Padi SRI : Lawatan Pengarah Pertanian Negeri Selangor

Padi SRI : Lawatan Pengarah Pertanian Negeri Selangor

Saya menghargai kesudian Pengarah Pertanian Negeri Selangor, Tuan Hj Zakaria Sidek turun ke petak percubaan penanaman padi secara SRI. Beliau tiba dengan pegawai-pegawainya dari ibu pejabat Shah Alam, dan juga pegawai-pegawai daripada daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta daripada bahagian-bahagian teknikal.

Penerangan Mengenai Penanaman Padi Cara SRI

Penerangan Mengenai Penanaman Padi Cara SRI

Pak Tam memberikan taklimat mengenai penanaman padi kaedah SRI dan menjawab pelbagai soalan yang diajukan. Sebenarnya, menerangkan tentang konsep SRI ini bukan sesuatu yang mudah diterima bulat-bulat oleh sesiapa pun. Malah saya pada mulanya pun agak ‘sceptical’ dan tidak terus dapat memahami konsep SRI ini. Tetapi pendedahan kepada penanaman padi cara SRI di Tunjong, Kelantan membuka minda saya terhadap memulihkan kesuburan tanah dengan cara semulajadi. Perbincangan demi perbincangan dengan Pak Aep juga membuahkan pemahaman.

PPN Selangor Turun Ke Petak Padi SRI

PPN Selangor Turun Ke Petak Padi SRI

Tuan Hj Zakaria juga ada menyatakan hasrat melatih pegawai dan petani mengenai penanaman padi cara SRI. Beliau juga menyarankan agar pihak-pihak bahagian teknikal membantu dengan kepakaran yang ada dalam bahagian masing-masing. Saya meminta agar dapat pihak jabatan membantu kami untuk mekanisasikan operasi merumput/menggembur tanah, dan juga penanaman. Alhamdulillah, mendapat persetujuan dari pihak pengarah dan juga pihak bahagian kejenteraan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s