Padi SRI Selangor : Destinasi Seterusnya Ke Brunei

Padi SRI Selangor : Destinasi Seterusnya Ke Brunei (3 – 4 Okt, 2011)

Padi SRI Selangor : 4 Rakan SRI dari Brunei

Padi SRI Selangor : 4 Rakan SRI dari Brunei (dari kiri: Kifli, Razak, Morshidi, Ismat, Man, Azmi, Rokiah)

Beberapa bulan yang lalu, saya berkenalan dengan saudara Ismat Haz dalam fb. Semuanya bermula dengan minat kami terhadap SRI. Tidak lama kemudian Ismat memberitahu bahawa beliau dan beberapa rakan ingin datang ke Malaysia. Mak Tam menawar untuk membawa mereka melawat kawasan padi dan bekenalan dengan SRI.

Alhamdulillah, kedatangan Saudara Ismat, Kifli, Morshidi dan isterinya Rokiah betul-betul kena ‘timing’nya. Pada sebelah pagi 3 Okt, mereka sama-sama menghadiri latihan SRI yang dikendalikan oleh Pak Tam untuk pegawai pengembangan padi. Selepas minum, kami semua menuju ke arah Sg Leman.

Padi SRI Selangor : Penerangan Oleh En Razak dan Man

Padi SRI Selangor : Penerangan Oleh En Razak dan Man

Rakan-rakan SRI-D9 sudah sedia menunggu. En Razak, Ahajani, Man dan Azmi sedang sibuk mengeluar dan memasang label pada produk SRI untuk dibawa ke Karnival SelangorKu di Tg Karang. Kedatangan rakan dari Brunei disambut mesra. Kalau orang tak tahu, ingat mereka ni dah berkenalan lama.

“Mak Tam. Saya kat sana ada buat FPJ kangkong dan FAA. Tapi saya datang sini saya lebih jelas apa yang perlu dibuat,” kata Ismat. Gembira sekali saya mendengar kata-kata Ismat. Nampaknya SRI melangkah setapak lagi – kali ini akan menapak di Brunei, InsyaAllah.

Kemudian kami menuju ke rumah Saudara Azmi. Sasaran pertama kami adalah kepada pokok-pokok timun SRI yang lebat dengan buah. Rupanya Azmi tak sempat nak habis kutip timunnya pagi itu. Rakan SRI dari Brunei memetik buah timun, dan terus makan tanpa perasaan was-was. Wah! Ini sungguh meyakinkan. Mak Tam rasa penerangan En Razak, Man dan Ahajani sebelumnya amat berkesan.

Padi SRI Selangor : Ismat Meneliti Padi SRI

Padi SRI Selangor : Ismat Meneliti Padi SRI

Kemudian melihat pokok padi SRI yang hanya menggunakan produk SRI sahaja – tanpa baja dan racun kimia. Semoga lawatan ini dapat memberi keyakinan kepada rakan-rakan dari Brunei bahawa SRI boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja. Yang perlu adalah nawaitu yang baik, dan ikhlas berusaha kearah membuatnya. Nothing is impossible once you put your mind to it!

Padi SRI Selangor : Bunga Padi SRI Menjulang Tinggi

Padi SRI Selangor : Bunga Padi SRI Menjulang Tinggi

Kemudian kami ke Sawah Sempadan dan singgah di sawah En Toif. Ferozz datang menyambut kedatangan kami, kemudian dituruti oleh En Toif. Padi SRI En Toif 100% nature farming. 10% dah terbit. Teruja Mak Tam menengok ‘expression’ pokok padinya. Bunga padi menjulang melepasi daun pengasuhnya. ‘Expression’ bunganya lebihkurang macam padi Raja pada musim lepas.

“Mak Tam. Kalau kita tanam biji padi yang dah bermata boleh tak?” tanya En Toif. Mak Tam kata kalau ikut logik memang boleh, cuma kita tak pernah cuba. Adakah En Toif akan mencuba pada musim depan? Mak Tam pun rasa ‘excited’.

Pada keesokan harinya, kami meninjau Sg Haji Dorani dan Sekinchan. Sudah tentunyalah pokok labu kayu jadi sasaran. Lihat sahajalah betapa terujanya Ismat memegang buah labu kayu. Morshidi menyatakan dia tidak pernah melihat pokok ini di Brunei. Beliau sering masuk hutan, tetapi tidak ketemu pokok yang sebegini.

Kami berpisah dengan harapan dapat bertemu lagi. Mak Tam harap Ismat akan hantar gambar kemajuan SRI di Brunei nanti semoga dapat berkongsi. Kalau panjang umur, mungkin kita berjumpa di Brunei satu masa nanti. InsyaAllah…

Padi SRI Selangor : Ismat Berkenalan Dengan Labu Kayu

Padi SRI Selangor : Ismat Berkenalan Dengan Labu Kayu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s