Sik, Kedah

SRI Lovely : Tuaian Sulung SRI Lovely pada July 18, 2011

.

———————————————————————————————–
Padi SRI LOVE :  Petua Orang Tua-tua Cara Mengawal Ulat Batang (4-5 Jun, 2011)

Tepat jam 5:04 ptg – 10 Jun, 2011 – mendapat maklumat bahawa memang ubi gadong (Dioscorea hispida) boleh mengawal ulat kupu-kupu Lepidoptera. Baca di sini, iaitu penyelidikan oleh ALEXIE B. BANAAG1, KEIICHI NAGATA AND HIROSHI HONDA pada tahun 2005. Walau pun penyelidikan tersebut dibuat khusus bagi ulat ratus dan plutella, tetapi asasnya adalah racun dioscorine dan dioscorine N-oxide menunjukkan aktiviti larva tidak lalu makan, pertumbuhan larva terbantut, dan larva menunjukkan tanda-tanda keracunan. YES! 😀

Padi SRI LOVE : Ubi Gadong Mengawal Ulat Batang

Padi SRI LOVE : Ubi Gadong Mengawal Ulat Batang

LOVE, singkatan untuk Lintang Organic Valley, menghadapi serangan ulat batang terhadap padi yang mereka tanam paling awal. Maka Che Mad Pengurus Ladang pun mencari maklumat cara mengawal ulat batang daripada seorang orang lama di kampong tersebut yang dipanggil dengan nama Pak Da Hassan berumur lingkungan 80 tahun. Petani dulu mengguna ubi gadong untuk mengawal ulat batang. Ubi gadong di hiris-hiris, dan ditebarkan kedalam sawah, serta kedalam air parit sawah.

Walaupun kerosakan ulat batang pada tanaman padi yang awal kekal, tetapi tidak nampak serangan pada tanaman padi yang lain yang ditanam terkemudian sedikit. Teorinya ialah ubi gadong ini mempunyai racun alkaloid dioscorine yang larut dalam air. Besar kemungkinan racun dioscorine yang larut juga diserap kedalam tanaman padi. Adakah kemungkinan, ini yang menyebabkan ulat batang tidak sempat membesar disebabkan oleh keracunan? Ini yang perlu di selidiki secara ilmiah.

Jadi Che Mad telah memberi saya ubi gadong yang mudah didapati di LOVE. Saya akan gunakan untuk tanam dan juga sebagai bahan perbincangan dengan rakan-rakan tani, Insyaallah.

Saya amat berharap agar rakan dan taulan dapat berkongsi petua-petua yang seperti ini agar dapat dikumpulkan untuk dimanfaat untuk manusia sejagat. Sila berkongsi di Padi SRI Selangor supaya dapat kita dokumenkan maklumat seperti ini.

Di Kashmir, ubi gadong digunakan untuk membunuh kutu dan serangga yang ada pada bulu kambing biri-biri. Selepas itu, barulah bulu kambing itu diguna untuk dibuat pakaian dan sebagainya.

Disamping racun dioscorine, ubi gadong juga mengandungi racun saponin. Racun saponin boleh digunakan membunuh siput gondang emas. Dalam dos yang banyak, ia juga membunuh sebarang jenis ikan yang ada dalam sawah. Mungkin kita perlu ada data penyelidikan dalam negara ini mengenai perkara ini.

Bagi yang ingin mengenali pokok ubi gadong, sila klik di sini Galeri Teganukita

—————————————————————————————————————————————————

22 Mei, 2011 – Saya tak dapat lupa keindahan alam semulajadi di Belantek. Alhamdulillah boleh kata kesemua gambar jadi, ada sedikit saja yang rosak sebab bateri nak habis sangat.

Harap anda juga dapat merasa keindahan disana.

1. Belantek, Sik, Kedah 24 Apr, 2011

2. Belantek, Sik, Kedah 15 Mei, 2011 Pt 1

3. Belantek, Sik, Kedah 15 Mei, 2011 Pt 2

4. Belantek, Sik, Kedah 15 Mei, 2011 Pt 3

5. Belantek, Sik, Kedah 15 Mei, 2011 Pt 4

—————————————————————————————————————————————————-

My Favourite Picture

Seeing The Future Today

Seeing The Future Today

——————————————————————————————————————————————————–
10 Mei, 2011 –

Padi SRI di Sik

Padi SRI di Sik

Terima panggilan daripada Z. Dia kata rumpun padi SRI nya telah mencecah 102 anak. Mak Tam kena pergi ke Sik nak tengok dan rekodkan dengan gambar. Tak tahan rasanya nak ke sana. Yang mana satulah agaknya padi yang dapat beranak sampai banyak itu dari satu anak benih. Insyaallah, akan sampai ke sana untuk melihat sendiri sesuatu yang ajaib. Keajaiban alam semulajadi. Kebesaran Allah swt.
——————————————————————————————————————————————————–
Kg Lentang, Belantik, Sik, Kedah (24 April, 2011)

Special video untuk alumni SRI 2, FTC. InsyaAllah, balik dari Nagrak, akan saya update dengan tulisan. 🙂 Mak Tam

SRI ORGANIK di Kg Lentang, Belantik, Sik, Kedah
Contact: Zakaria Kamantasha (013-464-3935)

3 comments on “Sik, Kedah

    • Salam. Sebenarnya yang dituai adalah dalam 40 kaki x 40 kaki sebagai tanaman kali pertama. Padi adalah MRQ 74 (wangi). Kerana serangan hawar selundang, hasil unjuran adalah rendah iaitu dalam 2 tan sehektar sahaja. Tetapi anggaran kiraan mengikut komponen hasil yang dibuat oleh Jabatan Pertanian adalah 4.66 tan/hektar iaitu dengan mengambil sampel daripada pokok-pokok yang sihat sahaja. Walau bagaimanapun, kegigihan orang SRI Lovely untuk meneruskan perjuangan mengembalikan kesuburan tanah melalui cara penanaman padi SRI adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s