Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 5

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 5

KESAN KEPADA INDUSTRI PADI DALAM TEMPOH 5 TAHUN 2007 – 2013

Surah Al-Baqarah: Ayat 11-12

Surah Al-Baqarah: Ayat 11-12

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 4
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 3
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Pada tahun 2007 apabila Jabatan Pertanian melepaskan peranan sebagai pengeluar benih padi dan menyerahkan tugas kepada pengeluar-pengeluar swasta bermulalah era persaingan kuota yang tidak sihat ditambah pula dengan program konsortium benih padi memburukkan lagi kualiti benih padi kerana matlamat awal pembekalan benih padi sah kepada petani bertujuan membantu untuk meningkatkan hasil tuaian tetapi apa yang berlaku pengeluar –pengeluar bersaing untuk mencapai kuota yang diterima.. Pelbagai faktor yang dapat dilihat oleh semua yang terlibat dalam industri padi tetapi tidak boleh bersuara. Antaranya:

1. Konsortium benih padi dibentuk bertujuan untuk menjaga kepentingan syarikat pengeluar bumiputera. Matlamat untuk mengawal kepentingan kualiti benih padi kepada petani menjadi agenda kedua.

2. Bilangan pengeluar bertambah dan jumlah kuota pun bertambah.

Tahun ———–Bil.Pengeluar ————- Jum..kuota mt

2007-2009—————–10——————-74,000
2010————————–12——————-85,000
2011 -2012—————9——————–80,000
2013-2014—————–12——————-80,000

3. Pengeluaran benih padi berkualiti tidak lagi menjadi agenda utama kerana semua pengeluar baru dan lama masing-masing berlumba-lumba untuk mencapai kuota masing-masing untuk mendapat bayaran insentif.

4. Kementerian memilih pengeluar yang disukai sahaja. Pemeriksaan loji yang dilakukan oleh pasukan audit sepatutnya menjadi rujukan dan pengukur keupayaan, kepakaran teknikal, pengalaman, bertanggungjawap dan komitmen pengeluar semasa membuat keputusan memilih pengeluar tetapi pihak Kementerian tidak mahu menerima laporan sebenar.

5. Pemberian kuota yang tidak sepadan dengan kapasiti mengering, memproses dan penyimpanan di setor menyebabkan benih padi tidak mencapai peratus percambahan dan rosak. Walaupun pengeluar tidak dapat mencapai kuota pengeluaran Kementerian masih menggekalkan kuota tahunannya.

6. Standard kelulusan di ladang tidak sama diantara pemeriksa dengan pemeriksa yang lain. Pemeriksa ladang perlukan latihan yang cukup dan berpengalaman untuk membuat keputusan kerana benih yang berkualiti berpunca dari ladang. Tidak ada alat pengukur semasa pemeriksaan ladang dilakukan. Penilaian diladang oleh mata, pengalaman dan pengetahuan.

7. Apabila pengeluar mementingkan pencapaian kuota dari kualiti berlakulah berbandingan diantara peserta-peserta projek biji benih terutama standard kelulusan diladang dan tarikh matang untuk dituai. Perkara ini berlaku kerana ladang-ladang pengeluar yang terletak bersebelahan. Isu perbandingan standard ladang ini isu lama dan setiap kali musim menuai ia akan diperkatakan. Keputusan untuk menuai padi masak ditentukan oleh pengeluar. Pengeluar akan mengikut standard sendiri dan ini lah yang menjadi satu dari punca benih tidak kualiti kerana ada pengeluar yang menuai padi yang masih hijau yang akan menjejaskan kualiti percambahan.

8. Kepentingan benih padi, beras dan ‘stockpile” negara sepatutnya diselarikan kerana saling bergantung diantara satu sama lain. Sekiranya berlaku bencana alam kekurangan makanan utama beras bolehlah diimpot tetapi jika benih yang tidak berkualiti dibekalkan apa akan terjadi kepada pesawah-pesawah dan pengilang-pengilang beras.

9. Persatuan pengilang-pengilang beras juga telah bersunggut kerana telah 6 musim (3 tahun) perolehan padi mentah (iaitu hasil tuaian yang dihantar ke kilang untuk di kisar sebagai beras) yang tidak memuaskan dan masalah ini telah dikemukakan di perjumpaaan bersama-sama SUB Kementerian pada 16 Okt 2012 tetapi tidak ada jawapan. Jika masalah ini berterusan perolehan beras negara akan berkurangan dan kadar impot beras akan meningkat.

