Padi SRI Selangor : Bengkel Industri Padi, anjuran Lajnah Petani PAS Kawasan Kuala Kedah (29 Sept 2011)

Padi SRI Selangor : Bengkel Industri Padi, anjuran Lajnah Petani PAS Kawasan Kuala Kedah (29 Sept 2011)

Padi SRI Selangor : Penasihat, Menteri Besar Incorporated (MBI)

Padi SRI Selangor : Pembetulan - Penasihat, Menteri Besar Incorporated (MBI)

SRI membawa pelbagai pengalaman baru kepada kami berdua. Berkenalan dan mendapat ramai sahabat dari pelbagai kelompok yang berkecimpung dalam pertanian adalah salah satu bonus mencebur diri dalam SRI. Baik dari dalam kampung, peringkat daerah, negeri, malah diperingkat antarabangsa. Alhamdulillah. Pengisian masa yang amat bermakna dan memberi kepuasan.

Saya berasa sangat besar hati menerima undangan untuk memberi pembentangan mengenai penanaman padi cara SRI kepada ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Kedah. Lebih teruja apabila diberitahu bahawa YB Tuan Hj Ir. Amiruddin bin Hj Hamzah, Exco Negeri Kedah akan merasmikan Bengkel Industri Padi. Bersama hadir adalah YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan. Saya menerima undangan tersebut dengan persetujuan TS. Tema bengkel adalah “Jimat Kos, Tingkat Pengeluaran, Lestari Ekologi“. Sangat sesuai dengan apa yang kami hendak kongsikan!

Padi SRI Selangor : There's a first time for everything

Padi SRI Selangor : There's a first time for everything

Yang paling mencuit hati saya adalah banner yang tertera wajah saya di atasnya. Tak pernah seumur hidup muka saya naik kat banner, hari ini mencatat sejarah. Bukan satu, tetapi dua. Yang satu lagi bersama beberapa tokoh politik negeri Kedah. Seperti kata orang putih, “There’s a first time for everything”.  😀  

Pak Tam & Mak Tam berasa sangat bertuah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kami. Semoga dapat dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat dari PAS Kawasan Kuala Kedah. Juga berbangga kerana sambutan sangat menggalakkan. Masih ramai yang tidak dapat memasuki dewan dan mendengar dari luar sahaja.
.
Vodpod videos no longer available.


.
Pak Tam memulakan dangan membawa hadirin melihat bumi yang biru dan kelihatan sangat indah dari angkasa lepas. Kemudian mengaitkan dengan ‘kerosakan’ yang dibuat terhadap bumi, terutama kepada tanah dan segala makhluk yang hidup didalamnya. Secara ringkas, Pak Tam mengutarakan pembebasan daripada dibelengu minda dengan mula memahami dan mendekati pertanian fitrah alam, serta memerdekakan diri daripada ‘penjajahan’ ekonomi pertanian sehingga petani menjadi ‘hamba’ kepada input pertanian, terutamanya racun kimia. Sebahagian besar pendapatan yang petani dapat daripada bertani digunakan untuk membeli racun kimia, yang tidak pula memberi sebarang jaminan keuntungan. Contohnya, lagi petani meracun, makin banyak populasi serangga perosak serta penyakit.

Mak Tam mengenalkan pelbagai jenis serangga ‘rakan sawah’ yang jika diberi peluang untuk terus hidup dan membiak, akan membantu menjaga keseimbangan serangga perosak. Seterusnya memberi 6 prinsip SRI, serta kelainan yang ditunjukkan oleh padi yang ditanam cara SRI. Akhirnya berkongsi maklumat bagaimana petani sendiri boleh membuat baja/penghindar serangga dan penyakit sendiri daripada bahan mentah yang ada disekeliling kampong mereka. Serta berkongsi pengelaman Encik Razak Chik yang dapat menjimatkan kos pembelian racun dan baja kimia sebanyak RM2 ribu bagi 3 ekar sawah.

Diakhir sessi, para muslimin dan muslimat ramai mengerumuni meja untuk bertanya pelbagai soalan. Interaksi kami berdua dengan mereka memberikan petunjuk bahawa mereka mahu belajar untuk membuat ramuan-ramuan yang disebut semasa ceramah. Para muslimat sangat berminat kerana saya rasa mereka merasakan mereka sendiri mampu membuat baja/penghindar dari bahan mentah tempatan. Semoga tercapai hasrat mereka. Kami berdua sedia mencurahkan semua ilmu yang ada pada kami untuk dimanfaatkan ramai. InsyaAllah… Ada jalannya…

2 comments on “Padi SRI Selangor : Bengkel Industri Padi, anjuran Lajnah Petani PAS Kawasan Kuala Kedah (29 Sept 2011)

  1. as’kum. Mak Tam ad contoh kertas kerja untuk projek tanaman padi?ada tak contoh kerja perlaksanaan tanaman padi?harap Mak Tam dpt membantu.

    kalau nk buat FAA, apsal x blender je ikan tu, sy rsa lg cepat proses penapaian dr potong shj.ap pandangan Mak Tam?

    • Kertas kerja tad de. Pasa ikan nak buat FAA tu di blender, rasanya tak dak masalah. Cuba lah dulu. Lepas tu bagitau Mak Tam supaya kita dapat share.

Leave a reply to pertanianselangor Cancel reply