Produk SRI Organik : Cara Mengguna Produk SRI Untuk Sayur Daun dan Sayur Buah

Produk SRI Organik : Cara Mengguna Produk SRI Untuk Sayur Daun dan Sayur Buah

Tanaman sayuran boleh disembur dengan produk SRI organik mengikut jadual yang disediakan oleh Puan Nurwahidah Hambali. HLT itu adalah Hari Lepas Tanam. Bagi rakan-rakan SRI yang memerlukan jadual ini, silalah download dan cetak untuk memudahkan dibaca dan difahami.


.

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI

Bagi anda yang buat tanam menggunakan mesin menanam padi (transplanter), sila guna jadual ini sebagai panduan mengguna produk SRI. Cara ini dibuat oleh Pak Lang Razak untuk 30 ekar sawahnya. Beliau menjana penjimatan yang banyak. Bayangkan dari RM12,000 setiap musim membeli racun kimia dan baja tambahan, sekarang ini hanya membelanjakan kurang daripada RM1500 untuk racun kimia 30 ekar sawah.

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI

Produk SRI Organik : Jadual Pengurusan Padi Tanam Mesin Bersama Produk SRI

Padi SRI Selangor : Ilmu Itu Pelita Hati

Padi SRI Selangor : Ilmu Itu Pelita Hati

System of Rice Intensification SRI

System of Rice Intensification SRI

Ilmu Itu Pelita Hati adalah sebuah peribahasa yang bermaksud ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak.

Blog Stats

Blog Stats

Agak lama juga Mak Tam tidak update blog kerana beberapa sebab. Pasti saja boleh sebut sibuk, tapi yang sebenarnya sudah kekeringan ilham. Terfikir Mak Tam apa lagi yang hendak diperkatakan kerana telah banyak perkara ditulis untuk tatapan. Hingga kini sudah lebih daripada 111,000 hits ke blog ini. Tapi siapa yang menatap tulisan diblog ini? Apa manfaat yang orang dapat dari membacanya? Inilah soalan-soalan yang sering berligar dalam minda Mak Tam.

Tapi pagi ini Mak Tam dapat suntikan baru dari post di fb yang dibuat oleh seorang insan bernama Nazrol Nizam Zakaria, anak muda dari Guar Perahu, Penang. Terima kasih kerana menggerakkan Mak Tam dari lamunan. Alhamdulillah juga dengan adanya internet ini, lebih mudah berinteraksi dengan pelbagai golongan orang dari semua peringkat umur dan latarbelakang. Membaca postnya, Mak Tam rasa teruja. Rupanya blog Mak Tam ini mampu membawa perubahan. Alhamdulillah jika begitu.

Sejak SRI-Mas : National Workshop on Sustainable Rice Production: Re-Visiting IPM bulan September lepas, beberapa permintaan untuk diterangkan mengenai SRI dan manfaatnya telah kami terima. Ini termasuk dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Topik yang paling popular adalah ‘Cara-cara mengurangkan modal bertani’.

Harga input pertanian dikatakan oleh petani naik setiap 6 bulan. Mungkin ada yang boleh buat geraf ikut perkembangan harga input pertanian di negara kita untuk melihat kebenaran kata-kata ramai petani. Sudah rasa amat terbeban kerana membeli racun kimia tidak menjamin tanaman akan selamat daripada serangan pelbagai perosak dan penyakit. Keluhan yang sama Mak Tam dengar dimerata tempat. Jadi apa yang silap disini? Sapa yang boleh beri pencerahan? Siapa yang boleh berikan penyelesaiannya?

Mak Tam hanya mampu berkata bahawa wahai rakan-rakan tani semua, anda tidak perlu menjadi hamba kepada input pertanian berbentuk kimia. Tuan-tuan boleh membuat sendiri baja dan pencegah perosak tanaman ini. Bahan-bahannya adalah daripada bahan buangan kampung sahaja. Ada pun dua jenis akar kayu boleh dibeli dikedai ubat Cina di pekan berhampiran. Minta Jabatan Pertanian ajarkan ilmu yang dipanggil ‘natural farming’. ‘Natural farming’ ini telah meluas penggunaannya di Korea, Jepun, China, Indonesia, India, Filipina dan beberapa negara lain. Mungkin mereka tidak panggil dengan nama ‘natural farming’, tapi konsepnya adalah sama. Dan ‘natural farming’ ini mampu mengembalikan kesuburan tanah, mencergaskan pertumbuhan pokok, dan sekaligus mempertahankan pokok dari serangga perosak dan penyakit. Yang paling penting adalah petani tidak terdedah kepada bahaya racun kimia, dan pada masa yang sama dapat mengurangkan modal bertani.

Gerakan SRI ini bermula di Indonesia kerana ada pihak NGOnya yang ingin membantu petani disana. Para petani sering sahaja menerima padah yang buruk dari penggunaan racun kimia. Bukan sahaja terhadap kesihatan, bahkan menjadi hamba yang terbelenggu kepada hutang. Mana tidaknya jika wang dari jualan hasil ladangnya lebih banyak dibuat untuk membayar hutang kedai racun. Dan dari siapakah mereka mendapat nasihat cara mengawal perosak tanaman. Sudah tentu saja dari jurujual racun kimia. Malah isteri kepada jurujual racun kimia boleh saja beri nasihat racun mana yang patut digunakan. Adakah senario pertanian di Malaysia juga begitu? Mereka yang dalam bidang pertanian boleh beri jawapan yang tepat.

Tengoklah video dibawah ini dan bayangkanlah akibat racun terhadap petani dan operator ladang. Siapa yang peduli? Siapa yang ambil pot, seperti kata kawan Mak Tam. Bagi yang terdedah kepada racun kimia pertanian, atau mempunyai bapa, adik-beradik dan saudara dalam pertanian, kasihanilah mereka. Petani adalah orang yang berjuang sepanjang hayat mereka untuk memberi kita makan. Tidakkah kesejahteraan mereka penting?

SRI ORGANIK : Bagaimana SRI Membantu Anda Menjimat Kos Bertani?

SRI ORGANIK : Bagaimana SRI Membantu Anda Menjimat Kos Bertani?

SRI ORGANIK : Saudara Roslan Mendapat Harga Istimewa Untuk Padinya

SRI ORGANIK : Saudara Roslan Mendapat Harga Istimewa Untuk Padinya

Saudara Roslan adalah jiran kami. Pada tahun lepas beliau memberitahu bahawa diatas gesaan keluarganya, dia telah mengambil keputusan untuk menyewa tanah sawah dikampungnya Sayung, Kuala Kangsar, Perak seluas hampir 200 ekar untuk diusahakan. Ini adalah satu usaha yang banyak sekali memakan belanja, dan Roslan mencari alternatif yang lebih murah.

Semasa bersembang dengan Pak Tam di surau, Roslan mengetahui mengenai kaedah SRI. Pak Tam juga menceritakan bagaimana Roslan boleh mengurangkan kos dengan membuat baja dan penghindar perosak/penyakit sendiri. Mereka berjumpa di salah sebuah bengkel SRI ORGANIK di Sabak Bernam. Pada mulanya, Roslan nampak teragak-agak untuk menggunakan baja buatan petani sendiri, tetapi itu tidak menghalangnya untuk mencuba. Dia membeli bekalannya untuk digunanya.

Tetapi percubaan pertama ini hanya menggunakan satu jenis ramuan sahaja. Kemudiannya kami dapat tahu bahawa pekerjanya enggan mengguna bahan selain daripada racun kimia yang biasa diguna. Maka berhenti disitulah percubaan Roslan dengan SRI ORGANIK pada musim tersebut.

Pada musim lepas, Roslan datang membuat tempahan sekali lagi. Kali ini untuk 80 ekar. Tapi pada masa yang sama dia juga membuat baja SRInya sendiri. Kali ini dia dapat menggunakan lebih banyak rumusan SRI ke atas padinya.

Alhamdulillah, semasa kami memberi kursus membuat produk SRI ORGANIK kepada petani di Kg Talang, Kuala Kangsar pada 16 Jun, 2012 lalu, kami dihubungi oleh Roslan. Sebelum ke Kg Talang, kami dibawa Roslan ke Sayung.

SRI ORGANIK : Labah-labah Menghiasi Sawah Roslan

SRI ORGANIK : Labah-labah Menghiasi Sawah Roslan

  Masih pagi dan berkabus kawasan ini. Sebahagian sawahnya telah dituai, Tapi saya teruja melihat sarang labah-labah yang banyak. “Wah. Ini petanda Roslan tak guna racun disawahnya!” fikir saya.

Roslan bangga menceritakan mengenai ikan sepat dan puyu yang banyak di sawahnya. Dia juga mendapat tawaran harga padi yang sangat menarik dan lebih daripada sawah-sawah berjiran dengannya. Jiran-jirannya semua menggunakan racun kimia seperti yang biasa. Hanya Roslan sahaja tidak menggunakan raun kimia.

Jadi apakah produk yang digunakan oleh Roslan? Dia menggunakan produk SRI ORGANIK buatan petani di Selangor. Harganya murah dibanding dengan racun kimia. Petani padi Selangor sedang dibimbing dengan cara-cara memilih bahan mentah, cara membuat produk dan cara menggunakannya produk SRI ORGANIK dengan betul di sawah. Anda juga boleh melakukannya. Syarikat NS NATURE RICE mengedar produk SRI ORGANIK dan juga memberi khidmat perundingan dan latihan membuatnya.

SRI ORGANIK : NS Nature Rice Firma Perunding Pertanian - Hubungi Pak Tam 019-3322-947

SRI ORGANIK : NS Nature Rice Firma Perunding Pertanian – Untuk Bekalan Hubungi Pak Tam 019-3322-947. NSNR berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan menawarkan khidmat perunding dan latihan S.R.I. (System of Rice Intensification) kepada badan kerajaan dan korporat.

Satu lagi produk SRI ORGANIK yang sangat membantu mengurangkan kos adalah SRI IMO. Produk ini disemburkan kepada jerami segar, dan jerami dibajak masuk ke dalam tanah, akan membuat tanah sawah kita lebih subur dengan penambahan mikrob yang berguna. Cuba sendiri dan nikmati kelebihannya!

Dengar pulak apa kata saudara Azri dari Peket 60, Sg Besar, Selangor mengenai bagaimana produk SRI Organik mengurangkan kosnya. Yakinilah.. produk SRI ORGANIK boleh meringankan beban perbelanjaan bertani anda.

SRI ORGANIK : Gerakan “Oleh Petani, Untuk Petani” Melestarikan Pertanian

SRI ORGANIK : Gerakan “Oleh Petani, Untuk Petani” Melestarikan Pertanian

SRI ORGANIK : Ahli-ahli Bengkel SRI-D'LIMA

SRI ORGANIK : Ahli-ahli Bengkel SRI-D’LIMA

Dalam masa beberapa minggu ini, banyak perkara dan berita dari rakan-rakan yang membuat Mak Tam rasa tersentuh perasaan. Melihat kepada pergerakan perjuangan melestarikan pertanian yang mulanya lambat, sekarang telah meluru kehadapan dikalangan rakan tani padi.

Yang terkini ialah pengenalannya kepada rakan-rakan yang bertanam sayur dan buah secara fertigasi. Cakap-cakap mulut dari kalangan rakan-rakan, dan forum fb group yang sebarannya seolah ‘viral’, menjadikan cerita mengenai SRI ORGANIK popular diperkatakan. Tapi biasalah sesuatu yang baru itu, ada yang percaya, ada yang ‘sceptic’ iaitu tak percaya, dan ada yang ‘duduk dan lihat’. Tapi petani dan usahawan tani perlu tahu bahawa mereka mempunyai alternatif yang “Selamat, Jimat, Menguntungkan”. Halas.. (cakap Arab pulak dah!)

.

Pada Mak Tam rasa itu reaksi biasa dalam kehidupan. Usahlah pasal ini pulak kita susahkan hati. Maklumat ada pada kita, pilihan juga pada tangan kita. Buatlah pilihan yang terbaik bagi diri kita sendiri. Cuma pendirian Mak Tam, kita carilah jalan mengurangkan penggunaan racun kimia. Tak kisah lah nak guna SRI ORGANIK ke, atau produk organik yang lain, yang mustahak carilah alternatif kepada racun kimia.

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D'LIMA (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D’LIMA (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D'DORANI (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D’DORANI (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D9 (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D9 (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-NF (Sayuran)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-NF (Sayuran)

Alhamdulillah, label botol untuk SRI Anak, SRI Bunga dan SRI Buah sudah siap. Apabila Mak Tam hantar kepada bengkel SRI ORGANIK pada minggu lepas, tatap sahajalah wajah-wajah ceria dan gembira ini.