10. .Kemunculan benih padi kebal pada awalnya disambut baik kerana telah diperkenalkan pada tahun 2010 oleh pengeluar tunggal iaitu Felcra Plantation. Pada masa itu benih padi kebal dijual dengan harga RM 80.00 shj untuk 1 set. tetapi hari ini semua telah berubah harga dan matlamat asal benih padi kebal.

11. Oleh kerana pengeluaran benih padi kebal tidak dikawal oleh Kementerian pengeluar yang dilantik oleh syarikat racun untuk mengeluarkan padi kebal ini telah bermaharaja lela mengeluarkan tanpa had lebih-lebih lagi benih padi kebal juga telah mendapat insentif benih padi iaitu 1 kg dibayar RM 1.03.

12. Ramai petani mengambil keputusan menanam padi kebal kerana mereka terpaksa :

a. Padi kebal ditanam kerana petak sebelahnya menanam padi kebal. Pokok padi kebal tidak mati bila imidazolinone disembur. Padi lain yang terkena semburan imidazolinone akan mati.

b. Pakej benih . Syarikat pengeluar benih padi kebal menetapkan pakej 1:1 pada musim 1 yang lalu iaitu beli benih padi kebal 1 beg barulah boleh beli benih sah MR 263 atau MR 220 1 beg. Tidak ada siapa yang mengawal jualan samada kementerian atau jabatan yang penting. Kementerian akan merekod samada pengeluar telah capai kuota benih sah atau tidak. Bagi tujuan bayaran?

13. Industri padi khasnya pengeluaran benih padi negara sedang nazak sejak Kementerian mewujudkan pembayaran insentif pada tahun 2007 sehinggalah sekarang. Laporan purata hasil padi yang paparkan di portal kementerian untuk tempoh 2005 -2010 jelas menunjukkan perolehan hasil padi di seluruh jelapang padi negara menurun.

Satu soalan cepu emas yang Mak Tam nak tanya kepada mereka yang bertanggungjawab mengenai benih padi demi keselamatan negara,

“Siapakah yang membuat perancangan untuk pengeluaran benih padi dinegara ini? Pihak kerajaan atau syarikat racun kimia? Jika soalan ini kita tak terjawab, yang pastinya pendapatan dan kesihatan para petani didalam percaturan mereka yang buat keuntungan. Adakah ini yang dimaksudkan apabila kita war-warkan slogan ‘PERTANIAN SATU PERNIAGAAN’? Hanya yang berniaga racun dan benih padi kebal kaya raya. Petani mengambil seribu satu risiko yang boleh menjejaskan pendapatan, kesihatan petani dan keluarga, sejahteraan alam dan kesihatan konsumer. Ya Rabb. Bantulah kami, hamba-hambaMu yang lemah.”

Mak Tam akan tuliskan bagaimana pembahagian keuntungan diberi kepada pihak-pihak yang berkenaan. Yang sudah tentu, semua itu ditanggung oleh petani. Hebatkan?

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 4

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 4

Kenyataan Tender

Kenyataan Tender


Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 3
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Tahun 2012 – Kementerian Pertanian sekali lagi telah menukar program
pengeluaran benih padi sah daripada sistem kuota kepada sistem tender.

Untuk menyertai tender semua pengeluar hendaklah memenuhi 3 syarat :-

i) Loji pemprosesan milik sendiri
ii) Mempunyai alat indented Cylinder / Colour Sorter
iii) Mempunyai sijil kewangan bertaraf bumiputera

Untuk sistem tender Kementerian Pertanian telah menetapkan kepada
11 petender /pengeluar yang berjaya. Jumlah yang ditetapkan untuk
ditender seperti berikut:

20 000 metrik tan setahun – 2 pengeluar
8 000 metrik tan setahun – 3 pengeluar
3 000 metrik tan setahun – 4 pengeluar
2 000 metrik tan setahun – 2 pengeluar

Jumlah: 80 000 metrik tan setahun

Pengeluar yang berjaya dalam tender tersebut ialah :

1) Kilang Beras Sri Merbok – 22 000 mtan

2) 1-Hj Md Noor Sdn. Bhd –milik sendiri – 20 000 mtan
2-Loji MADA – sewa

3) PPK Lahar Bubu – 8 000 mtan
4) Felcra – 8 000 mtan
5) SPPM – 8 000 mtan
6) Jelapang Selatan – 3 000 mtan
7) Paddytech- sewa loji MADA di Terengganu – 3 000 mtan
8) OBL Maju – 3 000 mtan
9) Padi Pukal Parit 7, Sekinchan Sdn. Bhd. – 2 000 mtan
10) KADA – 3 000 mtan

