Padi SRI: Penemuan Pokok Maja atau Labu Kayu

Padi SRI: Penemuan Pokok Maja atau Labu Kayu

PERHATIAN! Minta tolong rakan-rakan agriculturists.

Pak Engku Afandi rasa nama saintifik Pokok Labu Kayu ini ialah Crescentia cujete dan gambarnya di sini Crescentia cujete

Gambar Cinchona succirubra Pav. Ex Klotzsch di internet pulak ialah seperti ini Cinchona succirubra Pav. Ex Klotzsch

Gambar di website MEPIS (MARDI) Galeri MEPIS: Cinchona succirubra Pav. Ex Klotzsch

Sila beri komen anda di sini

Pada suatu hari, saya menerima panggilan telepon daripada Tuan Hj Zakaria Sidek, iaitu Pengarah Pertanian Negeri Selangor. Beliau bertanya khabar dan menyatakan hasrat untuk melawat petak percubaan padi yang ditanam menggunakan kaedah SRI. Kecil tapak tangan, nyiruku tadahkan! Hari yang ditetapkan adalah Isnin, 27 Disember, 2010.

Selepas bercakap dengan Tuan Hj Zakaria, saya terus menghubungi Dr Anizan Isahak daripada UKM. Beliau juga ingin turut serta dan akan menunjukkan pokok maja yang dia pernah diperkenalkan oleh rakannya daripada Indonesia terlebih dahulu. Kami berpakat untuk pergi bersama dengan kenderaan saya.

Sesampai di Sg Burung, Dr Anizan menyatakan bahawa pokok maja ini hanya satu sahaja dan tumbuh berhampiran dengan jalan raya. Pak Tam masuk jalan parit 3 dan merintasi jalan tanah lesen. Dr Anizan masih menyatakan bukan disitu, tetapi ditepi jalan raya. Kami terus ke sempadan diantara Sg Burong dan Sekinchan. Akhirnya Dr Anizan menunjukkan pokok maja yang kami cari-cari. Rupa-rupanya tumbuh disebelah parit tepi jalan raya sahaja.

Ketemu Pokok Maja Di Tepi Jalan Raya Sekinchan

Ketemu Pokok Maja Di Tepi Jalan Raya Sekinchan

Hah.. barulah saya tahu rupa buah maja. Dah berminggu mencari tapi tak juga jumpa-jumpa. Pokoknya umpama pokok limau jika lihat dari jauh, dan buahnya pula rupa limau bali. Tetapi bila dipegang, buahnya macam mempunyai tempurung yang keras. Kami mengambil beberapa biji buahnya dan juga beberapa keratan ranting untuk ditanam.

Buah Maja Yang Dicari-Cari Baru Berjumpa

Buah Maja Yang Dicari-Cari Baru Berjumpa

Selepas berpuas hati dengan mengenali buah maja, kami terus ke restoran berhampiran untuk minum. Kata Dr Anizan, ‘Kalau tak jumpa pokok maja tadi, mungkin tak dapat minum la I ni..’  Pak Tam gelak sambil berkata, ‘Lebih kurang macam tu la..’ Kami terus berbincang tentang kebaikan buah maja dan bagaimana ia boleh digunakan untuk mengnyah serangga perosak padi.

Selepas minum, Pak Tam bawa kami melalui jalan parit 6, Sekinchan. Rupanya Pak Tam nak pastikan betulkah dia pernah tengok pokok maja di sepanjang jalan parit 6 ini. Rupa-rupanya, bukan sahaja disepanjang jalan parit 6, dikeseluruhan kawasan Sekinchan itu ada pokok-pokok maja ditanam oleh petani berbangsa Cina. Rupanya, buah maja digunakan oleh orang Cina sebagai ramuan untuk ubat, cuma kami kurang pasti untuk ubat apa.

Pokok maja atau labu kayu di jalan parit 6, Sekinchan

Pokok maja atau labu kayu di jalan parit 6, Sekinchan

Apabila Pak Tam tanya pada seorang petani berbangsa Cina, dia menyatakan hanya orang tua-tua sahaja masih tahu menggunakannya. Orang muda dah tak tahu nak buat apa. Begitu jugalah terjadi berbagai jenis tanaman yang dulunya digunakan sebagai pelbagai ubatan, sekarang kegunaan mereka telah hilang dan pupus.

Maklumat lanjut dari website MARDI  Galeri MEPIS: Labu Kayu

3 comments on “Padi SRI: Penemuan Pokok Maja atau Labu Kayu

  1. salam.saya berminat ingin mencari buah labu kayu ini untuk merubati penyakit kenser yang dihadapi oleh ayah saya.oleh itu, dengan jasa baik tuan..saya ingin mengetahui dimanakah saya boleh perolehi buah tersebut dan bagaimana?ini..sekirnya ada apa2 maklumat tolong hubungi saya secepat mungkin.saya sekarang berada di tanjung malim.

Leave a comment