Beberapa bulan dahulu, semua ini tidak wujud. Yang tentunya, RM30 juta setahun duit petani padi di Selangor dihantar ke kedai racun kimia (hasil kajian UPM dan IADA Barat Laut Selangor pada tahun 2009). Duit yang ada dalam poket dari hasil jual padi sebahagian besarnya adalah untuk beli racun. Racun itu juga yang menyebabkan petani dan pekerja sawah ramai keracunan. Bacalah di sini.

Yang dilaung-laungkan ketelinga petani ialah ‘beli racun A untuk siput gondang, racun B untuk bena perang, racun C untuk ulat batang, racun D untuk penyakit reput tangkai, racun E untuk hawar daun, racun F untuk tikus” dan seterusnya. Para petani pun teruslah mengeluarkan duit dari keringat dan kudrat tenaganya untuk membeli racun. Pandu kereta dan lalulah ikut semua jalan dan lorong dikawasan sawah. Banting iklan racun dimerata cerok memanggil petani membeli racun untuk menyelesaikan masalah bersawah.  Sama saja mesejnya. Belilah racun A untuk ini, belilah racun B untuk itu.

Tapi sekarang petani diberi maklumat bahawa mereka ada pilihan yang murah, tapi yang mustahaknya, ia selamat. Bukan itu saja, bahkan mereka boleh buat bahan-bahan ini sendiri dan boleh diniagakan. Sumber mentahnya boleh dicari percuma. Mari kita kira.

Kutip Kangkung Liar Dalam Parit

Kutip Kangkung Liar Dalam Parit

  1. Kangkung liar ambil dalam parit sekeliling rumah. Tidak payah beli pun. Kutip pagi-pagi.
  2. Buah pisang masak ranum kalau dulu boleh dapat percuma dari peniaga pisang. Sekarang ini kena kerja sikit sebab pokok pisang banyak kena penyakit moko. Apa pilihan lainnya? Buah betik ranum dan nenas terlebih matang pun boleh guna.
  3. Sisa ikan kat pasar kita kutip. Pagi hari minggu, kita bawa tong plastik 50 liter, kutip sisa ikan. Peniaga ikan suka sangat kalau kita ambil. Dia tidak payah buang.
  4. Tulang lembu, kerbau atau kambing senang sangat dapat. Pergi ke kedai ‘sup gear box’, beres masalah. Upah saja pekerja restoran tu minta asingkan dan masukkan kedalam guni. Beres.
  5. Kulit telur lagi senang. Pergi gerai mertabak, letak plastik dan minta mereka buang kulit telur kedalamnya.
  6. Untuk halau serangga dan elak penyakit kita guna bawang putih, halia, dan kulit kayu manis beli dikedai runcit.
  7. Tong kui dan kam cui beli kat kedai ubat Cina. Kalau hendak senang, print gambar disini dan bawa sekali.
  8. Yang kena keluar berbelanja adalah gula merah, cuka nipah dan nira nipah.
  9. Jering tua halau tikus, tembakau halau bena perang, bakawali halau serangga penghisap (yakk.. kata serangga :D).
  10. Oh ya.. jangan lupa air laut. Boleh buat jual. RM1 seliter.
Pakai Sarung Tangan Plastik Untuk Sediakan IMO

Pakai Sarung Tangan Plastik Untuk Sediakan IMO

Pada masa yang sama, bila kita berurusan dengan mikrob ni, kita kena hormat dia. Kena pakai sarung tangan semasa gaul IMO dan jangan hidu-hidu nasi yang sudah ada mikrob. Takut ada mikrob lain yang hinggap atas nasi.

Walau apa pun, sekarang sudah ada tiga bengkel SRI ORGANIK dikawasan padi, dan satu di kawasan sayur. Insyaallah, akan ditubuh dan dibimbing 4 lagi dikawasan padi. Semoga ini menjadi warisan untuk generasi-generasi akan datang. Amin.

Padi SRI : Mungkinkah SRI Lovely, Sik, Kedah Menempah Sejarah?

Padi SRI : Mungkinkah SRI Lovely, Sik, Kedah Menempah Sejarah?

Pada Ahad, 20 Mei, 2012, berduyun akan turun para ilmuan dari UKM, UPM, UUM, pendokong SRI, pegawai Jabatan Pertanian, BERNAS, dan orang yang berminat dan ingin ke SRI Lovely, Kg Lintang, Belantek, Sik, Kedah. Sudah tentu sahaja Pak Tam dan Mak Tam akan bersama. Dah tempah pondok pun (RM40 sahaja satu malam). Bawalah toto, selimut dan bantal sendiri. Takut tak cukup.

