Produk SRI Diguna Mengganti Racun Kimia – Keberkatan Pertanian Fitrah Alam

Haruan Membesar Dalam Sawah Tanpa Racun

Sebentar tadi Mak Tam membuka fb dan ternampak gambar-gambar ikan diupload oleh saudara Zulkifli Sulaiman a.k.a. Tedung dari Sawah Sempadan, Selangor. Terbeliak mata Mak Tam melihat gambar haruan yang lebih sikit 1 kilogram beratnya. Oleh kerana dah tak boleh tahan, dan walaupun sudah jam 11 malam, Mak Tam terus menelepon Zul.

“Ikan tangkap kat mana nih?”, tanya Mak Tam.

“Ikan saya tangkap kat dalam parit tepi rumah saya,” jawabnya ringkas. Terus saja menceritakan mengenai banyaknya ikan dalam parit tepi rumah.

Ikan Puyu Dari Parit Dalam Sawah

“Mak Tam, kalau ada racun, manakan upaya anak-anak ikan yang masuk melalui air palung itu hidup dan membesar. Lama dah matinya,” tambah Zul lagi.

“Ikan haruan tu sebahagian adalah untuk abang saya yang menjalani operation. Saya pun tak sangka boleh jadi sebesar itu. Sekilo tu Mak Tam,” sambungnya lagi.

“Banyak lagi gambarnya. Itu saya tunjuk yang sebahagian saja. Banyak lagi tak upload,” kata Zul.

“Eh. Upload le kesemua sekali. Upload le. Mak Tam nak nengok,” gesa Mak Tam.

Yang Putih Adalah Ikan Lampam, Ikan Puyu, Anak Haruan

Hati Mak Tam rasa amat tersentuh melihat kehebatan alam yang disediakan oleh Allah swt dengan segala kelebihan. Tapi kita juga yang selama ini dan terus menerus mengabaikannya.

Mak Tam juga tabik kat Zul kerana terus komited tidak mahu mengguna racun dalam sawahnya. Hasil padinya tidak terjejas, kos pengeluarannya dapat dikurangkan, Zul bertani secara sihat, anak-anaknya tidak terdedah kepada racun disekeling rumahnya, semoga kesihatan seisi keluarganya terus terjaga.
Aik. Baru sebentar nampak gambar ikan sepat goreng dalam pinggan berisi nasi. Kita yang nengok ni telan air liur saja lah. Tak aci betul Zul ni. Siap tayang ikan sepat goreng segarnya.

Ikan Puyu, Ikan Sepat dan Haruan

Seorang pensyarah dari UPM yang membuat kajian mengenai ikan sawah menyatakan bahawa anak-anak ikan masuk ke sawah melalui air yang dibekalkan. Apabila anak-anak ikan yang kecil ini terkena racun kimia, maka matilah mereka.

Inilah yang berlaku setiap musim dikawasan sawah. Kalau dulu orang yang tinggal di kawasan sawah tidak payah membeli ikan, sekarang mereka terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli ikan untuk makan harian.

Jom lah kta ramai-ramai membuat perubahan dengan cara kita bertani. Kita jaga tanah kita supaya subur balik. Kita jaga agar anak-anak ikan tidak terbunuh. Racun kimia bunuh anak ikan secara ‘instant’. Tapi tahukah kita bahawa racun kimia juga menjejaskan kesihatan kita semua – tak kira tua atau muda.

Produk SRI boleh dibuat sendiri. Berjumpalah dengan pegawai pertanian kawasan masing-masing dan mintalah mereka ajarkan. Atau terus mengikuti blog Mak Tam ini yang mana dari masa kesemasa akan memberikan cara membuat baja dan pencegah perosak/penyakit bio-organik.

Kalau tidak berminat nak membuat sendiri, pergilah ke bengkel SRI di kawasan sawah anda jika di negeri Selangor. Bagi negeri lain, di atas blog ini ada nombor-nombor yang boleh dihubungi. Buatlah sesuatu untuk kebaikan kita semua. Mak Tam hanya mampu menyeru kepada perubahan ke arah pertanian fitrah alam. Pertanian lestari.

Gambar di bawah ini Zul menunjukkan ikan ketutu yang didapati dari sungai. Disimpannya dalam parit tepi rumah hinggalah sebesar itu. Sekarang disimpannya dalam kolam disawahnya untuk dimakan pada lain hari. InsyaAllah, perkara begini boleh terjadi bagi semua kawasan sawah. Tepuk dada, tanya selera!

