Perbentangan Kertas Cadangan Oleh UPM

Jabatan Pertanian Selangor dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia akan menjalankan satu penyelidikan “Cabaran dan Strategi bagi Meningkatkan Pengeluaran Padi di Kalangan Petani Barat Laut Selangor”. Beberapa agensi lain turut terlibat dalam kajian ini termasuk IADA Barat Laut Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, AGRO Bank, MARDI, LPP dan PPK. Tujuan kajian Mengenalpasti amalan pertanian yang diamalkan oleh petani dan hasilnya. Mengenalpasti masalah, halangan dan kaedah untuk meningkatkan hasil padi. Membuat…

Lawatan YB Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

Pada 19 Mac 2009, YB Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Tuan Yaakop bin Safari telah melakukan lawatan ke tapak Projek Perintis Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor. Taklimat dan perbincangan telah diadakan di Balai Raya, Ban 2, Tali air 10, Pasir Panjang pada sebelah pagi dan Pejabat PKP Sawah Sempadan, Jalan Tiram, Tanjung Karang pada sebelah petang. Kredit gambar Blog Padi Kuala Selangor Utara Blog Padi Sabak…

Sesi Brainstorming Pegawai Kawasan Bersama Pengarah Pertanian Selangor

1. Sekinchan a. Sikap petani di Sekinchan perlu dicontohi – bertani merupakan jiwa raganya. Petani di Sekinchan sangat menghayati pertanian. b. Sifat padi yang tumbuh di kawasan Sekinchan. Tanah yang sesuai untuk penanaman padi. c. 95% kawasan Sekinchan bertanam dengan kaedah transplanting. 2. Sungai Leman a. Sungai Leman sangat dekat dengan Sekinchan namun dari segi hasil Sungai Leman agak ketinggalan. Sg. Leman terbahagi kepada dua bahagian; tanah gambut (di Sg.…

Sesi Kerja Peningkatan Hasil Padi

Sesi Kerja Peningkatan Hasil Padi IADA Barat Laut Selangor Tarikh : 21 hingga 24 Oktober 2008 Tempat : Hotel Bella Vista Langkawi Sesi kerja ini akan memberi fokus kepada isu semasa di dalam pengeluaran padi terutama sekali pengeluaran padi dalam Negeri Selangor. Pelbagai perkara akan dibincangkan bagi meningkatkan pengeluaran padi termasuk penemuan-penemuan baharu hasil kajian yang bermanfaat untuk meningkatkan pengeluaran padi, merancang dan menyelaras program-program ke arah peningkatan hasil padi…