Anggaran Hasil Mengguna Kaedah Komponen Hasil

Anggaran Hasil Mengguna Kaedah Komponen Hasil (oleh Pak Tam)

Pak Tam Mengguna Quadrat 1 m x 1 m

Pak Tam Mengguna Quadrat 1 m x 1 m

.

Bagi tujuan membuat anggaran hasil dalam sawah, kita boleh menggunakan kaedah pengiraan komponen hasil. Quadrat 1m x 1m dilemparkan secara rawak ke sawah. Lima kali lempar dapat memberi anggaran lebih tepat kerana mendapat saiz sample yang lebih banyak.

Penghasilan padi dibuat berasas kepada kandungan kelembapan (moisture content) 14%

.

Komponen Hasil

Bilangan tangkai (panicle number)

Bilangan biji pada tangkai (grain per panicle)

Berat biji, disitilahkan dalam berat 1,000 biji (one-thousand grain weight) pada kelembapan 14%

Pengiraan Bilangan Tangkai

Pengiraan Bilangan Tangkai

.

Kaedah

1. Sample dari sawah diambil mengguna kuadrat 1m x 1m

2. Jumlah semua tangkai dikira

3. Purata bilangan dianggarkan dari sample 10 tangkai

4. Sample 1,000 biji diambil, ditimbang, dan ukuran kelembapan dijalankan.

Padi Dibawah Pengurusan SRI 282 Biji Setangkai

Padi Dibawah Pengurusan SRI 282 Biji Setangkai

.

.

.

.

.

.

.



Kiraan anggaran hasil:

(Bilangan Tangkai) x (Biji setangkai) x (Berat Seribu Biji)  kg/meter persegi

………………………………..1000 x 1000

Faktor berat seribu biji         Faktor seribu gram dalam satu kg

Berat Basah 1000 Biji Padi

Berat Basah 1000 Biji Padi

Atau

(Bilangan Tangkai) x (Biji setangkai) x (Berat Seribu Biji) x 10,000   ton / hektar

………………………1000 x 1000 x 1000

Faktor seribu kg dlm satu tan           Faktor meter persegi dlm satu hektar

.

Ringkasnya

(Bilangan Tangkai) x (Biji setangkai) x (Berat Seribu Biji)  ton / hektar

………………………………….100000

Contoh:

Bilangan tangkai                   300

Bilangan biji/tangkai           120

Berat seribu biji                     25g

Kelembapan                            22%

Anggaran hasil ialah         300 x 120 x 25    kg/meter persegi

………………………………………1000 x 1000

Bersamaan   300 x 120 x 25    ton / hektar

…………………….100000

=  9.0 ton/hektar pada kelembapan 22%

Kiraan hasil pada kelembapan 14%:

11.52 x (100-22)  =  9.0 x 0.9069  =  8.16 ton/hektar

…………(100-14)

Bilangan pokok meyumbang kepada bilangan tangkai. Pokok padi menghasilkan anak (tillers). Anak yang menyumbang tangkai adalah effective tillers.

Pengiraan Komponen Hasil Padi

Pengiraan Komponen Hasil Padi

.

Padi Tabur Terus

Jarak 5 sm antara pokok 100 / 5  x  100 / 5 pokok se meter persegi  =  400 pokok.

Kadar penggunaan benih 400 x 10,000 x (25 /1000) /1000 = 100 kg/hektar

Pada jarak ini berapakah penghasilan jika setiap pokok menghasil satu tangkai dan setiap tangkai menyumbang 100 biji padi?

.

Padi Tanam Mesin

Jarak tanam  30 sm  x  18 sm

Bilangan rumpun se meter persegi 100 / 30  x  100 / 18  =  18.5 (purata)

Pada purata bilangan tiller 20 tiap rumpun, purata bilangan tiller se meter persegi ialah 370.

Jika setiap tiller menghasil satu tangkai (maksud effective tiller) dan setiap tangkai menyumbang 150 biji padi, berapa hasil se hektar?

.

Satu masa nanti pada masa hadapan

Jarak tanam 30sm x 30sm

Bilangan rumpun se meter persegi 100 / 30  x  100 / 30  =  11.1 (purata). Pada purata bilangan tiller 30 tiap rumpun, purata bilangan tiller se meter persegi ialah 330.

Jika setiap tiller menghasil satu tangkai (maksud effective tiller) dan setiap tangkai menyumbang 150 biji padi, berapa hasil se hektar?


Advertisements

One comment on “Anggaran Hasil Mengguna Kaedah Komponen Hasil

  1. Pingback: Padi SRI Selangor: Ilmu SRI Mencetus Paradigma Baru « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s