Ikan Ketutu Dari Sungai di Simpan Dalam Kolam Tepi Rumah
Ikan Ketutu Dari Sungai di Simpan Dalam Kolam Untuk Makan Lain Hari
Wakil Produk SRI Negeri

Wakil Produk SRI Negeri

Advertisements

Padi SRI Selangor : ARB007 di Sg Besar 562 biji setangkai

Padi SRI Selangor : ARB007 di Sg Besar 562 biji setangkai

ARB007 - 562 biji setangkai

ARB007 – 562 biji setangkai

Daripada dua tangkai padi ARB007 yang Mak Tam ambil dari Sg Besar, Mak Tam pilih satu untuk dikira. Mula tangkap gambarnya setangkai seperti di atas. Dari pandangan mata kasar pun dah jangka bahawa kiraan akan jadi lebih daripada 400 biji setangkai.

Lepas tu Mak Tam cabutkan setiap mayang dan dapati masih sama jumlahnya macam yang di Bagan Serai iaitu 14 kesemuanya. Jumlah kiraan adalah 562 biji padi bagi setangkai ini.

ARB007 - 14 mayang

ARB007 – 14 mayang

Kepala Mak Tam fikir macam-macam sebab dalam Persidangan SRI Pertama pada tahun 2010, Prof Norman Uphoff dari CIIFAD, Cornell Universiti, Ithaca, New York memberitahu dalam ucaptamanya bahawa di SRI Lanka pernah terjumpa padi yang mempunyai lebih daripada 600 biji setangkai menggunakan kaedah SRI. Mak Tam mula bertekad bahawa jika Mak Tam tanam benih yang ada ni musim ini, sudah boleh tengok potensi kemampuannya samada dapat mencapai lebih daripada 600 atau 700 biji setangkai atau tidak.

Tapi kita kena berhati-hati kerana dalam memilih padi baru untuk ditanam yang bukan datangnya dari sumber penyelidikan, kena siasat beberapa perkara asas seperti:-

  • samada mengeluarkan hasil yang tinggi
  • matang dalam jangka masa yang singkat
  • tahan kepada serangan perosak dan penyakit padi
  • tahan daripada rebah
  • menghasilkan mutu beras yang baik

Hj Fuad dan Hj Ali yakin ini bukan padi hibrid kerana setelah empat kali ditanam, masih memberi prestasi pertumbuhan yang sekata. Di kedua tempat iaitu di Bagan Serai dan juga Sg Besar, bilangan anak adalah diantara 8 hingga 12, dan hampir kesemua mengeluarkan tangkai. Cuba lihat dalam gambar di bawah.

Hj Fuad mengira batang padi

Hj Fuad mengira batang padi

Mak Tam teringin nak tanam benih ini cara SRI seratus peratus. Kerana dari pengalaman, pokok padi akan menunjukkan ciri fisikal yang lebih baik dengan cara SRI.

  • Bilangan anak padi boleh bertambah.
  • Tangkai boleh menjadi lebih panjang.  Bila diukur, tangkai ARB007 ini adalah 29 cm.
  • Pokok padi boleh jadi lebih keras dan kuat, jadi boleh tahan daripada rebah.
  • Harap pokok ARB007 juga dapat tahan serangan perosak dan penyakit, terutama reput tangkai dan hawar daun yang banyak melanda tanaman padi di negara ini dengan mengguna cara SRI.

Cara SRI adalah seperti berikut:

  1. Tanam benih padi muda berumur bawah daripada 14 hari dengan biji benihnya masih melekat (Mak Tam pilih bawah daripada 10 hari).
  2. Anak benih muda tadi dicalit cetek tidak melebihi 1 cm kedalaman.
  3. Jarak tanam adalah 30 cm x 30 cm dalam bentuk empat-segi tepat.
  4. Air diberi acap-acap sahaja selama 45 hari (air dimasukkan untuk kerja melandak sahaja).
  5. Kerja melandak dibuat pada hari ke-10, 20, 30 dan 40 lepas tanam.
  6. Guna baja sabsidi seperti biasa, dan ditambah dengan semburan produk SRI. Untuk ini, Mak Tam nak pastikan jerami di sawah tersebut telah mendapat rawatan IMO dan pati kangkung, dan semua jerami dimasukkan ke dalam tanah lebih awal.

