System of Rice Intensification (SRI) : Produk Organik Mengawal Siput Gondang Emas

System of Rice Intensification (SRI) : Produk Organik Mengawal Siput Gondang Emas

System of Rice Intensification (SRI) : Kawalan Organik Siput Gondang Emas

System of Rice Intensification (SRI) : Mencuba Produk Organik Mengawal Siput Gondang Emas

Dari masa ke masa, kita mendengar keluhan petani mengenai kerosakan padi di sawah oleh siput gondang emas (SGE). Siput ini merupakan perosak yang dibawa oleh orang mungkin sebagai hiasan dalam akuarium dalam tahun ’80an. Mungkin juga ada orang membuangkannya ke dalam parit pasal tak minat lagi.  Cerita ini adalah teori semasa siput gondang emas mula membawa bencana kepada sawah di Kedah dalam tahun ’80an. Dari masa itu, SGE menghantui pesawah setiap musim.

Akhir-akhir ini kedengaran racun yang tidak berdaftar digunakan oleh petani untuk mengawal SGE. Kes-kes kematian yang disyaki melibatkan racun SGE juga mula terdengar. Seorang petani di Kedah yang tiba-tiba melecur kedua belah tangan dan kakinya selepas bekerja disawahnya beberapa jam, setelah disiasat, mendapati diracuni oleh racun SGE.

Sistem of Rice Intensification (SRI) : Tangan Melecur Kesan Guna Racun Siput

Tangan Melecur Kesan Racun Siput

Sekarang doktor mengesahkan beliau juga mengalami kesan-kesan keracunan dalam darah. Tetapi yang jadi kemusykilan adalah beliau tidak menggunakan racun tersebut. Setelah disiasat lebih lanjut, didapati sawah yang berjiran dengannya menggunakan racun SGE yang berasal dari negara asing. Air dari sawah disebelah telah memasuki sawah beliau. Sekarang setelah hampir 5 bulan, kesihatan beliau masih terus terancam.

Pesawah terus mengharapkan jawapan. Ada syor supaya petani mengambil peranan aktif dalam kawalan SGE iaitu dengan turun ke sawah sendiri dan kutip siput itu satu-satu, termasuk telurnya sekali. SGE boleh dibuat MOL, iaitu baja untuk padi. Juga ada yang mencadangkan agar memelihara itik yang boleh menyudu dan memakan SGE.

Telur Siput Gondang Emas

Telur Siput Gondang Emas

Saya telah mencuba satu produk organik dan mendapati dalam penanaman padi mengguna kaedah SRI, produk Tanjung Emas berupaya menangani SGE di sawah. Saya guna pun tak banyak kerana keadaan tanah sawah dibawah pengurusan SRI adalah acap-acap sahaja. Jadi saya menabur produk ini di tempat yang bertakung air lebih kerana siput ini hanya berlegar dalam tempat berair. Apa yang didapati ialah apabila siput terkena cebisan produk ini, siput mengeluarkan buih-buih. Tak lama kemudian, siput akan terguling. Saya mengandaikan siput itu juga turut mati.

Dalam posting yang akan datang, saya akan menonjolkan produk-produk organik yang telah saya cuba di sawah SRI dan berkesan. Saya juga akan mengambilkira harga produk kerana jika harganya terlalu mahal, saya tidak minat meletakkan maklumat produk di blog ini. Saya akan terus mencari petua-petua orang lama agar petani mempunyai pilihan yang mana satu petani nak guna. Saya tidak mahu petani terus bergantung harap kepada bahan yang terpaksa dibeli. Saya mahu petani tahu bahawa mereka ada pilihan, iaitu boleh pilih untuk membeli, atau mengguna bahan asli dari persekitaran kampungnya.

Di Tenom, Sabah, petani berjaya menggunakan tanaman furcraea kuning untuk mengawal SGE. Tanaman ini mengandungi saponin yang agak tinggi. Cara menggunanya adalah dengan menghiris daun furcraea (Furcraea selloa var. marginata) dan tebarkan ke dalam sawah. Kalau sesiapa tahu nama tempatan pokok ini, sila beritahu saya, ye.

Satu petua yang saya dapat ialah dengan mengguna ubi gadong yang mengandungi saponin, tetapi ubi gadong ni susah didapati.  Satu lagi cara adalah dengan mengambil daun sembung, ditumbuk bagi daun pecah-pecah dan seterusnya direndam selama 1-2 malam, dan semburkan airnya kepada tempat yang ada SGE. Tapi keduanya belum Mak Tam cuba di sawah cuma mendengar petua orang tua sahaja. Kalau ada yang mencuba nanti, tolong beritahu Mak Tam kesannya. Kalau para pembaca ada petua-petua mengawal SGE atau apa saja perosak padi, harap dapat berhubung dengan saya di fb http://www.facebook.com/noorazimah.taharim atau menulis diruang comments di blog ini.

Dibawah ini sebuah video promosi bagi produk organik mengawal SGE daripada TMS Gold Touch. Sila hubungi Zhafran Kamarullah 011-1129-9633 untuk maklumat lanjut.

Advertisements

8 comments on “System of Rice Intensification (SRI) : Produk Organik Mengawal Siput Gondang Emas

    • Meman perlu orang-orang muda mencari sebabanyak maklumat mengenai kesan berbagai racun di pasaran. Ingatlah, yang berhadapan dengan racun ini adalah anak kepada ibu-bapanya, suami kepada isterinya, bapa kepada anak-anaknya. Mereka juga merupakan orang yang mencari rezeki untuk seisi rumah. Selamatkan lah saudara-saudara kita dari terus berhadapan dengan bahaya. Kesihanilah…

  1. Mak tam, saya ada juga dengar kematian mengenai SGE di kawasan Sungai Besar,

    1) pemajak menggunakan dong Peng – air sawah tersebut telah diracun dengan racun SGE buatan China. air yang terpecerik ke badan mangsa menyebabkan kematian.

    2) Ada seorang petani telah meracun SGE menggunakan produk China, seterusnya pada sebelah malam hujan lebat menyebabkan air sawah melebihi had anak padi. Pada keesokkan harinya air pun turun ke sawah bagi membuang lebihan air. sebaik sahaja berada dalam sawah, mangsa mengelupur, mulut berbuih-buih dan terberak- berak, rakannya yang pada masa tersebut ada di tempat kejadian cepat-cepat menariknya ke atas dan terus membawa ke hospital, Malangnya mangsa telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital.

    • Demi kesihatan dan keselamatan, kita perlu beralih daripada menggunakan racun, tak kisahlah jenis apa pun. Kita ada pilihan mengganti racun dengan bahan-bahan yang sedia ada dalam kampung. Kita kena cari maklumat petua-petua lama dulu yang berkesan dalam mengatasi serangan perosak/penyakit tanaman. Semoga Allah mencucuri kedua Allahyarham yang telah pergi dahulu. Semoga kita mengisi masa hidup ini untuk membuat perubahan.

  2. Salam MakTam,pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih atas maklumat dan info utk industri padi…

    Masalah SGE ini amat parah di kawasan saya terutama di Telok Chengai Kedah..saya amat memerlukan produk organik seperti yg di gunakan di sawah percubaan. Saya juga bersedia utk menjadi tapak ujikaji SGE ini…

    Mak Tam blh menghubungi saya di talian 0194663377…

    Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s