Tunjong

Padi SRI Selangor, Parit 4, Sg Burong (17 Jun, 2011)

Padi SRI Selangor : Saudara Jaafar Membelek Tunggul Padi 103 Anak

Padi SRI Selangor : Saudara Jaafar Membelek Tunggul Padi 103 Anak

Tunggul padi yang mempunyai lebih dari seratus anak ini menarik hati ramai rakan tani yang melihatnya. Ada yang menggeleng kepala bila saya katakan ianya datang dari satu anak benih sahaja. Lebih-lebih lagi bila saya kata ianya tumbuh tanpa baja atau racun kimia.

Saudara Jaafar bila memegang tunggul yang lebih kecil, iaitu yang anaknya dalam 60 sahaja, mengangkatnya sambil berkata, ‘Mak Tam. Saya nak yang 60 anak ini saja. Tapi saya nak semua padi yang tumbuh disawah sebesar ini kerana dari rumpun sebesar ini sahaja mampu mengeluarkan lebih daripada setengah kilo padi. Kita kiralah berapa rumpun padi sebesar ini dalam satu hektar. Pak Tam, berapa pokok padi sehektar?’

‘160,00,’ jawab Pak Tam.

‘Itu saja dah dapat 8 tan. Kalau anak 60 macam ni, boleh dapat sampai 1 kilo padi,’ sambil membelek-belek tunggul padi ditangannya. Dalam kepala saya berfikir, kalau macam tu, tak mustahil lah boleh dapat sampai 16 tan! Sekarang saya pulak menggeleng-geleng kepala. YES! We can.

————————————————————————————————————————————————–

Padi SRI Tunjong, Kelantan (9 Jun, 2011)

Sedang diuruskan 😀

Kalau nak tengok pokok padi beranak lebih daripada seratus, lihat gambar ini. Padi ini tidak di baja dengan baja NPK kimia dan tidak diberi racun kimia. Cuma ditanam dengan 1 anak benih sahaja, ditanam cetek, ditanam 25 cm x 25 cm jaraknya, digemburkan tanah sebanyak 4 kali, disembur baja tumbuhan dan bahan penghindar serangga tumbuhan, dengan pengawalan air acap-acap pada 40 hari pertama. Ini adalah padi yang ditanam di sawah yang telah melalui 4 musim cara penanaman SRI. Lihat gambar sebelah kiri dan fikirkanlah!

Padi SRI Tunjong : Rumpun Padi Dengan Lebih Daripada 100 anak

Padi SRI Tunjong : Rumpun Padi Dengan Lebih Daripada 100 anak

Advertisements

14 comments on “Tunjong

    • Buat macam ni:

      200 g tembakau jawa + 600 ml air panas mendidih

      Esoknya tapis. Guna 200 ml + 20 liter air. Sembur pada pada padi. Insyaallah.

    • Kelantan – Sunnah Tani kalau tak silap saya adalah sebuah koperasi yang melaksanakan 100% SRI Organik.
      Kedah – ahli koperasi dalam 21 orang yang mengerjakan 100% SRI Organik di bawah bimbingan KEDA
      Selangor – 7 petani mengerjakan 100% SRI Organik – kebanyakan mencuba di atas sawah yang kecil (bagi tujuan melatih diri), tetapi sudah hampir 100 atau lebih yang menggunakan produk SRI di atas sawah sedia ada, dan menikmati penjimatan pengurangan membeli racun kimia hingga hampir 70%..
      Perak – Felcra Training & Consultant – 13 hektar, dan juga ada 1 orang di Semanggol? (tak pasti tempatnya)

  1. Salam,,
    Ingin benar rasanya nak mengetahui cara tanaman padi Kaedah SRI ini..Tolong berikan detail bermula dari peringkat awal hingga akhir penyediaannya.

    Besut Terengganu.

    • Salam. Saya sedang menyediakan deraf panduan untuk penanaman padi cara SRI. Insyaallah, akan cuba segerakan. Semoga dipermudahkan olehNya niat yang baik. Amin…

    • Salam. Sebenarnya semua ada dalam blog saya, cuma saudara perlu baca dari Oktober, 2010. Nanti akan saya senaraikan berserta linknya sekali untuk setiap peringkat. Buat masa ini tengah sibuk buat persediaan untuk Persidangan Kebangsaan SRI 5-6 Julai, 2011. Insyaallah, lepas itu akan saya buat.

    • Saya dimaklumkan bahawa purata hasil adalah 7 tan lebih sehektar. Kawasan di Tunjong ini telah bertanam selama 4 musim. Dan selama itu jugalah padi mereka tidak dicemari dengan sebarang bahan kimia baik baja atau racun. Mereka hanya menggunakan baja buatan sendiri daripada tumbuhan dan haiwan (siput gondang, ikan). 🙂

    • It started as a 10-day old seedling. This was a fourth season crop. I was so excited to find the highest effective tiller number was 160 in Tunjong. Unfortunately, I was not able to document it on camera because it came apart before I arrived.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s