Buku Panduan Membuat dan Mengguna Produk SRI Organik

Buku Panduan Membuat dan Mengguna Produk SRI Organik

Buku yang dalam proses penyediaan sejak tiga bulan yang lalu. Walau pun Mak Tam dah ada pengalaman menyusun buku iaitu buku “Seratus Tahun Menerajui Kecemerlangan Pertanian” Jabatan Pertanian dalam tahun 2005, tapi setiap buku itu unik. Yang dulu adalah koleksi penulisan beberapa orang pegawai, yang ini pula ditulis oleh dua orang, Pak Tam dan Mak Tam. Kami mengambil kaedah ‘natural farming’ dari Korea Selatan dan juga ilmu pertanian ekologi dari Indonesia.

‘Natural farming’ telah diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian sejak 2002. Itu semasa Mak Tam menjawat jawatan Pengetua di Institut Pertanian Serdang. Puan Mariam Ahmad, yang juga Pengurus Ladang institut menjadikan ‘natural farming’ sebagai salah satu subjek yang diajar kepada pelajar IPS dan peserta inkubator. Puan Mariam yang banyak menceritakan kehebatan ramuan ‘natural farming’ ini.

Setelah Mak Tam pencen, berpeluang pula menghadiri kursus Pertanian Ekologi di Pusat Latihan FELCRA (FTC) Seberang Perak. Di FTC sekali lagi Mak Tam didedahkan kepada pembuatan baja dan pestisida semulajadi yang dibuat daripada bahan-bahan yang boleh didapati disekeliling kampung. Di FTC jugalah Mak Tam mendalami kaedah SRI dan kaitannya dengan mikrob dalam tanah. Pak Deri Ramdani dari Nusantara Organik SRI Centre (NOSC), Nagrak, Sukabumi memberi banyak resepi yang boleh digunakan di Malaysia.

Buku Panduan Membuat dan Mengguna Produk SRI Organik

Buku Panduan Membuat dan Mengguna Produk SRI Organik

Tapi orang yang paling berpengaruh dalam pembelajaran Mak Tam adalah Pak Aep Saepudin dari Tasikmalaya, Indonesia. Beliau membuka minda Mak Tam kepada banyak perkara yang berkaitan dengan sejahteraan alam sekitar dan peranan mikrob dan makhluk seni dalam tanah. Kepentingan menjaga keseimbangan zon persekitaran perakaran (rhizosphere) dan bagaimana mikrob mengilang makanan untuk tumbuhan dan menjadi benteng pertahanan utama dalam menjaga keselamatan pokok daripada serangan makhluk perosak seperti serangga, kulat dan bakteria. Beliau juga menceritakan bagaimana bunyi cengkerik juga memainkan peranan membuka stomata daun pada waktu malam hingga subuh.

Tetapi buku kami ini adalah seperti buku resepi membuat rumusan yang boleh menjadi baja dan menguatkan ketahanan tumbuhan daripada serangan perosak. Pak Tam dan Mak Tam berharap buku ini akan diguna oleh seramai pengusaha pertanian dan seterusnya menggunakannya untuk mengajar generasi muda.

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tabur Bersama Produk SRI

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tabur Bersama Produk SRI

(Perhatian: Ini jadual sebenar. Mak Tam tersilap paste awal tadi.)) Jika anda menanam padi secara tabur, anda boleh mengguna produk SRI seperti dalam panduan di bawah. Buatlah yang termampu. Kalau kita tak cuba kita tak tahu. Ini adalah cara yang dibuat oleh Encik Rosli, Sg Leman dan Encik Mohd Nor, Sg Besar dan mereka berjaya mengurangkan modal bersawah mereka. SILA AMBIL PERHATIAN:   Tapi kalau padi di tabur pada kadar yang tinggi dan pokok padi terlalu rapat, guna SRI Anak sekali sahaja.

Jadual SRI Tanam Tabur

Jadual SRI Tanam Tabur

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI

Bagi anda yang buat tanam menggunakan mesin menanam padi (transplanter), sila guna jadual ini sebagai panduan mengguna produk SRI. Cara ini dibuat oleh Pak Lang Razak untuk 30 ekar sawahnya. Beliau menjana penjimatan yang banyak. Bayangkan dari RM12,000 setiap musim membeli racun kimia dan baja tambahan, sekarang ini hanya membelanjakan kurang daripada RM1500 untuk racun kimia 30 ekar sawah.

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI