Bernas

18 Jun, 2011 – Lawatan Senior Management BERNAS ke Padi SRI Selangor, Parit 4, Sg Burong.

Padi SRI Selangor : Lawatan Senior Management BERNAS

Padi SRI Selangor : Lawatan Senior Management BERNAS

Padi SRI Selangor mengalu-alukan kesudian Senior Management BERNAS turun melawat sawah SRI pada tengahari tadi. Sokongan padu dari BERNAS kepada usaha-usaha kami untuk melestarikan pertanian, terutama dikalangan rakan tani di Sabak Bernam dan Kuala Selangor amat diharapkan. Semoga Padi SRI Selangor berjaya membawa lebih ramai rakan-rakan tani menghayati SRI dan yakin bahawa SRI dapat membawa kesejahteraan kepada manusia sejagat. Amin.

Padi SRI Selangor : Encik Mohamad Nazuir Bin Ahmad Toee

Padi SRI Selangor : Encik Mohamad Nazuir Bin Ahmad Toee, SGM, Human Capital & Admin Division

Encik Mohamad Nazuir memerhatikan butir padi dengan penuh minat. Beliau juga sangat tertarik kepada keupayaan padi SRI tumbuh dengan baik cuma dengan baja dan penghindar semulajadi. Keadaan daun pengasuh yang tegak dan seolah beratur juga mendapat perhatiannya.

Padi SRI Selangor : Memohon Sokongan Kepada Persidangan SRI

Padi SRI Selangor : Memohon Sokongan Kepada Persidangan SRI

Pak Tam menyuarakan hasrat agar BERNAS memberi sokongan dalam bentuk penajaan dan penyertaan bagi PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERTAMA SRI (5-6 Julai, 2011) di Palm Garden Hotel, IOI, Putrajaya. Alhamdulillah, mendapat persetujuan Encik Ahmad Tarmizi Bin Mohamed Hariri, Chief Financial Officer (paling kanan dalam gambar). Pihak penganjur diminta segera menghantar permohonan kepada Encik Amiruddin Bin Ahmad Tajuddin, General Manager, Local Rice Business Sector (nombor 2 dari kiri).

“Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga ”

—————————————————————————————

22 Mei, 2011  – Gambar-gambar bersama rakan-rakan dari BERNAS.

1.  Bernas Visit to Selangor

5 Mac, 2011,

6 Mac, 2011,

21 Mei, 2011

2.  Latihan Padi Ditanam Mengguna Kaedah SRI –

24 April, 2011,

April-Mei, 2011,

4-5 Mei, 2011,

15 Mei, 2011

———————————————————————————————————————————————

11 Mei, 2011 – My favourite pictures 😀 (Klik atas gambar untuk gambar yang lebih besar – enjoy..)

BERNAS Just Do It

BERNAS - Just Do It

BERNAS Moving Forward For A Healthy World

BERNAS - Moving Forward For A Healthy World

———————————————————————————————————————————————————————–

Bernas, Sg Baru, Kedah (4 – 5 Mei, 2011)

Saya akan melaporkan kemajuan setiap lawatan melalui gambar-gambar yang dijadikan video. Ini akan menjadi rekod bagi tujuan post-mortem dan perancangan seterusnya. Memandangkan ini adalah kali pertama kaedah SRI ini dibuat di Sg Baru, beberapa perkara telah pun dikenalpasti untuk dibaiki pada musim akan datang.

Untuk melihat aktiviti latihan menanam sila klik di sini.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

1. Lebar dan dalam parit keliling petak.

2. ‘Precision leveling’ untuk petak sawah.

3. Rumput dan benih padi yang tumbuh sebelum aktiviti penanaman dibuang.

4. Perlu adakan latihan khusus pembuatan IMO, MOL, dan Bio-Hindar.

5. Sediakan ruang khusus dikawasan Sg Baru untuk tempat penyediaan IMO, MOL & Bio-Hindar.

6. Latihan menyediakan anak benih untuk penanaman cara SRI.

7. Batas disekeliling petak dibiarkan ditumbuhi rumput sebagai tempat tinjauan pelawat. Rumput sentiasa disimpan pendek dan rapi.

8. Sehari selepas menuai, jerami dan tunggul akan ditebas. IMO 3 di tabur dan MOL pereputan disembur ke seluruh jerami segar. Bajak dan masukkan jerami kedalam tanah. Ini adalah bagi tujuan memerangkap semua nutrien yang ada dalam jerami yang masih segar dan di ‘incorporate’ ke dalam tanah kembali.

9. Kerja-kerja untuk mewujudkan dan menjaga ‘hardpan’ tanah sawah ini akan dirancang. Akan cuba membajak dalam keadaan kering dihujung musim ini.

10. Latihan khusus mengenai Penanaman & Pengurusan Tanaman, Tanah, Air dan Nutrien bagi kaedah SRI.

Mengapa mesocotyl benih padi panjang?

Mesocotyl panjang

Mesocotyl panjang

Semasa saya meneliti anak benih yang disediakan, saya nampak mesocotyl kebanyakannya panjang. Dalam pencarian saya, beberapa maklumat yang ditemui menyatakan bahawa mesocotyl menjadi panjang disebabkan oleh kehadiran abscisic acid (Kiyoshi Takahashi, 1972). Abscisic acic atau ABA meransang pertumbuhan mesocotyl dalam keadaan gelap. Ini memungkinkan benih sama ada ditanam dalam, atau pun stacking tray benih terlalu lama yang menyebabkan anak benih mengeluarkan mesocotyl.

————————————————————————————————————————————————————–

Bernas, Sg Baru, Kedah (24 April, 2011)

Padi SRI - Bernas Sg Baru, Kedah

Padi SRI - Bernas Sg Baru, Kedah

Insyaallah akan diupdate. 🙂

Pihak BERNAS akan menanam padi secara SRI di kawasan seluas1 relong di BERNAS, Sg Baru. Kawasan 1 relong ini akan menjadi petak latihan untuk pegawai-pegawai BERNAS. Rakaman video melalui gambar-gambar yang diambil akan memberi peluang kita melihat transformasi kawasan sawah ini daripada penanaman konvensyenel kepada penanaman secara organik. Adakah ini akan menjadi nadi permulaan perkembangan beras organik secara komersil di negara ini? Masa akan menentukan.

Penanaman akan dibuat pada 5 Mei, 2011. Sekarang kerja-kerja penyediaan tanah sedang diuruskan. Insyaallah, selepas 5 Mei akan di upload gambar-gambar terbaru.

Advertisements

5 comments on “Bernas

  1. Mak Tam. . ada program lagi di selangor tentang padi sri saya nak ikut sama. . tel nomber 017-6464867

  2. Penggunaan baja KEKWA Bio-liguid Ferttilizer yg dihasilkan melaluai kaedah Tekniklogi Vermikompos dgn mengunakan ekstrak lendir cacing iaitu sejenis bahan cecair asli tanpa penambahan sebarang bahan kimia yg di hasilkan melaluai pengekstrakkan kompos cacing berserta lembapan atau lendir yg terdapat pada badan cacing.KEKWA mengandungi Mikrooganisma baik serta Enzim Lumbrokinese yg akan bertindak secara semulajadi sebagai agen penghalang penyakit dan makhluk perosak.amat sesuai utk perladangan organik.KEKWA bolih dihubungi di Talian KPFK BIOTECH INDUSTRY SDN BHD Tel nombor 603-7955 1882, 603 -79543882,Email kpfkbiotech@gmail.com.

    • Yang ni kena berikan macam mana nak guna Wood vinegar tu untuk tanaman padi. Harap dapat berkongsi ilmu dengan kami. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s