JUMLAH: 80 000 mtan

2 pengeluar telah memohon rayuan supaya disemak balik keputusan
tender dan Kementerian Pertanian telah bersetuju mengeluarkan
keputusan berikut pada Nov 2012:

1) Kilang Beras Sri Merbok – 20 000 mtan
2) Hj. Md. Noor – 18 000 mtan
3) PPK Lahar Bubu – 8 000 mtan
4) Felcra – 8 000 mtan
5) SPPM – 8 000 mtan
6) Jelapang Selatan – 3 000 mtan
7) Paddytech – 2 000 mtan
8) OBL Maju – 3 000 mtan
9) KADA – 3 000 mtan
10) Padi Pukal Parit 7 Sekinchan dan Sdn. Bhd – 1 500 mtan
11) Pertama Padi Sdn. Bhd. – 4 000 mtan
12) Dataran Pusaka Sdn. Bhd. – 1 500 mtan

JUMLAH: 80 000 mtan

Baca juga yang kat sini untuk pencerahan.

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Benih Padi Sah

Benih Padi Berdaftar

SENARIO PENGELUARAN DAN MASA DEPAN BENIH PADI NEGARA

Kali ini Mak Tam nak bawa rakan-rakan pembaca ke senario benih padi negara. Bagi yang bukan dari bidang pertanian, terutamanya tanaman padi, mungkin tidak berapa perasan tentang perubahan yang telah berlaku. Bagaimana ianya akan mencorak industri padi pada hari ini dan masa depan, dan bagaimana ia digunakan untuk memerah keringat dan keuntungan pesawah dinegara ini. Mak Tam cuma harap bagi mereka yang mempunyai autoriti agar bertindak membuat pembetulan dari sekarang. Janganlah kita terus membiarkan penindasan para pesawah kecil melalui tindak-tanduk monopoli benih yang amat licik. Mak Tam bukan hanya bercakap mengenai ekonomi petani, tetapi juga kepada kesuburan tanah sawah yang ada dan juga kesihatan petani, keluarga mereka dan pekerja sawah.

Latarbelakang Pengeluaran Benih Padi

Program pengeluaran benih padi sah bermula pada tahun 1984 oleh Jabatan Pertanian bertujuan membantu pesawah mendapat benih padi yang berkualiti yang dibiak dari sumber yang disah oleh Jabatan Pertanian. Pada tahun 2007 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah Jabatan Pertanian masih kekal mengeluarkan benih sah sehingga tahun 2010 dan menjadi pilihan pertama pesawah kerana harga dan kualiti.

Disebabkan permintaan benih yang tinggi dan kos pengeluaran juga meningkat Jabatan Pertanian tidak dapat memenuhi permintaan walaupun mempunyai 5 loji pemprosesan di seluruh Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan ,Terengganu dan Selangor.

Faktor lain yang menyebabkan permintaan benih meningkat kerana adanya program-program peningkatan hasil padi di bawah agensi-agensi Kementerian Pertanian yang mengesyorkan kepada kadar penggunaan benih yang berganda dari kadar biasa dan penggunaan mencecah 74 000 m/tan setahun tidak mampu di keluarkan oleh Jabatan Pertanian.

Kejadian kesesakan jalanraya sejauh 4 km sehingga memerlukan kawalan keselamatan dari pihak polis trafik , petani-petani memasang berkhemah, bermalam di luar kompleks Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang berlaku setiap kali pengumuman tarikh jualan benih padi, dan berlaku kematian seorang petani di hadapan pintu pagar kompleks semasa beratur untuk mengambil nombor giliran pada tahun 1998 membuka mata Kementerian Pertanian untuk mengalu-alukan pihak swasta menyertai pengeluaran biji benih.

Oleh itu pada tahun 1998, Kementerian Pertanian telah menggalakkan dan membuka peluang kepada pengilang-pengilang beras untuk menyertai program pengeluaran benih untuk menampung keperluan benih padi negara.

Tidak ramai yang mahu melibatkan diri pada masa itu kerana pengeluar-pengeluar perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor berikut:

1- Modal untuk membeli peralatan pemprosesan biji benih
2- Perlu kepakaran teknikal dalam teknologi pengeluaran benih padi
3- Pasukan kualiti untuk pemeriksaan ladang benih
4- perlukan penglibatan petani-petani yang berminat untuk membuka ladang benih

Pada tahun 2000 hanya ada 3 pengeluar swasta dan 2 GLC yang terlibat antaranya:-

o Chantika Kelang Beras Sdn. Bhd. – Kedah
o Utara Seed Sdn. Bhd. – Kedah
o Haji Mohd Noor Sdn. Bhd – Selangor
o Felcra Plantation – Perak
o BERNAS – Kedah

Felcra dan BERNAS lebih awal dari pengeluar swasta yang lain.

