Penubuhan Kumpulan Pengguna Air (KPA)

Satu mesyuarat telah diadakan di Bahagian Pengairan dan Saliran (BPSP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 9 Julai 2009 (Khamis) bagi membincangkan penubuhan Kumpulan Pengguna Air di IADA Barat Laut Selangor. Penubuhan KPA akan diselaraskan oleh BPSP dan dilaksanakan oleh IADA Barat Laut Selangor.

1.0 LATARBELAKANG

1.1 Ke arah merialisasikan pertanian mapan yang bercorak komersial, dinamis dan berdaya maju, satu woksyop yang membincangkan penubuhan kumpulan pengguna air telah diadakan pada 3-6 Mac 1997 di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Woksyop yang dihadiri oleh 100 peserta yang terlibat secara terus dalam pengeluaran padi telah bersetuju sebulat suara dengan penubuhan Kumpulan Pengguna Air.

1.2 Pada dasarnya, KPA didefinasikan sebagai kumpulan peladang yang dikelompokkan berasaskan satu unit kawasan pengairan yang boleh berfungsi secara tersendiri (independent). Kumpulan ini mempunyai kepentingan yang sama dari segi punca air, jadual pengairan dan lain-lain input pertanian. KPA yang ditubuhkan dapat menentukan segala keperluan pertanian diselaraskan secara berkesan.

1.3 Air merupakan keperluan asas (common denominator) bagi tanaman padi dan mempunyai kaitan secara langsung dengan setiap aktiviti penanaman padi seperti penggunaan input, kawalan perosak tanaman, penyakit dan lain-lain aspek pengurusan ladang. Bagi memastikan hasil tuaian yang dihasratkan, bekalan air mesti diurus dengan sebaik mungkin. Oleh itu adalah wajar air dijadikan faktor penyelarasan didalam aktiviti penanaman padi dan Kumpulan Pengguna Air sebagai penggeraknya. Pendekatan sedia ada kurang memberi galakan untuk petani menubuhkan KPA walaupun penubuhannya sangat diperlukan. Pelaksanaan KPA kelihatan mudah akan tetapi kejayaannya memerlukan masa serta pendekatan secara menyeluruh baik dari segi institusi, pengurusan mahupun teknologi.

1.4 Dalam hubungan ini, satu garis panduan telah disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menjelaskan kaedah penubuhan serta pelaksanaan KPA.

Garis Panduan dan Perlaksanaan KPA

Am

1. Setiap unit KPA mestilah dibentuk mengikut unit tersendiri (independent unit) berasaskan sempadan fizikal pengairan (physical boundary). Ini adalah untuk memastikan pengurusan air yang optimum dan peningkatan kecekapan penggunaan input perladangan yang dikira sangat penting untuk tanaman padi.

2. Ahli KPA mestilah petani tulen iaitu pengusaha sawah. Sekiranya seorang petani mengusahakan beberapa petak sawah di kawasan yang berlainan, beliau dibenarkan melibatkan diri didalam beberapa KPA tetapi hanya dibenarkan memegang jawatan di satu KPA sahaja.

3. KPA mestilah dilaksanakan mengikut pendekatan perancangan secara penglibatan (participatory planning approach). Petani selaku kumpulan sasar (target beneficiaries) mestilah dilibatkan dalam perbincangan dan perancangan berkaitan kehendak dan keutamaan mereka. Penglibatan yang aktif oleh petani akan meningkatkan penerimaan kepada konsep dan ide baru berkaitan pengurusan air. Untuk memastikan kejayaan, seboleh-bolehnya penglibatan semua petani yang tertakluk dibawah KPA adalah digalakkan.

4. Setiap KPA perlu membentuk satu jawatankuasa dengan melantik dari kalangan ahli ahlinya jawatan jawatan tertentu saperti ketua, setiausaha, bendahari dan sebagainya. Senarai jawatan jawatan itu akan ditetapkan mengikut kegiatan dan keperluan KPA itu sendiri. Potfolio utama Jawatankuasa ini ialah pengurusan air di kawasan sendiri disamping menyelaraskan segala aktiviti lain dibawah KPA tersebut.

Peranan KPA

5. Peranan KPA di peringkat kawasan ialah untuk menyelaraskan segala aktiviti pengurusan air termasuk penyenggaraan sistem pengairan dalam kawasannya demi untuk mencapai pengagihan air pengairan yang saksama. Ia juga bertindak sebagai pusat program pengembangan pengairan dan pusat maklumbalas segala masalah kawasan kepada petugas pengembangan. KPA diperingkat kawasan juga akan dapat mengambil tindakan yang segera ke atas setiap masalah pengairan yang dihadapi.

6. Peranan Ketua KPA ialah untuk menyelaras semua petani tulen (ahli-ahlinya) dikawasannya akan jadual pengairan dan jadual tanaman yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ketua KPA juga bertanggungjawab untuk menyelaras dengan Ketua KPA lain berkaitan segala keperluan bersama saperti pengurusan pengagihan tenaga kerja dan jentera supaya jadual tanaman dapat diikuti. Tanggungjawab lain adalah sebagai wakil dan jurucakap ahli-ahlinya di mesyuarat peringkat atasan.

Struktur KPA

7. Pada keseluruhannya, struktur KPA merupakan satu piramid yang dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat kebangsaan, projek, daerah, kawasan dan blok. Di setiap peringkat akan terdapat satu jawatankuasa yang bertujuan untuk menyelaraskan kegiatan di peringkatnya dan dengan peringkat atas dan/atau bawahnya.

7.1 Di peringkat kebangsaan, aktiviti KPA akan menjadi satu perkara dalam agenda Mesyuarat Pengarah Pengarah IADP yang di pengerusikan oleh KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jawatankuasa ini akan menyelaraskan aktiviti KPA di seluruh negara terutamanya dalam perkara perkara berkaitan dasar dan haluan.

