Padi SRI : Akibat Menggunakan Racun Berlebihan

Padi SRI : Akibat Menggunakan Racun Berlebihan

Akibat Racun

Akibat Racun

Kami berdua selalu berada di sawah. Pada petang tadi ternampak seorang hamba Allah sedang meracun sawah. Tersentak hati melihat keadaan yang mana petani atau pekerja sawah menjalankan kerja meracun sebegini. Tersangat merbahaya kerana ia bermandi dengan semburan racun.Sempat membuat rakaman dan bertanya kepada dua orang kampong yang berada ditepi batas. Mereka menyatakan bahawa bena perang menyerang padi. Oleh itu kerja meracun terpaksa dibuat.
.

.
Disini ingin saya berkongsi sebuah laporan dari kalangan penyelidik tempatan mengenai kesan racun terhadap kualiti padi, air, manusia, dan ekosistem biotik setempat. Penulisan bertajuk “The Impact of Pesticides on Paddy Farmers and Ecosystem” oleh pensyarah UKM, Bangi dan telah diterima untuk penerbitan dalam Advances in Natural and Applied Sciences, 6(1): 65-70, 2012.

Kajian tersebut dibuat di kawasan Sg Burong dan Sawah Sempadan, Kuala Selangor. Seramai 219 orang petani telah ditemuduga. Penemuan kajian diringkaskan seperti di bawah:

Penggunaan Racun Kimia

Racun agrokimia yang digunakan adalah Paraquat, Rumputoq, Malathion, Thiodan, Amine, Furadan, 2 4-D, Selvin 85, Prevathon, Solito, Amure dan Actarqa 250GM. Paraquat popular dan setiap musim, Jabatan Pertanian Daerah memberi subsidi sebanyak 10,000 liter racun ini. Disamping itu juga petani menambah beli Dumix-S, Dol-G, Sagatox dan Zealand-D.

Impak terhadap Padi

Kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan pokok padi muda terjejas dengan penggunaan Paraquat dan 2 4-D. Racun-racun ini diguna sebelum kerja membajak dilakukan. Sisabaki kedua janis racun ini boleh dikesan di dalam tanah, juga dalam air parit. Sisabaki ini juga membunuh mikrob dalam air dan mengganggu proses fotosintesis.

Kesan Terhadap Petani

Dari kajian, petani tahu bahawa racun agrokimia adalah merbahaya. Seramai 51.5% petani mengaku mengalami kesesakan bernafas semasa atau selepas membuat kerja meracun. 26% mengalami kegatalan dan kudis, serta 13.7% mengalami macam ruam (rashes) kulit dan kulit tangan mengelupas. Beberapa kes yang serius adalah dimana petani pitam, mengalami sakit perut dan muntah-muntah. Mereka dimasukkan ke hospital.

Daripada tahun 2005 hingga 2010, Hospital Tanjong Karang merekodkan 94 kes berkait dengan keracunan racun agrokimia, dan 14 melibatkan kematian. Tahun 2009 sahaja seramai 24 orang terbabit dan 2 kematian, iaitu jumlah yang paling tinggi.

      Tahun          Kes   Kematian
2005 17 2
2006 19 1
2007 9 3
2008 17 3
2009 24              2
        2010 8 3
     Jumlah 94 14

.

Kesan Keracunan Di Badan

Kesan Keracunan Di Badan

Impak Terhadap Ekosistem Biotik Dalam Sawah

Penggunaan racun telah mengurangkan bilangan ikan air tawar dalam sawah. Ini diakui oleh petani sendiri, dengan menyatakan bahawa ini adalah kesan penggunaan Paraquat dan Thiodan. Burung, itik dan ayam juga terkena racun melalui pemakanan.

Petani juga menyatakan bahawa penggunaan racun tidak menjaminkan kawalan daripada serangan serangga perosak.

Mak Tam hanya ada satu nasihat. Bertukarlah kepada mengguna produk SRI yang boleh dibuat sendiri dan sudah tentu SELAMAT, JIMAT, MENGUNTUNGKAN. Tengok apa Puan Aini kata kat bawah ni:

Produk SRI

Produk SRI

Advertisements

One comment on “Padi SRI : Akibat Menggunakan Racun Berlebihan

  1. Pingback: SRI ORGANIK : Gerakan “Oleh Petani, Untuk Petani” « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s