Mekah

Ziarah Umrah (7-23 Mac, 2011)

Masjidil Haram Mekah

Masjidil Haram Mekah

Pemergian ke Mekah sama sekali tidak dirancang.  Entah mengapa pada suatu malam, mulut ini bertanya kepada Pak Tam.

“Pak Tam, jom kita pergi Mekah”.

Pak Tam pusing dan tengok muka ku dan kata, “Cari le”.

Dengan kata-kata itu, sedar-sedar terus membuat tempahan dengan Andalusia Travel & Tours. Alhamdulillah.

Semasa menghadap Kaabah, airmata bercucuran. Jiwa jadi terlalu sayu. Disekelilingku para tetamu Allah yang datang menyahut seruan Mu. Yang cukup sifatnya, yang bongkok, yang kecil, yang muda, yang tua, yang cacat, yang berjalan, yang dipimpin, yang atas kereta roda, yang didukong, yang lawa, yang hudoh semua datang hanya keranaMu, Ya Allah. Kecilnya aku ini disisiMu Ya Allah, Tapi janganlah kau lupakan aku, walau sekelip mata, walau sedetik masa… Aku bersyukur atas panggilan Mu ini, Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman… ampunkan segala dosa ku yang sekecil hingga yang sebesar Ya Allah….

Mekah 1

Mekah 2

Mekah 3

———————————————————————————————-

Madinah

———————————————————————————————-

Jordan Transit

———————————————————————————————-

Jeddah

———————————————————————————————

KLIA

———————————————————————————————-

TURKI

Topkapi Grounds In Early Spring 2011

Topkapi Grounds In Early Spring 2011

Pada 7 Mac, 2011, Pak Tam, saya dan anak bongsu kami berangkat ke Istanbul untuk ziarah Bursa & Istanbul sebelum mengerjakan umrah. Sampai di lapangan terbang Istanbul, anak nombor tiga, Kamal Tasnim telah menunggu. Dia baru tiba daripada Munich, Jerman. Seronok berjumpa anak yang dah berbulan tak ketemu.

Dibawah ini adalah gambar-gambar semasa lawatan/ziarah ke Turki pada 8-11 Mac, 2011. Bagi jemaah kumpulan kami, bertemu salji di Turki adalah sebagai kenangan indah, walau pun sejuk. Sebahagian jemaah tidak bersedia dengan pakaian sejuk, maka terpaksa memakai beberapa lapis baju dan juga stokin. Mujurlah Tasnim membawa dua pasang sarung tangan untuk Pak Tam dan saya. Kuranglah rasa sejuk. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Turki Part 1

Turki Part 2

Turki Part 3

Turki Part 4

Turki Part 5

Turki Part 6

Leave a comment