Padi SRI Selangor : Mikrob Tanah Mengawal Perosak dan Penyakit Tumbuhan?

Padi SRI Selangor : Mikrob Tanah Mengawal Perosak dan Penyakit Tumbuhan?

Padi SRI Selangor : Gambar Bakteria Menglilingi Hyphae Dalam Tanah

Padi SRI Selangor : Gambar Bakteria Mengelilingi Hyphae Kulat Dalam Tanah - Kredit gambar: USDA

Terdapat maklumat tentang peranan bakteria, kulat dan pelbagai mikrob tanah dalam website USDA (United States Department of Agriculture) ini. Masa saya kat university dulu, perkara ini ada diajar. Tetapi setelah bekerja, tidak pulak digunakan pengetahuan tersebut kepada kerja. Mungkin lebih mudah merekomen baja dan racun kimia kerana ianya ada disekitar kita, dan promosi mengenai baja dan racun kimia agresif dan terkehadapan. Bolehlah ambil yang mana satu untuk dijadikan alasan saya, tapi pada hakikatnya, saya telah tersilap. Mungkin ada sisa-sisa umur ini boleh membantu memberi maklumat mengenai peranan mikrob dalam tanah, dan bagaimana kita boleh memperkasakan mikrob mengikut fitrah kejadian mereka.

Sebelum itu, lihatlah video yang telah saya letakkan alihbahasa kepada bahasa Melayu untuk renungan bersama.


.

Trichoderma Membelit Hyphae Rhizoctonia sp.

Trichoderma Membelit Hyphae Rhizoctonia sp.

Dalam video di atas disebut sejenis kulat dipanggil Trichoderma. Kulat Trichoderma ini akan menyerang kulat (Rhizoctonia solani) yang membawa penyakit hawar seludang pada padi. Sebuah kajian di Vietnam menyatakan selain dari menyerang kulat yang membawa penyakit, Trichoderma juga mengeluarkan bahan antibiotik bagi bertahan dari serangan kulat yang membawa penyakit. Sila baca kertas dari Hanoi University of Agriculture di sini. Juga lihat di sini untuk maklumat lanjut.

Bacillus subtilis pula adalah sejenis bakteria aerobik yang membiak dan menghuni sistem akar tumbuhan dengan banyak sekali. Mereka menghalang kulat yang membawa penyakit untuk menghampiri akar, iaitu bertugas sebagai pengawal keselamatan akar. Ini boleh dilihat dalam video di atas yang mana gerombolan bakteria menghalang kulat Fusarium menghampiri akar. Bakteria Bacillus subtilis boleh dianggap sebagai ‘natural fungicide‘ (penghindar kulat semulajadi).

Jadi kalau kita menggunakan racun rumpai, serta baja kimia, serta membanjiri sawah, sudah tentu sahaja mikrob aerobik dalam tanah banyak yang mati. Maka tidak dapatlah mereka membantu menjaga kesihatan pokok. Alkisahnya, manusia akan terus berharap kepada pelbagai jenis racun untuk mengawal berbagai jenis penyakit yang timbul. Sudah pastinya, kena mengeluarkan ongkos yang banyak. Dalam pemerhatian saya, petani di kawasan padi membeli diantara RM500 ke RM 1000 racun untuk mempastikan mereka mendapat hasil padi. Alangkah baik jika saya katakan bahawa ada jalan lebih murah dan selamat untuk mengawal perosak dan penyakit. InyaAllah.. InsyaAllah.. InsyaAllah.. Ada jalannya…

Produk SRI Berasas Kepada Prinsip Natural Farming

Produk SRI Berasas Kepada Prinsip Natural Farming

Kita sebenarnya telah pun ada jawapannya dalam produk SRI yang dibuat sendiri oleh PPL SRI, Parit 9, Sg Leman. Produk yang dibuat oleh petani sendiri dari tumbuhan/haiwan disekeliling kampung, diformulasikan mengikut prinsip ‘natural farming’ dari Korea, dan telah pun menunjukkan kesan positif menghindar perosak seperti bena perang, serta mengawal penyakit karah padi yang menyebabkan reput tangkai (dengar apa kata Encik Razak Chik di sini dalam video yang ketiga).
.
Marilah bersama saya merungkai kehidupan seni dalam tanah. Siapakah yang menghuni tanah pada lapisan atas, iaitu kedalaman lapisan diantara 5 cm ke 20 cm dari permukaan tanah (topsoil). Dari lapisan yang nipis ini lah akar membesar dan menjalar untuk mendapatkan makanan. Oleh itu, konsentrasi mikrob tanah adalah dilapisan ini.

Makhluk yang dipanggil bakteria ini terlalu banyak dalam topsoil. Satu sudu kecil tanah mengandungi diantara 100 juta ke 1 billion bakteria. Bakteria tergulung kepada 4 jenis tugas.

  • Satu kumpulan bakteria adalah yang menguraikan sisa tanaman yang telah mati, iaitu dengan menukarkan bahan organan sisa tanaman tadi kepada bentuk makanan untuk organisma lain dalam tanah,
  • Kumpulan kedua pulak adalah bakteria yang mendampingi tanaman seperti nitrogen-fixing bacteria yang mengambil nitrogen dari udara dan menukarkannya kepada soluble nitrate yang boleh digunakan oleh tanaman,
  • Kumpulan ketiga adalah jenis bakteria yang membawa penyakit kepada tanaman seperti Xymomonas dan Erwinia,
  • Kumpulan keempat adalah bakteria yang bertugas untuk kitaran nitrogen (nitrogen cycling) dan menguraikan bahan pencemar (pollutants).

Silalah ke website ini untuk penerangan yang lebih lanjut mengenai pelbagai mikrob lain seperti kulat, Actinomycetes dan lain-lain website USDA (United States Department of Agriculture)

Advertisements

2 comments on “Padi SRI Selangor : Mikrob Tanah Mengawal Perosak dan Penyakit Tumbuhan?

  1. penerangan yang amat bagus.. tapi mengapa bahan kimia dan racun masih digunakan dalam indutries pertanian.. sedangkan itu semua menjejas mutu dan kualiti beras.. dan menjadikan beras yang kurang zat.. kalau menggunakan cara penanaman organik seperti yang di bentangkan mungkin mutu dan kualiti meningkat.. ini semua kerana syarikat2 racun masih memegang kuat indutri pertanian di negara ini..mungkin ini punca industri masih lagi menolak kaedah organik.. saya sendiri pun berkerja dalam bidang pertanian..mempromosi baja organic yang tidak mengandungi racun dan bahan kimia.. syarikat2 racun telah mengubah minda petani bahawa penggunaan racun adalah jalan terbaik.. memang sukar kalau nak ubah minda kecuali ada sesuatu kuasa besar yang dapat memasukkan kaedah organic ini dalam industri pertanian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s