PADI SRI : Perbincangan Tanaman Padi SRI & Penyediaan MOL di Selangor

PADI SRI : Perbincangan Tanaman Padi SRI di Selangor & Penyediaan MOL

Perbincangan Mengenai Pengurusan Secara SRI

Perbincangan Mengenai Pengurusan Secara SRI

Bagi Pak Tam dan saya, peluang aktif kembali dalam pengembangan pertanian adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ilmu dan pengalaman yang telah kami dalami sekian lama dapat dicurahkan balik kepada yang sudi. Tempat perbincangan boleh sahaja dimana-mana. Bawah pokok, dalam kedai makan, di pondok atau tepi jalan. Saya tabik rakan-rakan yang menjalankan kerja pengembangan pertanian secara hakiki. Bukan senang dapat mengubah persepsi seseorang untuk membuat perubahan. Tapi rakan-rakan kami dalam Jabatan Pertanian berupaya dalam visi mereka meningkatkan taraf hidup petani-petani. Syabas!

Mak Tam menuliskan resipi membuat MOL - Mikro Organisme Lokal

Mak Tam menuliskan resipi membuat MOL - Mikro Organisme Lokal

Semasa di Kelantan, saya sempat belajar menyediakan MOL atau apa yang dipanggil Mikro Organisme Lokal oleh Pak Aep. MOL ini boleh digunakan sebagai aktivator dalam penyediaan kompos.  Bagi mereka yang berminat membuat MOL, ia boleh dibuat bila-bila sahaja.  MOL ini jika disimpan dengan baik, boleh tahan lama. Selain daripada digunakan untuk membuat kompos, ia juga boleh dibancuh dengan air dan disembur terus kepada tanah dan tanaman  bagi tujuan menyuburkan tanah dan menambah nutrien untuk pokok.

Bahan:

5 kg daun segar yang hijau (daun betik, atau kangkung, atau keladi)

1 kg gula merah atau gula putih

5 liter air (air hujan, air sungai)

Cara Membuatnya:

Kisarkan semua bahan di atas (boleh guna blender) dan masukkan ke dalam tong/bekas plastik.  Tutup rapat dan bahan yang dikisar tadi dibiarkan melalui proses penapaian selama 2 minggu.  Salurkan udara yang terhasil dari proses penapaian tadi melalui air dalam botol yang lain. Ini akan memastikan tiada organisme lain memasuki bahan yang sedang ditapai. Jika dibuat dengan baik, bau bahan yang ditapai adalah wangi. Jika tidak, ia akan rosak dan berbau busuk. Gambar di bawah memberikan cara menyalurkan udara ke dalam air dalam botol. Letakkan ditempat yang agak sejuk dan tidak menerima bahang matahari.

Penyediaan MOL - Mikro Organisme Lokal

Penyediaan MOL - Mikro Organisme Lokal

Penggunaan MOL ini sedikit sahaja. Kalau untuk 1 hektar, bancuh 4 liter MOL dan 40 liter air, dan semburkan kepada tanaman. Sebahagian besar semburan MOL akan meresap ke dalam tanah. MOL akan berinteraksi dengan pelbagai mikro organisme and hidupan seni dalam tanah dan memberansang aktiviti pelbagai bakteria dan kulat. Ini adalah salah satu sebab tanah yang diurus secara SRI menjadi subur, dan setrusnya memberansang pertumbuhan akar yang besar dan sihat. Ini seterusnya, menjadikan pokok padi yang sihat dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Cara Membuat Kompos Menggunakan MOL:

Bahan-bahan yang digunakan adalah MOL, gula merah, air jerami, najis lembu atau kambing, abu sekam, sehelai kanvas atau plastik, sebatang buluh berukur 2 m.

Lapiskan jerami setinggi 20 sm atas tanah. Lapiskan dengan 20 sm najis lembu diatasnya. 20 sm abu sekam pula. Bancuh 1 liter MOL dan dengan 4 liter air serta 30 gula merah.  Siram keatas lapisan abu sekam. Jangan terlalu basah, iaitu hanya lembab-lembab sahaja. Ini diulang sehingga habis bahan dilapiskan.

Tutup timbunan tadi dengan kanvas untuk menghindari panas matahari dan hujan. Siram sehari sekali agar lembab sahaja. Bahan yang dikompos akan jadi panas dan untuk memastikan panas tidak melebihi 60 degree celsius, pacakkan sebatang buluh yang berlubang-lubang dibatangnya ke tengah timbunan kompos. Dalam 14 hari, kompos akan terjadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s