Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 6

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 6

Perniagaan Yang Menguntungkan

Perniagaan Yang Sangat Menguntungkan – Klik Carta Untuk Besarkan

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 5
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 4
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 3
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Mak Tam dihantarkan butir-butir ini oleh orang dalam yang sangat rasa terharu dengan keadaan benih padi negara. Orang ini mengikuti perkembangan padi kebal dari awal lagi sehinggalah sekarang. Tapi beliau tak boleh berbuat apa-apa. Hanya melihat dan merasa tertekan.

Kepada tuan-puan yang budiman, hayatilah carta ini. Ini yang dinamakan perhambaan petani kepada teknologi. Yang pandai dan licik akan terus memerah keringat petani. Wahai pihak yang berwajib, buatlah sesuatu untuk membetulkan keadaan ini. Usah kita melalak ke hulu dan ke hilir berhujah pasal keselamatan makanan negara padahal perancangan dan pengeluaran benih padi berada ditangan orang lain. Sedih 😦

Advertisements

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 4

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 4

Kenyataan Tender

Kenyataan Tender


Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 3
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2
Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Tahun 2012 – Kementerian Pertanian sekali lagi telah menukar program
pengeluaran benih padi sah daripada sistem kuota kepada sistem tender.

Untuk menyertai tender semua pengeluar hendaklah memenuhi 3 syarat :-

i) Loji pemprosesan milik sendiri
ii) Mempunyai alat indented Cylinder / Colour Sorter
iii) Mempunyai sijil kewangan bertaraf bumiputera

Untuk sistem tender Kementerian Pertanian telah menetapkan kepada
11 petender /pengeluar yang berjaya. Jumlah yang ditetapkan untuk
ditender seperti berikut:

20 000 metrik tan setahun – 2 pengeluar
8 000 metrik tan setahun – 3 pengeluar
3 000 metrik tan setahun – 4 pengeluar
2 000 metrik tan setahun – 2 pengeluar

Jumlah: 80 000 metrik tan setahun

Pengeluar yang berjaya dalam tender tersebut ialah :

1) Kilang Beras Sri Merbok – 22 000 mtan

2) 1-Hj Md Noor Sdn. Bhd –milik sendiri – 20 000 mtan
2-Loji MADA – sewa

3) PPK Lahar Bubu – 8 000 mtan
4) Felcra – 8 000 mtan
5) SPPM – 8 000 mtan
6) Jelapang Selatan – 3 000 mtan
7) Paddytech- sewa loji MADA di Terengganu – 3 000 mtan
8) OBL Maju – 3 000 mtan
9) Padi Pukal Parit 7, Sekinchan Sdn. Bhd. – 2 000 mtan
10) KADA – 3 000 mtan

JUMLAH: 80 000 mtan

2 pengeluar telah memohon rayuan supaya disemak balik keputusan
tender dan Kementerian Pertanian telah bersetuju mengeluarkan
keputusan berikut pada Nov 2012:

1) Kilang Beras Sri Merbok – 20 000 mtan
2) Hj. Md. Noor – 18 000 mtan
3) PPK Lahar Bubu – 8 000 mtan
4) Felcra – 8 000 mtan
5) SPPM – 8 000 mtan
6) Jelapang Selatan – 3 000 mtan
7) Paddytech – 2 000 mtan
8) OBL Maju – 3 000 mtan
9) KADA – 3 000 mtan
10) Padi Pukal Parit 7 Sekinchan dan Sdn. Bhd – 1 500 mtan
11) Pertama Padi Sdn. Bhd. – 4 000 mtan
12) Dataran Pusaka Sdn. Bhd. – 1 500 mtan

JUMLAH: 80 000 mtan

Baca juga yang kat sini untuk pencerahan.

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2

Benih Padi MR219

Benih Padi MR219

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 2

Status Benih Padi Negara – Part 1

Pada tahun 2007- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memulakan Sistem payung

Sistem Syarikat payung dan Rakan Benih dengan kuota pengeluaran sebanyak 74 000 m/tan setahun. Berikut adalah Perancangan Program Pengeluaran Benih Padi Sah untuk 4 tahun

Sistem Syarikat Payung Benih Padi

Sistem Syarikat Payung Benih Padi

Perancangan sistem kuota yang dirangka adalah untuk 4 tahun (2007-2010). Bayaran insentif RM 500.00 untuk 1 mt dibayar kepada pengeluar dan Syarikat Payung diberi kebenaran dan bebas melantik Rakan Benih untuk bekerjasama memenuhi kuota pengeluaran yang diterima .Syarikat Payung memberi kuotanya kepada Rakan Benih membayar komisen kepada syarikat payung.

Tempoh sistem payung yang dirancang untuk 4 tahun tidak berjaya kerana mendapat bantahan dari pelbagai pihak. Tahun 2009, Kementerian Pertanian telah bersetuju membuka pemberian kuota pengeluaran kepada semua syarikat rakan benih dan pengeluar baru dengan menambah kuota pengeluaran tahunan dari 74 000 mt setahun kepada 85 000 mt setahun iaitu penambahan 11 000 mt . Dan kenaikan bayaran insentif daripada RM 500.00 mt kepada RM 1030.00 mt. Pada tahun 2009 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengarahkan semua pengeluar yang diberi kuota supaya berdaftar dengan Kementerian Kewangan untuk memudahkan pembayaran insentif .