7.2 Di setiap projek, skim atau jelapang padi, Jawatankuasa Perlaksanaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Projek IADP atau Pengurus Besar MADA/KADA akan menyelaraskan segala kegiatan KPA mengikut dasar dasar yang telah ditetapkan di Mesyuarat Pengarah Pengarah IADP di atas.

7.3 Di setiap daerah dibawah sesuatu projek, satu Jawatankuasa Daerah KPA Pengairan akan ditubuhkan dimana perlu untuk menyelaraskan segala kegiatan KPA didalam daerah tersebut. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Jurutera Daerah, Pegawai Pertanian Daerah atau JPPAAD berkenaan.

7.4 Di bawah setiap J/K Daerah akan terdapat beberapa Jawatankuasa Kawasan KPA Pengairan dimana sesuai. Jawatankuasa Kawasan ini akan di pengerusikan oleh pegawai seperti Pengurus PPK, PKPK, AAO dan setarafnya.

7.5 Di bawah setiap J/K Kawasan akan terdapat beberapa Jawatankuasa Blok/Unit. Di peringkat KPA blok/unit akan mempunyai jawatankuasa sendiri yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha, bendahari dan jawatan lain mengikut kesesuaian tempatan dan ahli ahlinya terdiri daripada petani petani tulin. Di peringkat ini akan terdapat penglibatan petani petani secara terus dalam semua urusan kawasan sendiri.

8. Carta I menunjukkan Struktur KPA yang telah terangkan diatas. Struktur ini boleh disesuaikan mengikut ciri ciri projek tertentu.

9. Penyesuaian juga diperlukan dalam penubuhan KPA di kawasan dimana ladang kelompok telah diwujudkan. Sekiranya sempadan ladang kelompok sama dengan sempadan fizikal kawasan pengairan maka pengurusan ladang tersebut boleh berfungsi sebagai satu KPA. Pengurus pengurus ladang kelompok akan berfungsi sebagai Jawatankuasa Kawasan KPA. Jika sempadan ladang kelompok tidak sama dengan sempadan fizikal kawasan pengairan maka penubuhan KPA mengikut garis panduan ini perlu diteruskan dan ahli-ahlinya hendaklah termasuk wakil dari ladang kelompok berkenaan. Pihak pengurusan ladang kelompok boleh menjadi ahli beberapa KPA mengikut sempadan tertentu. Penyesuaian penubuhan KPA keatas ladang kelompok ini boleh juga diguna pakai di kawasan kawasan di bawah jagaan Pertubuhan Peladang Kawasan yang sedia ada seperti estet padi.

Pelaksanaan

10. Terlebih dahulu adalah disyorkan supaya aktiviti KPA ini dijadikan satu perkara dalam ajenda Mesyuarat Pengarah Pengarah IADP yang dipengerusikan oleh KSU Kementerian untuk menetapkan dasar dan haluan penubuhan dan pelaksanaan KPA. Seterusnya semua IADP/MADA/KADA melalui jawatankuasa pelaksanaan akan membincangkan secara mendalam penyelarasan segala kegiatan KPA dan mewujudkan program menyeluruh pembangunan (comprehensive development program) KPA bagi kawasan jagaan mereka. Tempoh pelaksanaan dan jadual mesti di adakan untuk memastikan penubuhan dan pelaksanaan mengikut perancangan. Program tersebut hendaklah juga menjelaskan peranan penyeliaan anggota IADP/MADA/KADA dengan aktiviti KPA. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:

10.1 Menyenaraikan petani tulen di dalam kawasan KPA adalah tanggungjawab Pengarah Projek setiap IADP atau Pengurus MADA/KADA.

10.2 Mengenalpasti kontak tani (potential leaders and key informants).

10.3 Mengadakan inventori KPA dan menyelia kemajuan pelaksanaan KPA.

10.4 Menjalankan kajian perintis dan komunikasi (pilot studies and communication surveys) untuk mendapatkan gambaran mengenai pengetahuan, sikap dan amalan petani dimana perlu untuk menghalusi pencapaian KPA.

10.5 Melaksanakan program latihan berkaitan konsep, prinsip dan ‘modus operandi’ KPA setempat untuk anggota dan petani di kawasan mereka.

10.6 Menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan kajian dan latihan tersebut di perkara 10.4 dan 10.5.

11. Galakan (insentif) akan diberi untuk mendorong penglibatan petani secara aktif didalam aktiviti KPA. Ini boleh dilaksanakan dengan mempertanggungjawabkan KPA untuk menjalankan kerja kerja penyenggaraan dimana KPA akan menerima bayaran daripada pihak kerajaan persekutuan atau negeri. Semua petani di dalam setiap KPA adalah layak untuk terlibat di dalam kerja-kerja penyenggaraan dan menerima bayaran setimpal dengan usaha yang telah disumbangkan oleh mereka.

12. Bayaran elaun kepada Ketua KPA dan lain-lain AJK daripada sumber kerajaan hendaklah dielakkan.

13. Pelaksanaan KPA mestilah secara berperingkat-peringkat dimulakan di kawasan yang mempunyai potensi kejayaan yang lebih cerah. Ini seterusnya boleh dijadikan tempat demonstrasi untuk petani lain.

14. Setiap KPA hendaklah mewujudkan tabung untuk mengutip sumbangan ahli. Ini akan membantu pembiayaan perbelanjaan mesyuarat KPA dan lain-lain kegiatan bersama (gotong royong, dsb.)

15. KPA boleh digunakan sebagai landasan untuk menyelaraskan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan pengeluaran padi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s