Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 8

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 8

racun padi kebal bunuh itik

Racun padi kebal bunuh lebih 50 ekor itik peliharaan Saudara Zulkifli Sulaiman, Sawah Sempadan, Selangor

Hari ini Mak Tam turun ke Sawah Sempadan bersama Pak Tam. Cuma kelainan hari ini ialah rakan baru kami Major (rtd) Mokhtarudin Mohd dan anaknya turut bersama dengan kereta mereka sendiri. Mula pergi ke petak percubaan saudara Othman Mogek. Lepas itu berbincang di rumah saudara Man.

Kami memang nak pergi melihat prestasi pertumbuhan padi MR219 yang ditanam cara SRI. Pokok yang ditanda dengan kayu mengeluarkan 43 anak pada hari ini iaitu hari ke-29. Seronok juga tengok pokok padi tumbuh begitu cepat.

Tak lama kemudian saudara Zul menceritakan hal itik-itiknya menjadi lumpuh, melentuk dan terus mati. Kami pun bergegas ke reban itiknya yang disebelah rumahnya di kawasan sawah. Selain padi MR219 yang ditanam cara SRI di petak kecil depan rumah, dia membawa padi kebal ditanah selebihnya. Air dalam sawah bersamaan dengan yang dalam parit ditepi reban itiknya. Di situlah tempat itik-itiknya minum dan bermain air. Lihat apa katanya dalam video di bawah ini.


.

Sebagai petua orang tua-tua, Zul cuba bagi air kelapa kepada itik-itik yang sakit. Tapi tidak berkesan. Itik-itik itu terus juga mati. Begitulah betapa kuatnya kuasa racun padi kebal ini.

Rakan baik saudara Man, Roslan namanya menceritakan baru kelmarin dia turun ke sawah untuk buat kerja. Tetapi kakinya jadi kebas-kebas. Dia terus balik dan rendam kakinya dalam air garam. Wallahua’lam apa kesan masa panjangnya. Mak Tam tak yakin air garam boleh membantu kalau racun dah serap masuk badan kita.

Para pembaca cubalah renungkan perkara ini. Ini baru cerita dua orang hamba Allah yang bersawah di kawasan Sawah Sempadan. Bayangkanlah, di Sawah Sempadan ini ada beribu-ribu orang tinggal bersama keluarga mereka. Anak-anak kecil yang kadang-kadang lalukan tangan dan kaki ke dalam parit.  Tidakkah ini akan menjejaskan kesihatan anak-anak itu?

Hanya 40 lot sahaja bertanam padi selain padi kebal. Hampir 2,300 hektar kawasan padi bertanam padi kebal. Bayangkan konsentrasi atau pemusatan kehadiran racun imidazolinone ini dalam satu tempat. Mak Tam hanya mampu melihat dan memantau. Sama-sama kita hayati bersama.

Ada orang yang dah mula berdolak-dalik mengatakan racun ini sebenarnya dijual oleh syarikat lain. Bukan dibekalkan bersama benih. Sapa yang lancarkan program penggunaan pakej padi kebal ini pada bulan Julai, 2010 yang lalu? Fikirkan lah bersama. Lepas tu ada ura-ura untuk pakej ini diberi sebagai subsidi kerajaan pulak. Renungkanlah. Yang rugi petani, yang sakit petani, yang menangis adalah petani dan seisi keluarganya.

Sekarang ini tak payah lah kita nak berangan nak ada ikan dalam parit atau sawah. Tak payahlah petani susah-susah nak bela ayam atau itik untuk mencari pendapatan tambahan. Anak-anak yang suka turun main disawah dan dalam parit sawah itu baiklah dikurung dalam rumah setiap musim jika petani terus menanam padi kebal.

Mak Tam rasa teramat sedih kerana hanya mampu mengomel-ngomel sorang diri dalam blog ini, dan hanya dapat melihat sahaja kepada kemudaratan yang dibawa oleh padi kebal ini kepada para petani. Ya Rabb.. kau tunjukkanlah kebenaran kepada semua orang yang terlibat dalam usaha-usaha membawa kononnya ‘teknologi hebat’ kepada para petani ini. Jika ini berterusan, Mak Tam jangkakan hanya kerosakan dan penganiayaan kepada golongan manusia yang memberi makan kepada rakyat Malaysia. Ya Allah lindungilah anak-anak yang tinggal di kawasan persawahan, yang bersekolah di sini, yang bermain di sini, yang harapan untuk terus hidup dengan sihat juga di sini.

Gadis Kecil Mengail

Gadis Kecil Mengail

Cari Ikan Dalam Parit Sawah

Cari Ikan Dalam Parit Sawah

Ibu Mengail Ikan Dalam Parit

Ibu Mengail Ikan Dalam Parit

Menjala Ikan dalam Parit

Menjala Ikan dalam Parit

Advertisements

6 comments on “Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 8

  1. Pingback: Padi SRI Selangor : Benih GMO Kapas BT Adalah Satu Kesilapan – Part 15 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  2. Pingback: Padi SRI Selangor : Skandal Benih Padi Dalam Negara – Part 14 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  3. Assalamulaikum, alhamdulilah saya sudah membaca kembara padi kebal ini. Saya tertarik untuk memberikan sedikit pengalaman berkaitan padi kebal. Untuk pengetahuan, saya telah 5 musim menggunakan padi kebal bersama racunnnya. malah di kawasan saya (SG BESAR) boleh dikatakan majoriti menanam padi kebal. di tempat saya kes kematian sebegini tidak wujud, iaitu kematian ternakan skala besar, seekor 2 itu terjadi. Tetapi, hasil dari penelitian saya, kematian ternakan itu bukanlah disebabkan racun padi kebal, tetapi pergunaan racun siput dr China. Racun siput China ini boleh dikatakan digunakan majoriti oleh pesawah dari sawah sempadan hingga ke sungai besar. Racun siput china yg berlabel hitam dan merah ni tersangat bahaya kesannya, seperti kerosakan kulit, kuku tercabut dan kematian. segala kes yg saya nyatakan ini memang terjadi. racun ini masuk secara seludup, oleh itu ia tiada sebarang amaran. disebabkan racun ini paling berkesan serta tersangan MURAH, ia pilihan no 1, pesawah. Malah, terdapat sebilangan pertani yg menggunakan racun ini pada kadar 3 kali ganda dosnya, malah di gunakan sebanyak 2 ke 3 kali. Ada juga yg mencampurkannya dengan racun terkorak, Dan kebiasaannya pertani akan menyembur racun siput dalam sawah air takung, kemudian membuangnya ke parit utama, setelah itu menabur benih, dan menyembur racun siput sekali lagi. Proses membuang air racun siput ke parit utama antara punca utama penyebaran racun merbahaya ini. Malah pada masa ini bukan hanya racun siput gondang sahaja yg digunakan oleh petani, terdapat juga racun lain untuk serangga dan kulat. Penularan siput gondang adalah tersangat serius, kadar pembiakannya yg pantas juga menyumbang kepada persoalan ‘kenapa pesawah menggunakan racun yang tersangat bahaya ini’. Terdapat pesawah yg menabur sehingga 3 kali, namun padi tetap habis dimakan oleh siput. Akhirnya sehingga tempoh padi menuai, petak padi kosong. tiada sebarang padi ditanam, kes ini benar-benar terjadi dikawasan sungai besar, di parit 7 timur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s