2011- Kuota Pengeluaran Benih Padi

2011- Kuota Pengeluaran Benih Padi

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Padi SRI Selangor : Status Benih Padi Negara – Part 1

Benih Padi Sah

Benih Padi Berdaftar

SENARIO PENGELUARAN DAN MASA DEPAN BENIH PADI NEGARA

Kali ini Mak Tam nak bawa rakan-rakan pembaca ke senario benih padi negara. Bagi yang bukan dari bidang pertanian, terutamanya tanaman padi, mungkin tidak berapa perasan tentang perubahan yang telah berlaku. Bagaimana ianya akan mencorak industri padi pada hari ini dan masa depan, dan bagaimana ia digunakan untuk memerah keringat dan keuntungan pesawah dinegara ini. Mak Tam cuma harap bagi mereka yang mempunyai autoriti agar bertindak membuat pembetulan dari sekarang. Janganlah kita terus membiarkan penindasan para pesawah kecil melalui tindak-tanduk monopoli benih yang amat licik. Mak Tam bukan hanya bercakap mengenai ekonomi petani, tetapi juga kepada kesuburan tanah sawah yang ada dan juga kesihatan petani, keluarga mereka dan pekerja sawah.

Latarbelakang Pengeluaran Benih Padi

Program pengeluaran benih padi sah bermula pada tahun 1984 oleh Jabatan Pertanian bertujuan membantu pesawah mendapat benih padi yang berkualiti yang dibiak dari sumber yang disah oleh Jabatan Pertanian. Pada tahun 2007 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah Jabatan Pertanian masih kekal mengeluarkan benih sah sehingga tahun 2010 dan menjadi pilihan pertama pesawah kerana harga dan kualiti.

Disebabkan permintaan benih yang tinggi dan kos pengeluaran juga meningkat Jabatan Pertanian tidak dapat memenuhi permintaan walaupun mempunyai 5 loji pemprosesan di seluruh Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan ,Terengganu dan Selangor.

Faktor lain yang menyebabkan permintaan benih meningkat kerana adanya program-program peningkatan hasil padi di bawah agensi-agensi Kementerian Pertanian yang mengesyorkan kepada kadar penggunaan benih yang berganda dari kadar biasa dan penggunaan mencecah 74 000 m/tan setahun tidak mampu di keluarkan oleh Jabatan Pertanian.

Kejadian kesesakan jalanraya sejauh 4 km sehingga memerlukan kawalan keselamatan dari pihak polis trafik , petani-petani memasang berkhemah, bermalam di luar kompleks Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang berlaku setiap kali pengumuman tarikh jualan benih padi, dan berlaku kematian seorang petani di hadapan pintu pagar kompleks semasa beratur untuk mengambil nombor giliran pada tahun 1998 membuka mata Kementerian Pertanian untuk mengalu-alukan pihak swasta menyertai pengeluaran biji benih.

Oleh itu pada tahun 1998, Kementerian Pertanian telah menggalakkan dan membuka peluang kepada pengilang-pengilang beras untuk menyertai program pengeluaran benih untuk menampung keperluan benih padi negara.

Tidak ramai yang mahu melibatkan diri pada masa itu kerana pengeluar-pengeluar perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor berikut:

1- Modal untuk membeli peralatan pemprosesan biji benih
2- Perlu kepakaran teknikal dalam teknologi pengeluaran benih padi
3- Pasukan kualiti untuk pemeriksaan ladang benih
4- perlukan penglibatan petani-petani yang berminat untuk membuka ladang benih

Pada tahun 2000 hanya ada 3 pengeluar swasta dan 2 GLC yang terlibat antaranya:-

o Chantika Kelang Beras Sdn. Bhd. – Kedah
o Utara Seed Sdn. Bhd. – Kedah
o Haji Mohd Noor Sdn. Bhd – Selangor
o Felcra Plantation – Perak
o BERNAS – Kedah

Felcra dan BERNAS lebih awal dari pengeluar swasta yang lain.

Pada tahun 2002 – 2010. Dalam tempoh ini muncul pengeluar baru seperti berikut:

o Kilang Beras Pek Choo Keok – Kedah
o Kilang Beras Sukaramai – Kedah
o Kilang Beras Maju – Perlis
o PPK Lahar Bubu – Pulau Pinang
o Sime Darby Seed Centre – Kuala Lumpur
o Kilang Beras Weng Pha – Kedah
o Kilang Jelapang Selatan – Johor
o KADA – Kelantan
o MADA – Kedah
o Paddytech Resources – Terengganu

Part 2 akan memberi pencerahan mengenai bagaimana Sistem Payung dan Rakan Benih dilaksanakan.