Akan dibuat perkiraan komponen hasil bagi padi MR263 pada hari tersebut. Mungkinkah boleh mencapai hasil yang tinggi di bawah pengurusan SRI yang 100% organik, hari itu akan menentukan. Insyaallah, sama-sama kita saksikan bersama. Mak Tam optimistik, oleh itu nak kena pergi juga. Walaupun tak mencapai cita-cita, tidak akan kecewa. Perjuangan akan diteruskan. Apa pun terjadi, akan Mak Tam kongsikan diblog ini. YES! Rasa tak sabar nak menunggu hari tersebut. 😀

Jika anda berminat untuk bersama kami, sila hubungi Kapten Zakaria (013-464-3935).

Kalau nak some fun, boleh cuba main kaki kayu. Tapi jangan pakai kain pelikat macam Kamal Tasnim ni. Bahaya!

Tuai Padi SRI Organik di Stesen Parit 4, Sg Besar pada 1 Feb, 2012

Tuai Padi SRI Organik di Stesen Parit 4, Sg Besar pada 1 Feb, 2012

Putri dan Putra SRI : Penyambung Warisan

Putri dan Putra SRI : Penyambung Warisan

Lihatlah kegembiraan wajah pelajar-pelajar yang datang untuk membuat praktikal di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian (PLKP), Tg Karang. Memang sejak sebulan lebih mengenali mereka, banyak perkara mereka pelajari mengenai SRI. Semoga mereka menjadi pelapis untuk menghebahkan SRI dimasa hadapan. InsyaAllah.

Sesampai kami ke sawah Stesen Parit 4, Sg Besar, rakan SRI Sabak Bernam dan PLKP, Tg Karang sudah pun bersiap sedia untuk turun ke sawah. Beberapa hari sebelum, saya menerima berita menyatakan bahawa pihak kelab terpaksa menjual padi yang 100% organik ini seperti padi biasa iaitu menghantarnya kepukal kerana masalah pengendalian. Puan Salbiah menghulurkan surat dari Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Daerah Sabak Bernam. Saya membuka dan membaca isi kandungan surat. Alhamdulillah.. InsyaAllah, sebahagian padi ini akan saya jadikan beras untuk disedekahkan. Semoga dengan doa orang-orang yang memakan beras tanpa bahan kimia, penanaman cara SRI akan menjadi pilihan ramai petani.

Mengambil Sampel Untuk Pengiraan Komponen Hasil Padi

Mengambil Sampel Untuk Pengiraan Komponen Hasil Padi

Pak Tam segera menguruskan penerangan kepada anak-anak muda dalam praktikal cara membuat pengambilan sampel untuk pengiraan komponen hasil. Kalau tak silap saya, ini adalah kali ketiga mereka membuat pengambilan sampel. Saudara Azmir juga bersama hadir untuk membantu membuat analisis hasil. Kali ini ada 4 cara penanaman iaitu padi ditanam guna mesin (2-3 anak setiap point), padi di tanam dengan tangan (1 anak setiap point), padi ditabur cara jalur, dan padi tabur terus yang dilandak.

Seperti biasa, sebelum mesin turun menuai, kami akan membuat tekaan. Berapakah hasil tuaian hari tersebut? Saudara Talib telah bersedia dengan kertas dan pen. Mak Tam kata 4960 kg. Pak Tam kata 4750 kg. Masing-masing yang hadir dah pun siap memberi angka. Yang nyata, kerosakan dibuat oleh ulat batang dan tikus agak tinggi. Yang ni Mak Tam nak kena cari ramuan organik terbaik untuk mengawal kedua ini. Ulat batang boleh dikawal dengan ubi gadung (tapi ubi gadung ni bukan senang dapat) dan tikus dikawal dengan air rendaman buah jering matang. Kalau sesapa ada cadangan, silalah berikan, ye…

Pagi tadi Mak Tam dapat timbangan sebenar padi. Jeng.. jeng.. jeng.. 4410 kg. Nampaknya nanti akan ada pemenangnya. Hadiah adalah 5 kg beras SRI Organik. Yeah!… Terima kasih Puan Hajjah Noremeliawati, Encik Abuzar, Encik Talib dan Dream Team PLKP SRI.

Nurrun dan Salbiah : Dari Hanya Satu Anak Padi

Nurrun dan Salbiah : Dari Hanya Satu Anak Padi