Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong Sudah Terbit!

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong Sudah Terbit!

Padi SRI Selangor : Senyuman Yang Penuh Bermakna Musim 1/2011

Padi SRI Selangor : Senyuman Yang Penuh Bermakna Musim 1/2011

Hari ini kami bertolak lambat sikit dari rumah untuk ke kawasan padi. Sepanjang jalan perbualan kami adalah mencari strategi yang terbaik untuk perbincangan dengan beberapa petani Sawah Sempadan yang ingin menanam padi musim 2/2011 ini dengan mengguna cara SRI.

Saya kata kepada Zip, ‘Jangan buat apa-apa keputusan selagi tidak mendapat penerangan yang lengkap daripada saya.’  Zip setuju dan terus memanggil perbincangan pada petang ini bermula jam 3. Saya juga menghubungi Fuad agar bersama dalam perbincangan.

Tapi hati teringin nak jengok padi SRI di Parit 4, Sg Burong. Kami lalu sahaja dulu untuk ke Sg Leman. Saya memanjangkan tengkuk untuk melihat tetapi hanya nampak semacam hamparan kekuningan.

Dalam perjalanan ke Sawah Sempadan, kami singgah di Parit 4.  Jantung saya seolah terhenti!  Alangkah cantiknya padi yang terbit sambil memberi harapan penghasilan yang banyak. Bayangkan ditanam hanya satu anak benih. Tidak sebutir baja kimia, tidak setitik racun pesticida. Tengok gambar dibawah dan nikmatilah rahmat kebesaran Allah swt.

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong 1/2011

Padi SRI Selangor : Padi SRI di Parit 4, Sungai Burong 1/2011

Ini penanaman SRI untuk kali pertama di tanah ini. Tanah nya mengandungi liat yang agak tinggi. Kalau tengokkan rupa anak benih padi yang berumur 12 hari, amat merisaukan. Setiap kali saya dan Pak Tam turun ke Parit 4, sering kami bertembung dengan orang-orang tempatan yang singgah untuk melihat tanaman apa ditanam ditanah itu, sebab jika dipandang dari jalanraya, macam belum bertanam sawah itu. Pada 30 hari pertama, anak padi nampak tidak memberansangkan lansung. Walau pun telah sedia maklum, tetapi kerisauan melanda jiwa juga. Ini nak kena pastikan berapa kah hasil yang akan dituai. Rasa tak sabar menunggu! Tik-Tok, Tik-Tok.. Jam berbunyi……  🙂

Padi SRI Selangor : Padi Berumur 10 Hari Musim 1/2011

Padi SRI Selangor : Padi Berumur 10 Hari Musim 1/2011

Petangnya kami berjumpa dengan beberapa rakan tani Sawah Sempadan yang berminat hendak menanam padi cara SRI pada musim 2/2011 ini yang akan bermula 1 Julai, 2011. Ianya adalah perjumpaan yang penuh interaksi dan pertanyaan. Saya suka perbincangan yang begini kerana ini memberikan petunjuk bahawa rakan tani sangat berminat dan tidak gentar mencuba sesuatu yang baru. Perbincangan diakhiri dengan 3 orang bertekad untuk mencuba sejumlah  keluasan 4 ekar. Saudara Fuad dari Parit 2 Sg Burong cuma tersenyum kerana dia telah pun mengambil keputusan untuk buat seluas 2 ekar.  Go, Padi SRI Selangor Go, Go, Go..  No turning back!

Gambar-gambar semasa perbincangan di Pejabat Pertanian, Sawah Sempadan.

Padi SRI Selangor : Perbincangan Dengan Rakan Tani Sawah Sempadan

Padi SRI Selangor : Perbincangan Dengan Rakan Tani Sawah Sempadan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s