Padi SRI Selangor : Kursus Bersiri Pertanian Ekologi Untuk Pegawai Jabatan Pertanian

Padi SRI Selangor : Kursus Bersiri Pertanian Ekologi Untuk Pegawai Jabatan Pertanian (Oktober, 2011)

Padi SRI Selangor : Latihan Pertanian Ekologi oleh NS Nature Rice

Padi SRI Selangor : Latihan Pertanian Ekologi oleh NS Nature Rice

Video di bawah: Lihatlah wajah-wajah yang gembira mempelajari ilmu pertanian ekologi. Semoga mereka menjadi penyambung kepada perjuangan untuk mengembalikan kesuburan tanah, kelestarian pertanian dan kesejahteraan alam semulajadi. Amin…

Penanaman padi secara manual dibuat supaya para pelatih dapat melihat bagaimanakah pertumbuhan pokok padi jika ditanam satu anak sahaja. Umur anak padi adalah 10 hari dan penanaman dibuat tidak melebihi 1 cm dalam, dengan jarak 30cm x 30cm. InsyaAllah, beberapa pihak organisasi sedang mencari mesin menanam yang boleh membuat penanaman satu-satu, iaitu pihak Jabatan Petanian Negeri Selangor, Felcra Training Centre, UPM dan UKM. Apabila ada nanti, lebih cepatlah penerimaan petani kepada SRI ini.

Untuk 40 hari yang pertama, air akan dibiar acap-acap sahaja kecuali apabila kerja melandak perlu dibuat. Melandak juga dibuat dengan alat yang paling ‘basic’ iaitu alat landak yang diperbuat daripada kayu dan paku. Pelatih akan merasakan betapa susah mengguna alat landak yang paling asas untuk kerja-kerja melandak. Adalah diharap pelatih mendapat pelbagai pengalaman dan seterusnya memberi input kepada rekabentuk alat melandak yang sesuai.

Buat masa ini beberapa orang petani telah pun memulakan usaha kepada membuat mesin melandak, termasuklah Encik Razak Chik, Encik Rahman Yahya, Encik Osman dari Sawah Sempadan. Saya berdoa agar mereka berjaya kerana mesin melandak ini juga akan boleh dimanfaatkan pada padi bertanam mesin. Encik Mokhtar dari Parit 9, Sg Leman telah berkesempatan melandak 2 keping sawahnya yang bertanam calit. Sama-samalah kita menilai kepada kecergasan pokok padi yang dilandak tanahnya. Jika memberi tuaian yang memberansangkan, sudah tentu sahaja ramai petani akan inginkan perkhidmatan melandak ini dibuat pada sawah mereka. Ini sahaja akan membuka ruang untuk perkhidmatan mesin melandak dan membolehkan para usawahan muda di sawah mencari pendapatan dalam industri penanaman dan pengurusan padi di Selangor. Go SRI Go… Perkasakan petani dengan berbagai pilihan yang menguntungkan. Amin..

Advertisements

One comment on “Padi SRI Selangor : Kursus Bersiri Pertanian Ekologi Untuk Pegawai Jabatan Pertanian

  1. Assalamu’alaikum.

    Saya Fareha Azhar, pelajar Fakulti Sains dari Universiti Malaya. Maaf jika post saya ini x berkenaan dengan tajuk.

    Saya sebenarnya memerlukan bantuan untuk projek tahun akhir saya. Begini, saya memerlukan tangkai dan sekam padi untuk menjalankan kajian mengenai biofuel. Jadi saya perlu mendapatkan paling tidak salah satu daripada bahan buangan padi ini. Saya amat berharap pihak Pertanian Selangor dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

    Segala jasa baik pihak Pertanian Selangor saya dahulukan dengan ucapan sekian, terima kasih.

    Fareha Azhar (0132755772)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s