Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 11

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 11

Mak Tam nak buat rujukan kepada satu potongan berita akhbar tempatan yang mana pihak MARDI menyatakan sedemikian –

“Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI, Dr Sariam Othman teknologi SPC memberi banyak manfaat kepada para petani daripada segi peningkatan hasil dan kualiti padi selain mengurangkan kos kawalan rumpai.

“Sistem tanaman Clearfield ini sebenarnya tidak perlu digunakan setiap musim. Cukup digunakan untuk dua musim sahaja bertujuan menghapuskan padi angin.

“Selepas tempoh itu, para petani boleh kembali semula menggunakan benih padi varieti asal,” katanya pada majlis menuai padi bersama petani-petani SPC di Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.”

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm#ixzz2KzIAgKrY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Mak Tam rasa patut diberitahu kepada petani mengapa hanya dua musim sahaja disyorkan. Mak Tam rasa Mak Tam tahu pasal apa disyorkan 2 kali sahaja. Tapi rasa tak puas hati, jadi Mak Tam buat carian sendiri. Itu menyebabkan yang Mak Tam halusi berita mengenai masalah Bt cotton atau kapas Bt (lepas ni Mak Tam panggil kapas kebal, iaitu kebal kepada sejenis serangga pengorek buah) di India, dan masalah Superweed di Amerika Syarikat.

Kapas Kebal Membawa Harapan

Kapas Kebal Membawa Harapan Baru – Kredit Gambar Current.com

Di India, prestasi benih kapas kebal tidak seperti diwar-warkan. Pihak kerajaannya dan syarikat racun mencanangkan bahawa pengeluaran hasil akan berganda dan pengunaan racun perosak akan berkurangan. Malangnya, sejak 2002, data menunjukkan ada peningkatan hasil yang banyak hanya beberapa musim awal kemudian hasil turun, pokok kapas pula terus diserang oleh pelbagai jenis serangga perosak dan penyakit yang baru (dan oleh kerana itu memerlukan penggunaan racun kimia yang lebih banyak dari sebelumnya), kapas kebal memerlukan kadar pembajaan dan air yang tinggi. Selepas beberapa tahun, hasil kapas kebal mula menurun, keperluan racun kimia berganda, hutang bertambah, dan akibatnya adalah ramai petani membunuh diri sebab desakan hutang dan kekecewaan. Angan-angan untuk jadi kaya hancur seperti kaca terhempas ke batu apabila kapas kebal tidak mengeluarkan hasil seperti yang dicanang oleh pihak berwajib.

Penggunaan Racun Makin Bertambah

Penggunaan Racun Makin Bertambah – Kredit Gambar IndiaToday.In

Selepas 10 tahun, didapati purata hasil kapas kebal terus menurun. Sila lihat kepada carta di bawah. Dan di sebahagian tempat didapati hasil kapas kebal adalah kurang daripada hasil kapas tradisi.

Hasil Kapas Bt Semakin Menurun

Hasil Kapas Bt Semakin Menurun – Kredit Gambar Fieldquestions.com

Jadi apabila semua ini berlaku, pihak berwajib India mula menunding jari menyatakan sebenarnya yang bersalah adalah petani. Sila baca disini. Pihak kerajaan India dah bagitau, mengapa petani di India tak dengar cakap.

Perkara yang sama sudah pun berlaku di negara kita yang mana pihak berwajib telah mula menyalahkan petani kerana tanam lebih daripada dua kali berturut-turut. Tanyalah orang-orang Sawah Sempadan yang dengar dengan telinga mereka sendiri.

Beberapa hari lepas, Mak Tam dapat komen dari saudara Mohd Najib dari Sg Besar. Bukan saudara Mohd Najib sahaja yang tanam sampai 5 musim berturut-turut, ramai lagi rakan tani yang berbuat begitu. Ada yang terpikat kerana ada yang mendapat peningkatan hasil yang mendadak dari 3 tan dapat 11 tan sekeping. Ada juga yang terpaksa kerana jiran semua tanam padi angin, dan petani tidak mahu mengambil risiko padinya rosak akibat tempias semburan racun imidazolinone.

Walau apa pun sebabnya, ramai petani tanam lebih daripada dua kali. Sekarang ini pemusatan racun kebal di satu kawasan padi seluas 2300 hektar iaitu di Sawah Sempadan. Apa yang akan berlaku selepas ini? Adakah padi kebal rintang daripada serangan serangga perosak atau penyakit padi? Atau akan terjadi yang macam ini?

