Pengusaha Semaian Padi di Kawasan Barat Laut Selangor

Pada masa kini terdapat 9 syarikat pengusaha semaian padi di kawasan barat laut Selangor. Mereka dipecahkan kepada 2 oleh PPK, 6 pengusaha Cina dan 1 pengusaha Melayu.

Lawatan dan perbincangan dibuat dengan pengusaha Sendi Enterprise di Taliair 2, Ban 4, Sg Burong. Syarikat ini mempunyai 2 tapak semaian yang berupaya memberi khidmat untuk 825 ha sawah (108 ha {27,000 tray} + 57 ha {14,300 tray} X 5 pusingan).

Keupayaan membekalkan khidmat menanam menggunakan transplanter oleh syarikat-syarikat pengusaha semaian padi adalah terbatas oleh keluasan kemudahan tapak semaian mereka. Di bawah ini disenaraikan keluasan tapak semaian mereka sejumalah 26.5 ekar:-

  1. 2 PPK – 2 ekar
  2. Sendi Enterprise – 3 ekar
  3. Kian Sit – 6 ekar
  4. PRSL (Alan) – 5 ekar
  5. Ah Chuan – 2.5 ekar
  6. Ah Ee – 2.5 ekar
  7. Camp A – 2.5 ekar
  8. Long Ek – 3 ekar

Kesemua syarikat ini berupaya memberi khidmat seluas 4,400 ha. Tetapi daripada tinjauan, hanya 2400 ha sahaja ditanam secara ‘transplanting’ pada musim 1/2008. Harga menanam menggunakan transplanter adalah RM850 /lot dan ini mungkin menjadi sebab petani tidak menggunakan khidmat ini.

Tetapi dengan menaikan harga padi daripada RM730/mt pada musim 2/2007 kepada purata RM1000/mt pada musim 1/2008 ini memungkinkan lebih ramai petani membuat pilihan untuk menanam menggunakan transplanter.

Pihak BERNAS menjalankan promosi untuk mendapat lebih ramai petani mendaftar diri mengikut kelompok masing-masing untuk Program Rakan Ladang BERNAS. Bagi peserta program ini, pihak BERNAS akan mendahulukan semua kos pengeluaran sehingga RM3000/lot.

Penanaman secara ‘transplanting’ ini telah didapati memberi pendapatan bersih RM4,355/ha/musim berbanding dengan RM3,044/ha/musim bagi padi diusahakan secara tabur terus. Ini bermakna, walaupun kos pengeluaran bagi menanam mengguna tranplanter adalah lebih tinggi (RM3,599 berbanding RM2,304/ha) tetapi pendapatan bersihnya adalah lebih tinggi kerana mendapat hasil bersih yang lebih tinggi (7460mt/ha berbanding 5408 mt/ha)dan potongan yang lebih rendah (14% berbanding 17%).

JPNS melihat kepada beberapa kaedah membantu pengusaha-pengusaha semaian padi meningkatkan keupayaan perkhidmatan ke arah usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran hasil padi. Salah satu cara yang paling cepat menaikkan hasil padi adalah dengan menggalakkan penanaman menggunakan mesin transplanter.

Bagi membantu Sendi Enterprise meningkatkan kapasitinya perkhidmatannya kepada memberi khidmat tambahan kepada 325 ha lagi semusim, cadangan seperti di bawah mungkin boleh diberi perhatian.

  • Kerajaan memberi geran membina 1.5 ekar tapak semaian dengan harga RM120,000
  • Pengusaha melabur sebanyak RM340,000 untuk kerja menambak kawasan (RM100,000), membeli 22,000 tray (RM88,000), dan membeli 3 mesin transplanter (RM140,000).

Dengan ini, pihak pengusaha Sendi Enterprise boleh memberi khidmat menanam padi menggunakan ‘transplanter’ seluas 1150 ha (825 ha + 325 ha) semusim.

Satu lagi usaha yang boleh dibuat adalah dengan menjadikan sebahagian daripada Stesen Tanah Gambut seluas 20 ekar sebagai pusat pengeluaran anak benih padi. Kos pembinaan termasuk aliran kewangan akan disediakan. Stesen Tanah Gambut adalah kepunyaan kerajaan persekutuan.

Advertisements

4 comments on “Pengusaha Semaian Padi di Kawasan Barat Laut Selangor

    • salam saudara..saya pelajar d sbuah u tempatan…sy ingn brtya tentang akta mahupun syart2 yg dtetapkan kerajaan untuk menbuka nursery padi…?

      • saya tiada maklumat itu. Cuba contact Tuan Haji Ali yang juga pengusaha menanam padi di Tg Karang. 013-3588-761

  1. Keupayaan sebenar penanaman padi secara transplanter bagi IADA Barat Laut Selangor telah bertambah kepada 6,000 hektar semusim. Ini kerana pertambahan penggunaan jentera transplanter dengan jumlah keluasan tapak semaian transplanter seluas 27.5 ekar yang boleh menampung keluasan bertanam sebanyak 5,857 lot.

    Di dalam meningkatkan hasil padi, menanam menggunakan kaedah transplanter dilihat dapat memberi kesan yang besar dan segera. Namun demikian, faktor kos sering menjadi kekangan kepada pesawah untuk menggunakan kaedah ini. Ini juga mungkin disebabkan oleh pra syarat untuk transplanter seperti penyediaan tanah sawah yang rapi seperti perataan tanah tidak diamalkan oleh petani.

    Sebanyak 6,500 hektar lagi kawasan penanaman padi dilihat berpotensi untuk ditanam dengan kaedah mencedung menggunakan mesin transplanter bagi menjamin peningkatan hasil terutama sekali kawasan-kawasan yang dikenalpasti mempunyai hasil purata bersih di bawah 5mt/ha.

    Di dalam usaha ini, pihak IADA dengan kerjasama JPNS akan memanjangkan permohonan tambahan bagi menambahkan lagi tapak semaian transplanter ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s