Padi SRI Selangor : Panduan Untuk Guna Produk SRI Pada Padi Tanam Calit

Padi SRI Selangor : Panduan Untuk Guna Produk SRI Pada Padi Tanam Calit

.

Padi SRI Selangor : Promosi Produk SRI Yang Berasaskan Natural Farming

Padi SRI Selangor : Promosi Produk SRI Yang Berasaskan Natural Farming

Jadual yang saya letakkan di bawah ini adalah bagi mereka yang ingin mengetahui cara Encik Razak Chik menguruskan tanaman padi konvensyenelnya yang ditanam menggunakan mesin transplanter. Bagi mereka yang bersawah di Selangor, boleh lah menghubungi Encik Man (019-245-9494) dari SRI-D9 untuk membuat tempahan produk SRI.

Tetapi saya amat berharap ramai dari kalangan mereka yang berjiwa keusahawanan untuk membuat ramuan SRI sendiri berasaskan konsep natural farming. Sila hubungi pegawai pertanian di kawasan anda untuk mendapat latihan cara-cara membuat produk-produk SRI ini. Atau download buku panduannya di sini dan belajar buat sendiri.

Pada saya, bagi mereka yang telah menggunakan produk SRI akan mengalami sendiri keajaiban yang boleh mereka lihat terhadap ketahanan pokok terhadap perosak dan penyakit. Yang perlu adalah pengguna mengikut jadual dan kadar penggunaan yang tepat.

Produk ‘SRI Anak’ mempunyai kandungan N yang tinggi dan ia adalah untuk memecahkan anak dan pertumbuhan pokok secara vegetatif. ‘Sri Bunga’ mempunyai kandungan P yang tinggi dan ia adalah untuk memberhentikan percambahan anak dan memusatkan tumpuan pokok terhadap pembentukan tangkai (panicle initiation and differentiation). ‘Sri Buah’ mempunyai kandungan Ca yang tinggi dan ia adalah untuk pengisian biji padi.

Air laut pula kaya dengan unsur natrium (sodium) dan pelbagai jenis mineral dan nutrienmikro (micronutrients) untuk meransang metabolisma pokok. Jika anda mahu buah padi yang bersih, padat dan penuh berisi hingga ke pangkal tangkai, ikutlah panduan ini. InsyaAllah.. berjaya..

.

Hari Lepas Tanam

Aktiviti Di Sawah

Jenis & Bilangan Input untuk 1.2 hek (3 ekar)

Catatan

1

8.00 pagi – Sembur racun rumput.10.00 pagi – Tanam padi menggunakan mesin transplanter Solito

3

Masukkan air ke sawah

15

Taburkan baja subsidi 6 beg baja campuran + 3 beg urea Baja subsidi kerajaan

18

Sembur produk SRI Anak 1.5 liter SRI Anak

35

Taburkan baja subsidi 8 beg baja campuran + 2 beg urea Baja subsidi kerajaan

38

Sembur produk SRI Bunga +air laut 1.5 liter SRI Bunga + 6 liter air laut

55-60

Taburkan baja subsidi 8 beg baja buah Baja subsidi kerajaan

75-80

Bila padi mula terbit – Sembur produk SRI Buah + air laut 1.5 liter SRI Buah+ 6 liter air laut

90

Sembur produk SRI Buah+ air laut 1.5 liter SRI Buah+ 6 liter air laut
Advertisements

4 comments on “Padi SRI Selangor : Panduan Untuk Guna Produk SRI Pada Padi Tanam Calit

  1. salam, nak tanya. kalau tanam padi jenis tabur terus, hari ke berapa baru sembur baja sri anak dan hari keberapa pulak tabur baja subsidi. sbb berdasarkan artikal diatas, anak padi ditanam dengan menggunakan mesin.

    • W’slm. Tabur baja subsidi macam biasa saja seperti yang dah biasa dibuat. Cuma sembur produk SRI sebagai tambahan untuk meransang pertumbuhan pokok.

    • Semua ilmu yang menghala kepada kebaikan kita sebarkan lah agar dapat di manfaatkan. Terimakasih kerana memuatkan buku ini di scribd anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s