System of Rice Intensification (SRI) : Produk Organik Mengawal Siput Gondang Emas

System of Rice Intensification (SRI) : Produk Organik Mengawal Siput Gondang Emas

System of Rice Intensification (SRI) : Kawalan Organik Siput Gondang Emas

System of Rice Intensification (SRI) : Mencuba Produk Organik Mengawal Siput Gondang Emas

Dari masa ke masa, kita mendengar keluhan petani mengenai kerosakan padi di sawah oleh siput gondang emas (SGE). Siput ini merupakan perosak yang dibawa oleh orang mungkin sebagai hiasan dalam akuarium dalam tahun ’80an. Mungkin juga ada orang membuangkannya ke dalam parit pasal tak minat lagi.  Cerita ini adalah teori semasa siput gondang emas mula membawa bencana kepada sawah di Kedah dalam tahun ’80an. Dari masa itu, SGE menghantui pesawah setiap musim.

Akhir-akhir ini kedengaran racun yang tidak berdaftar digunakan oleh petani untuk mengawal SGE. Kes-kes kematian yang disyaki melibatkan racun SGE juga mula terdengar. Seorang petani di Kedah yang tiba-tiba melecur kedua belah tangan dan kakinya selepas bekerja disawahnya beberapa jam, setelah disiasat, mendapati diracuni oleh racun SGE.

Sistem of Rice Intensification (SRI) : Tangan Melecur Kesan Guna Racun Siput

Tangan Melecur Kesan Racun Siput

Sekarang doktor mengesahkan beliau juga mengalami kesan-kesan keracunan dalam darah. Tetapi yang jadi kemusykilan adalah beliau tidak menggunakan racun tersebut. Setelah disiasat lebih lanjut, didapati sawah yang berjiran dengannya menggunakan racun SGE yang berasal dari negara asing. Air dari sawah disebelah telah memasuki sawah beliau. Sekarang setelah hampir 5 bulan, kesihatan beliau masih terus terancam.

Pesawah terus mengharapkan jawapan. Ada syor supaya petani mengambil peranan aktif dalam kawalan SGE iaitu dengan turun ke sawah sendiri dan kutip siput itu satu-satu, termasuk telurnya sekali. SGE boleh dibuat MOL, iaitu baja untuk padi. Juga ada yang mencadangkan agar memelihara itik yang boleh menyudu dan memakan SGE.

Telur Siput Gondang Emas

Telur Siput Gondang Emas

Saya telah mencuba satu produk organik dan mendapati dalam penanaman padi mengguna kaedah SRI, produk Tanjung Emas berupaya menangani SGE di sawah. Saya guna pun tak banyak kerana keadaan tanah sawah dibawah pengurusan SRI adalah acap-acap sahaja. Jadi saya menabur produk ini di tempat yang bertakung air lebih kerana siput ini hanya berlegar dalam tempat berair. Apa yang didapati ialah apabila siput terkena cebisan produk ini, siput mengeluarkan buih-buih. Tak lama kemudian, siput akan terguling. Saya mengandaikan siput itu juga turut mati.

Dalam posting yang akan datang, saya akan menonjolkan produk-produk organik yang telah saya cuba di sawah SRI dan berkesan. Saya juga akan mengambilkira harga produk kerana jika harganya terlalu mahal, saya tidak minat meletakkan maklumat produk di blog ini. Saya akan terus mencari petua-petua orang lama agar petani mempunyai pilihan yang mana satu petani nak guna. Saya tidak mahu petani terus bergantung harap kepada bahan yang terpaksa dibeli. Saya mahu petani tahu bahawa mereka ada pilihan, iaitu boleh pilih untuk membeli, atau mengguna bahan asli dari persekitaran kampungnya.

Di Tenom, Sabah, petani berjaya menggunakan tanaman furcraea kuning untuk mengawal SGE. Tanaman ini mengandungi saponin yang agak tinggi. Cara menggunanya adalah dengan menghiris daun furcraea (Furcraea selloa var. marginata) dan tebarkan ke dalam sawah. Kalau sesiapa tahu nama tempatan pokok ini, sila beritahu saya, ye.

Satu petua yang saya dapat ialah dengan mengguna ubi gadong yang mengandungi saponin, tetapi ubi gadong ni susah didapati.  Satu lagi cara adalah dengan mengambil daun sembung, ditumbuk bagi daun pecah-pecah dan seterusnya direndam selama 1-2 malam, dan semburkan airnya kepada tempat yang ada SGE. Tapi keduanya belum Mak Tam cuba di sawah cuma mendengar petua orang tua sahaja. Kalau ada yang mencuba nanti, tolong beritahu Mak Tam kesannya. Kalau para pembaca ada petua-petua mengawal SGE atau apa saja perosak padi, harap dapat berhubung dengan saya di fb http://www.facebook.com/noorazimah.taharim atau menulis diruang comments di blog ini.

Dibawah ini sebuah video promosi bagi produk organik mengawal SGE daripada TMS Gold Touch. Sila hubungi Zhafran Kamarullah 011-1129-9633 untuk maklumat lanjut.