Pada tahun 2002 – 2010. Dalam tempoh ini muncul pengeluar baru seperti berikut:

o Kilang Beras Pek Choo Keok – Kedah
o Kilang Beras Sukaramai – Kedah
o Kilang Beras Maju – Perlis
o PPK Lahar Bubu – Pulau Pinang
o Sime Darby Seed Centre – Kuala Lumpur
o Kilang Beras Weng Pha – Kedah
o Kilang Jelapang Selatan – Johor
o KADA – Kelantan
o MADA – Kedah
o Paddytech Resources – Terengganu

Part 2 akan memberi pencerahan mengenai bagaimana Sistem Payung dan Rakan Benih dilaksanakan.

Padi SRI Selangor : Skandal Benih Padi Dalam Negara – Part 14

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Skandal Benih Padi Dalam Negara – Part 14

Adakah Bekalan Benih Dalam Tangan Petani? Kalau tidak, bekalan benih dalam tangan siapa?

Adakah Bekalan Benih Dalam Tangan Petani? Kalau tidak, bekalan benih dalam tangan siapa?

.
Baca dengan hati. Ini rintihan daripada warga Kementerian sendiri iaitu orang yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tak cukup-cukup merompak hak rakyat. Petani yang sepatutnya menikmati semua wang tersebut, akhirnya menanggung kesusahan berpanjangan. Kemudahan untuk petani mendapat benih padi yang berkualiti tinggi juga terjejas. Jaminan untuk perancangan dan pembekalan benih padi bagi negara juga tergugat. Petani terpaksa membeli dan menanam padi kebal kerana jiran tanam padi kebal. Kalau dia tanam padi lain, alamat tak berpendapatanlah musim tersebut. Semuanya pasal adanya pemimpin yang tamak tahap gaban.

Penanaman padi kebal oleh petani padi telah membawa kepada ramai petani sayuran bersebelahan sawah bertanam padi kebal di Sg Leman hilang punca pendapatan. Ini belum lagi mengira kerugian terhadap modal yang mereka telah laburkan. Baca dan renungkanlah. Nanti akan Mak Tam coretkan keluhan ramai dari antara mereka.

Keluhan Petani Sekinchan

Keluhan Petani Sekinchan

Keluhan Petani Sekinchan

Semasa lawatan ke Sekinchan membawa pelajar-pelajar universiti dari Mexico, terjumpa seorang petani Sekinchan. Dalam perbualan, petani ini menyatakan kesusahan kebanyakan petani kerana katanya sekarang ini masalah mereka adalah untuk mendapat benih. Mereka hanya dapat membeli daripada dua syarikat sahaja. Katanya, oleh kerana kedua pembekal ini tidak ada saingan, maka kualiti benih tidak diambil berat. Ada benih yang tak tumbuh. Ada benih yang disyaki membawa penyakit.

Petani Sayur Hilang Pendapatan dan Tanggung Kerugian

Tercemar Racun Padi Kebal

Pokok Kacang Panjang Rosak Tercemar Racun Padi Kebal

Perbincangan Petani Sayur Kawasan Sg Leman, Sabak Bernam

Perbincangan Petani Sayur Kawasan Sg Leman, Sabak Bernam Mengenai Kerosakan Tanaman Mereka Disebabkan oleh Racun Padi Kebal

Siri Kembara Padi Kebal

1.   Mana Lebih Membawa Padah – Padi Angin atau Padi Kebal?

2.   Petani Mula Meminati Padi Kebal

3.   Kesan Racun Padi Kebal Terhadap Tanaman

4.  Mengenali Padi Kebal

5.  Petani Mengeluh Harga Pakej Padi Kebal Mahal

6.  Masalah Serangan Perosak Meningkat

7.  Ancaman Serangga Perosak & Penyakit Terus Meningkat

8.  Petani Mula Merungut & Tertanya-tanya

9.  Itik Ternakan Menjadi Mangsa Racun Padi Kebal

10. Siapa Sebenarnya Mempromosi Padi Kebal

11.  Ambil Iktibar Dari Gejala GMO (Genetically Modified Organism)

12. Penanaman Padi Kebal Tidak Dikawal

13. Ancaman Super Padi Angin atau ‘Superweed’

14. Keselamatan Makanan Terjejas Dengan Padi Kebal