Padi SRI Selangor : Cara Membuat IMO2 (MOL Nasi)

Padi SRI Selangor : Cara Membuat IMO2 (MOL Nasi)

.
Muat turun nota lengkap membuat IMO1 & IMO2, serta jadual kerja Encik Razak Chik, klik di sini dan dapatkan Nota IMO.

Apabila anda telah mendapat IMO1 dengan jayanya, bolehlah terus membuat IMO2 seperti yang ditunjuk di bawah ini. Gula merah yang saya gunakan adalah jenis yang di import dari India.

IMO2 boleh digunakan sebagai bahan pereput untuk membuat kompos. Ia juga boleh disembur kepada jerami padi sebelum jerami dibajak masuk ke dalam tanah untuk meransang aktiviti pereputan jerami dalam tanah yang lembab. IMO2 ini mengandungi bakteria Bacillus subtilis dan kulat Aspergillus oryzae yang boleh mereputkan jerami dengan cepat. Ia hanya memerlukan 3 minggu untuk mereputkan jerami dengan berkesan.

IMO2 boleh disimpan dalam bekas kedap udara. Jika dibiarkan dengan tutup kertas, selepas beberapa bulan ia akan menjadi kering. Cubalah membuat dan mengguna sendiri.

Gambar

Cara Membuat IMO2

1.  

Pilih IMO1 yang banyak kulat berwarna putih.

2.  

Campurkan dengan gula merah dengan kadar 1 kg IMO1 dicampur dengan 1 kg gula merah.

Jangan guna gula putih atau brown sugar yang buat biskut/kek.

3.  

Masukkan IMO1 dan gula merah ke dalam bekas plastik dan gaul hingga sebati.

4.  

Ikatkan kertas putih seperti ini. Boleh ikat guna getah supaya serangga tak masuk dan pengudaraan berlaku. Simpan di tempat yang teduh seperti dalam almari atau setor selama 5 hari.

Jangan terkena matahari.

5.  

Selepas 5 hari, buka tutup kertas dan anda akan melihat IMO2 terjadi. Ia berwarna perang gelap dan melekit. Baunya seperti buah nenas yang terlebih matang/masak. Cebisan nasi masih boleh dilihat.

6.  

IMO2 ini penuh dengan mikrob yang hidup dan berguna bagi kita.

7.  

Simpan bekas IMO2, ditutup rapat dan diletakkan ditempat teduh dalam almari atau setor yang tidak terdedah kepada cahaya dan panas matahari. Pastikan anda menulis IMO2 dan tarikh dibuat dan lekatkan ke atas bekas plastik tersebut.

Syabas, anda telah berjaya ,membuat IMO2.

4 comments on “Padi SRI Selangor : Cara Membuat IMO2 (MOL Nasi)

    • 100 ml dalam 20 liter air tanpa klorin. Jika nak guna air paip, simpan semalaman. Atau guna air hujan, air telaga atau air sungai.

    • IMO seeloknya diguna dalam masa 4 bulan. Kalau nak panjangkan penyimpanan, setiap bulan masukkan 4 sudu besar gula merah untuk makanan mikrob.

Leave a comment