SRI ORGANIK : Gerakan “Oleh Petani, Untuk Petani” Melestarikan Pertanian

SRI ORGANIK : Gerakan “Oleh Petani, Untuk Petani” Melestarikan Pertanian

SRI ORGANIK : Ahli-ahli Bengkel SRI-D'LIMA

SRI ORGANIK : Ahli-ahli Bengkel SRI-D’LIMA

Dalam masa beberapa minggu ini, banyak perkara dan berita dari rakan-rakan yang membuat Mak Tam rasa tersentuh perasaan. Melihat kepada pergerakan perjuangan melestarikan pertanian yang mulanya lambat, sekarang telah meluru kehadapan dikalangan rakan tani padi.

Yang terkini ialah pengenalannya kepada rakan-rakan yang bertanam sayur dan buah secara fertigasi. Cakap-cakap mulut dari kalangan rakan-rakan, dan forum fb group yang sebarannya seolah ‘viral’, menjadikan cerita mengenai SRI ORGANIK popular diperkatakan. Tapi biasalah sesuatu yang baru itu, ada yang percaya, ada yang ‘sceptic’ iaitu tak percaya, dan ada yang ‘duduk dan lihat’. Tapi petani dan usahawan tani perlu tahu bahawa mereka mempunyai alternatif yang “Selamat, Jimat, Menguntungkan”. Halas.. (cakap Arab pulak dah!)

.

Pada Mak Tam rasa itu reaksi biasa dalam kehidupan. Usahlah pasal ini pulak kita susahkan hati. Maklumat ada pada kita, pilihan juga pada tangan kita. Buatlah pilihan yang terbaik bagi diri kita sendiri. Cuma pendirian Mak Tam, kita carilah jalan mengurangkan penggunaan racun kimia. Tak kisah lah nak guna SRI ORGANIK ke, atau produk organik yang lain, yang mustahak carilah alternatif kepada racun kimia.

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D'LIMA (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D’LIMA (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D'DORANI (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D’DORANI (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D9 (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-D9 (Padi)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-NF (Sayuran)

SRI ORGANIK : Bengkel SRI-NF (Sayuran)

Alhamdulillah, label botol untuk SRI Anak, SRI Bunga dan SRI Buah sudah siap. Apabila Mak Tam hantar kepada bengkel SRI ORGANIK pada minggu lepas, tatap sahajalah wajah-wajah ceria dan gembira ini.

Beberapa bulan dahulu, semua ini tidak wujud. Yang tentunya, RM30 juta setahun duit petani padi di Selangor dihantar ke kedai racun kimia (hasil kajian UPM dan IADA Barat Laut Selangor pada tahun 2009). Duit yang ada dalam poket dari hasil jual padi sebahagian besarnya adalah untuk beli racun. Racun itu juga yang menyebabkan petani dan pekerja sawah ramai keracunan. Bacalah di sini.

Yang dilaung-laungkan ketelinga petani ialah ‘beli racun A untuk siput gondang, racun B untuk bena perang, racun C untuk ulat batang, racun D untuk penyakit reput tangkai, racun E untuk hawar daun, racun F untuk tikus” dan seterusnya. Para petani pun teruslah mengeluarkan duit dari keringat dan kudrat tenaganya untuk membeli racun. Pandu kereta dan lalulah ikut semua jalan dan lorong dikawasan sawah. Banting iklan racun dimerata cerok memanggil petani membeli racun untuk menyelesaikan masalah bersawah.  Sama saja mesejnya. Belilah racun A untuk ini, belilah racun B untuk itu.

Tapi sekarang petani diberi maklumat bahawa mereka ada pilihan yang murah, tapi yang mustahaknya, ia selamat. Bukan itu saja, bahkan mereka boleh buat bahan-bahan ini sendiri dan boleh diniagakan. Sumber mentahnya boleh dicari percuma. Mari kita kira.

Kutip Kangkung Liar Dalam Parit

Kutip Kangkung Liar Dalam Parit

  1. Kangkung liar ambil dalam parit sekeliling rumah. Tidak payah beli pun. Kutip pagi-pagi.
  2. Buah pisang masak ranum kalau dulu boleh dapat percuma dari peniaga pisang. Sekarang ini kena kerja sikit sebab pokok pisang banyak kena penyakit moko. Apa pilihan lainnya? Buah betik ranum dan nenas terlebih matang pun boleh guna.
  3. Sisa ikan kat pasar kita kutip. Pagi hari minggu, kita bawa tong plastik 50 liter, kutip sisa ikan. Peniaga ikan suka sangat kalau kita ambil. Dia tidak payah buang.
  4. Tulang lembu, kerbau atau kambing senang sangat dapat. Pergi ke kedai ‘sup gear box’, beres masalah. Upah saja pekerja restoran tu minta asingkan dan masukkan kedalam guni. Beres.
  5. Kulit telur lagi senang. Pergi gerai mertabak, letak plastik dan minta mereka buang kulit telur kedalamnya.
  6. Untuk halau serangga dan elak penyakit kita guna bawang putih, halia, dan kulit kayu manis beli dikedai runcit.
  7. Tong kui dan kam cui beli kat kedai ubat Cina. Kalau hendak senang, print gambar disini dan bawa sekali.
  8. Yang kena keluar berbelanja adalah gula merah, cuka nipah dan nira nipah.
  9. Jering tua halau tikus, tembakau halau bena perang, bakawali halau serangga penghisap (yakk.. kata serangga :D).
  10. Oh ya.. jangan lupa air laut. Boleh buat jual. RM1 seliter.
Pakai Sarung Tangan Plastik Untuk Sediakan IMO

Pakai Sarung Tangan Plastik Untuk Sediakan IMO

Pada masa yang sama, bila kita berurusan dengan mikrob ni, kita kena hormat dia. Kena pakai sarung tangan semasa gaul IMO dan jangan hidu-hidu nasi yang sudah ada mikrob. Takut ada mikrob lain yang hinggap atas nasi.

Walau apa pun, sekarang sudah ada tiga bengkel SRI ORGANIK dikawasan padi, dan satu di kawasan sayur. Insyaallah, akan ditubuh dan dibimbing 4 lagi dikawasan padi. Semoga ini menjadi warisan untuk generasi-generasi akan datang. Amin.

Advertisements

One comment on “SRI ORGANIK : Gerakan “Oleh Petani, Untuk Petani” Melestarikan Pertanian

  1. Jualan CoCo peat:
    Kami ada stock coco peat untuk di jual Harga RM 6 satu katul 5 kg.
    Discount diberi untuk pesanan lebih 2000 ketul,
    1 ketul boleh dapat lebilh dari 5 poly bag selepas rendam air.
    gudang dekat port klang.
    urusan hantar boleh di buat.
    Fauzi Nooska(mobile) 0193560188
    chandra (mobile) 0123795729

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s