengan pegawai SPBP, benih padi masih dapat dibeli dan dihantar ke loji benih padi di Sg Burong. Kutipan adalah seperti berikut:

Benih sah MR219 = 997.75 mt

Benih berdaftar = 140 mt

Benih yang telah diproses = 700 mt

Perlu diingatkan bahawa keperluan benih padi diseluruh kawasan Barat Laut Selangor adalah 2500 mt. Keupayaan loji Sg Burong adalah 3,800 mt semusim. Benih yang selebihnya adalah dijual ke kawasan jelapang padi luar Selangor.

Pengusaha Semaian Padi di Kawasan Barat Laut Selangor

Pada masa kini terdapat 9 syarikat pengusaha semaian padi di kawasan barat laut Selangor. Mereka dipecahkan kepada 2 oleh PPK, 6 pengusaha Cina dan 1 pengusaha Melayu.

Lawatan dan perbincangan dibuat dengan pengusaha Sendi Enterprise di Taliair 2, Ban 4, Sg Burong. Syarikat ini mempunyai 2 tapak semaian yang berupaya memberi khidmat untuk 825 ha sawah (108 ha {27,000 tray} + 57 ha {14,300 tray} X 5 pusingan).

Keupayaan membekalkan khidmat menanam menggunakan transplanter oleh syarikat-syarikat pengusaha semaian padi adalah terbatas oleh keluasan kemudahan tapak semaian mereka. Di bawah ini disenaraikan keluasan tapak semaian mereka sejumalah 26.5 ekar:-

  1. 2 PPK – 2 ekar
  2. Sendi Enterprise – 3 ekar
  3. Kian Sit – 6 ekar
  4. PRSL (Alan) – 5 ekar
  5. Ah Chuan – 2.5 ekar
  6. Ah Ee – 2.5 ekar
  7. Camp A – 2.5 ekar
  8. Long Ek – 3 ekar

Kesemua syarikat ini berupaya memberi khidmat seluas 4,400 ha. Tetapi daripada tinjauan, hanya 2400 ha sahaja ditanam secara ‘transplanting’ pada musim 1/2008. Harga menanam menggunakan transplanter adalah RM850 /lot dan ini mungkin menjadi sebab petani tidak menggunakan khidmat ini.

Tetapi dengan menaikan harga padi daripada RM730/mt pada musim 2/2007 kepada purata RM1000/mt pada musim 1/2008 ini memungkinkan lebih ramai petani membuat pilihan untuk menanam menggunakan transplanter.

Pihak BERNAS menjalankan promosi untuk mendapat lebih ramai petani mendaftar diri mengikut kelompok masing-masing untuk Program Rakan Ladang BERNAS. Bagi peserta program ini, pihak BERNAS akan mendahulukan semua kos pengeluaran sehingga RM3000/lot.

Penanaman secara ‘transplanting’ ini telah didapati memberi pendapatan bersih RM4,355/ha/musim berbanding dengan RM3,044/ha/musim bagi padi diusahakan secara tabur terus. Ini bermakna, walaupun kos pengeluaran bagi menanam mengguna tranplanter adalah lebih tinggi (RM3,599 berbanding RM2,304/ha) tetapi pendapatan bersihnya adalah lebih tinggi kerana mendapat hasil bersih yang lebih tinggi (7460mt/ha berbanding 5408 mt/ha)dan potongan yang lebih rendah (14% berbanding 17%).

JPNS melihat kepada beberapa kaedah membantu pengusaha-pengusaha semaian padi meningkatkan keupayaan perkhidmatan ke arah usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran hasil padi. Salah satu cara yang paling cepat menaikkan hasil padi adalah dengan menggalakkan penanaman menggunakan mesin transplanter.

Bagi membantu Sendi Enterprise meningkatkan kapasitinya perkhidmatannya kepada memberi khidmat tambahan kepada 325 ha lagi semusim, cadangan seperti di bawah mungkin boleh diberi perhatian.

  • Kerajaan memberi geran membina 1.5 ekar tapak semaian dengan harga RM120,000
  • Pengusaha melabur sebanyak RM340,000 untuk kerja menambak kawasan (RM100,000), membeli 22,000 tray (RM88,000), dan membeli 3 mesin transplanter (RM140,000).

Dengan ini, pihak pengusaha Sendi Enterprise boleh memberi khidmat menanam padi menggunakan ‘transplanter’ seluas 1150 ha (825 ha + 325 ha) semusim.

Satu lagi usaha yang boleh dibuat adalah dengan menjadikan sebahagian daripada Stesen Tanah Gambut seluas 20 ekar sebagai pusat pengeluaran anak benih padi. Kos pembinaan termasuk aliran kewangan akan disediakan. Stesen Tanah Gambut adalah kepunyaan kerajaan persekutuan.