Padi SRI Selangor : Kebanggaan Rakan PPL SRI, Parit 9, Sg Leman

Padi SRI Selangor : Kebanggaan Rakan PPL SRI, Parit 9, Sg Leman

Tanggal 2 Ogos, 2011, sesuatu berlaku di PPL SRI, Parit 9, Sg Leman. Saudara Ahajani Shaari buat pertama kali dalam 41 tahun memberi ucapan rasmi. Go, Ahajani SRI, Go. Syabas dan tahniah kepada Tuan Haji Anuar Bujang, Encik Sritharan, dan sudah tentunya Guru Besau, Nurwahidah Hambali.  😀  Nanti saya cerita panjang lebar, tapi sekarang ni tatapi lah gambar penuh senyuman ini. Go, SRI, Go….  Semoga pertanian lestari yang berputik di Sg Leman merebak ke seluruh negeri Selangor. Amin, Ya Rabb.. makbulkanlah doaku ini…

Padi SRI Selangor : Senyuman Pertanian Lestari Bermula DiSini

Padi SRI Selangor : Senyuman Pertanian Lestari Bermula DiSini - Yang Pasti Menikmati Alam Kampong Yang Lestari Adalah Anak Kecil Berbaju Kuning Di Hadapan Sekali - InsyaAllah


.
Ini saudara Ahajani memberi taklimat ulungnya sejak dia dilahirkan, dan ia membuat taklimat yang baik sekali. Tahniah Ahajani. Syabas kerana lantas sahaja menyahut cabaran semasa dan sudah pun melangkah ke arena antarabangsa. Saudara Ahajani jugalah yang memberi taklimat kepada Prof Dr Iswandi Anas daripada Universitas Pertanian Bogor dan Prof Norman Uphoff dari Cornell University, Ithaca, New York tempoh hari. Go, Ahajani SRI, Go.. Kita lestarikan kampung, kemudian daerah, dan ke negeri. YES!


.

Baja SRI ini kalau tidak dicuba sendiri, saya rasa susah bagi sesiapa pun percaya akan kesannya. Alhamdulillah, kita dapat mendengar sendiri daripada saudara Abdul Razak Chik yang menjadi pengguna pertama kepada produk SRI ke atas padinya. Kalau kita tak dengar ini, mungkin kita ingatkan baja buatan sendiri dari tanaman yang didapati di sekeliling kampong sahaja adalah perkara main-main, anda akan tersilap. Jadi tontonlah video dibawah ini dan fikir-fikirkanlah.

Ringkasan penerangan saudara Razak:

* Encik Razak orang yang pertama guna produk SRI,

* Mula-mula fikir ianya main-main,

* Bincang di surau bercerita pasal produk SRI,

* Saudara Razak ambil keputusan cuba baja SRI yang diperbuat daripada kangkong untuk pecahkan anak padi pada satu lot,

* Selepas 3 hari, nampak daun padi terbuka dan anaknya keluar,

* Kemudian terus ambil keputusan untuk guna dalam semua lot di bawah pengurusannya,

* Beliau kemudian ambil keputusan guna semua produk SRI,

* Tidak mengalami masalah bena perang dan ulat batang,

* Rasa bangga kerana produk SRI dapat kawal penyakit karah daun (reput tangkai), dan ‘false smut’,

* Takut melihat serangan penyakit reput tangkai di Taliair 2 (Sg Burong) amat ketara,

* Mengguna produk SRI pada kadar yang lebih daripada syor, tidak meninggalkan kesan kepada padi,

* Beliau terus gunakan produk SRI hingga ke 95 hari,

* Banyak jimat pada kos, kerana sudah kurangkan penggunaan racun kimia sebanyak 50% dan lebihnya guna produk SRI,

* Beliau bangga dan puashati atas usaha Puan Wahidah, Mak Tam dan rakan-rakan saya,

* Insyaallah beliau dan Mak Tam boleh beri penerangan dengan petani.

Advertisements

3 comments on “Padi SRI Selangor : Kebanggaan Rakan PPL SRI, Parit 9, Sg Leman

  1. Pingback: Padi SRI Selangor : Mikrob Tanah Mengawal Perosak dan Penyakit Tumbuhan? « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  2. Pada musim 2/2011.saya berminat untuk mencuba baja dan keluaran sri.Bolehkah saya dapatkan baja tsb. di Kedah,ataupun bagaimana caranya.Harga tiap-tiap produk dan aturan penggunaannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s