Selepas 2 musim, adakah petani Sawah Sempadan akan terus menanam padi kebal? Kalau tak tanam padi kebal, nak tanam padi apa? Ramai juga petani yang dapati bahawa apabila menanam padi selain daripada padi kebal, padi tak tumbuh. Tengok gambar diambil di Pasir Panjang musim lepas. Padi MR219 ditabur, tetapi sebahagiannya tak tumbuh. Ada laporan yang menyatakan bahawa imazapic, iaitu salah satu bahan aktif bagi racun imidazolinone ini aktif dari 7 hari hingga 150 hari. Baca kat sini.

Padi MR219 Tak Tumbuh Atas Bekas Sawah Padi Kebal

Padi MR219 Tak Tumbuh Atas Bekas Sawah Padi Kebal

Adalah dikatakan bahawa kesan racun imidazolinone ini terus aktif walaupun selepas satu musim berlalu. Ini juga menakutkan kerana adakah kemungkinan beras kita juga tercemar. Bagaimana pulak dengan para petani yang mengerjakan sawahnya, tidakkah petani menghadapi bahaya pencemaran racun.

Membawa padi kebal kepada petani di negara kita bukanlah satu tindakan yang bijak. Banyak aspek harus dikaji dengan teliti. Pangalaman negara lain juga patut diambilkira supaya petani Malaysia tidak tanggung masalah yang sama. Pada Mak Tam program padi kebal ini membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Tapi yang malang adalah pihak petani kerana merekalah yang menanggung semua kemudaratan ini. Mari Mak Tam senaraikan kemudaratan yang ditanggung oleh petani.

  1. Kos pembelian pakej padi kebal yang tinggi petani yang tanggung.
  2. Jika padi kebal kena serangan perosak atau penyakit, petani yang tanggung.
  3. Jika petani kehilangan mata pencarian sampingan seperti hasil pisang, pucuk ubi kayu, bela itik atau ayam, petani juga tangggung.
  4. Jika petani serta seisi keluarga jatuh sakit kerana terdedah kepada racun, petani juga tanggung.
  5. Ikan kat parit kawasan yang memang dah sikit akan hilang, dah lama petani tanggung.
  6. Pembaca yang budiman boleh tambah senarai ini. Tulis kat bahagian komen posting ini.

Jadi akhirnya siapa yang salah? Pada Mak Tam, orang-orang yang memperkenal dan menggalakkan pakej padi kebal ini kepada para petanilah yang patut dipersalahkan. Kesemuanya, dari bawah sampai yang atas sekali. Kirim salam..

Nanti Mak Tam nak tulis pasal macam mana Superweed atau Super Padi Angin boleh terjadi. Kalau ini terjadi, kita semua tak payah makan nasi, pasal nak tanam padi pun tak akan menjadi. Atau pun kos mengawal Super Padi Angin akan jadi berganda-ganda. Tunggu posting Mak Tam selepas ini.

Advertisements

5 comments on “Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 11

  1. Pingback: Padi SRI Selangor : Benih GMO Kapas BT Adalah Satu Kesilapan – Part 15 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  2. Pingback: Padi SRI Selangor : Skandal Benih Padi Dalam Negara – Part 14 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  3. Pingback: Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 12 « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  4. Assalamualaikum semua – juga Maktam Dan Pak Tam,
    Cerita hal padi kebal ni, sekarang lebih menarik lagi dimana pesawah mula beli beneh dari sawah kawan-kawan kerana katanya harga mahal kalau beli dari wakil penjual. Pada pandangan saya apa yang membimbangkan beneh yang di guna itu adalah beneh padi angin yang telah kebal atau yang telah berlaku pendebungaan tidak terkawal diladang. Akibatnya nanti petani sendiri yang tolong biakkan beneh padi angin kebal, macam yang kita buat pada padi angin biasa sekarang ini. Justeru itu saya harap dapat Mak Tam dan Pak Tam sampaikan kepada Agensi yang terlibat supaya kawalan dapat dilakukan dengan ketat. Kepada petani, jika ini berlaku – sanggupkah kita rehat dari tanaman padi dan tukar ke tanaman jagong atau lain-lain. Fikir-fikirkan……….. T/Kasih.

    • Terima kasih atas maklumat ini. Pada petani, simpan padi untuk buat benih adalah perkara biasa. Itulah yang Mak Tam katakan bahawa apabila kita membawa teknologi bergantung kepada syarikat racun, tidak akan ada apa-apa kebaikan akan datang dari itu. Ikuti blog Mak Tam untuk tahu lebih lanjut apa mungkin terjadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s