Padi SRI Selangor : Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 3

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 3

Mengenali Padi Angin

Padi angin adalah sejenis padi juga. Tetapi ia mempunyai ciri-ciri yang mendatangkan kesusahan kepada petani terutama bagi mereka yang tanam cara tabur terus.
.

Masalah Padi Angin

Masalah Padi Angin

Pertama, pertumbuhan padi angin adalah lebih cergas daripada padi biasa. Apabila ia tumbuh dalam sawah, padi biasa akan kalah dengannya. Padi angin selalunya lebih besar rumpunnya dan lebih tinggi daripada padi biasa.

Kedua, selepas beberapa musim rupa bentuk pokok padi angin semakin menyerupai padi biasa dan susah untuk dikenali. Kalau selalunya pokok padi angin lebih tinggi, tetapi ada juga yang sama tinggi dengan padi biasa. Yang jenis ini lagi susah untuk dikawal dan akan terus menjadi masalah kepada petani.

Padi Angin Matang Awal

Padi Angin Matang Awal

Ketiga, tempoh kematangannya lebih pendek, dan buah padinya mudah terlerai daripada tangkai dan jatuh ke tanah. Apabila ini terjadi, pada musim seterusnya, benih padi angin yang ada dalam tanah akan tumbuh dengan banyak sekali.

Keempat, cara mengawal padi angin yang biasa dilakukan oleh petani adalah dengan cara mengupah orang untuk memotongnya. Ini memerlukan tenaga kerja yang banyak dan kos upah yang tinggi. Tetapi ia memberi kerja mengambil upah kepada golongan wanita dalam kampung. Bagi mereka yang rajin, dikatakan dapat mengumpul wang yang mencukupi untuk keperluan harian sehinggalah ada yang dapat mengerjakan umrah.

Kelima, kerugian yang dialami oleh petani amatlah tinggi sehingga ada yang hanya dapat satu atau dua tan berbanding hasil mereka lima hingga enam tan sebelumnya. Dan selalunya jika padi angin sudah tumbuh dalam sawah, pada musim-musim seterusnya masalah padi angin akan tambah berganda-ganda.

Walau pun bagitu, masih ada petani-petani yang boleh mengawal pertumbuhan padi angin disawah mereka. Bagi sebahagian petani, mereka menggunakan cara menanam calit (tanam dengan mesin menanam) sebagai satu cara untuk mengawal padi angin. Kos menanam pula tinggi terutama apabila dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,200 beberapa tahun yang lalu.

Menanam padi cara calit mengurangkan peluang bagi benih padi angin yang didalam tanah untuk tumbuh kerana air dapat dinaikkan lebih awal. Tetapi jika pengurusan kurang baik, masalah padi angin masih akan ada juga. Tetapi, bagi mereka yang sudah mahir, dalam sawah yang ditabur pun dapat juga mengawal padi angin.

Laporan yang dikumpul dari seluruh negara mengenai padi angin adalah merisaukan. Kerugian dianggarkan mengjangkau ratusan juta ringgit yang dialami oleh pesawah. Pihak MARDI membuat penyelidikan bersama sebuah syarikat kimia yang bertaraf antarabangsa untuk mengeluarkan penyelesaian kepada masalah padi angin dalam negara. Satu produk yang dikatakan dapat mengatasi masalah padi angin telah dilancarkan pada 19 Julai, 2010 menggunakan pakej Sistem Pengeluaran Clearfield mengguna varieti padi CL220 dan CL200 dan racun rumpai yang bahan aktifnya imidazolinone dan berjenama ONDUTY.

Pada awal tahun 2012, Mak Tam ada menulis dalam blog mengenai perkara ini. Dan penggunaan secara menyeluruh dalam satu kawasan yang besar seperti yang berlaku di Sawah Sempadan, Kuala Selangor pada musim ini amat membimbangkan. Pada hemat Mak Tam, sesuatu yang buruk akan datang daripada penggunaan seperti ini. Bukan itu yang Mak Tam doakan. Mak Tam khuatir kerana ini semua melibatkan insan-insan yang selama ini memberi orang Malaysia makan. Bukan hanya pesawah yang terdedah kepada bahaya racun yang akan menyelubungi kawasan padi ini pada tempoh masa yang sama, tetapi seluruh manusia yang ada dalam kawasan padi itu termasuk pekerja sawah secara langsung, dan secara tidak langsung juga kepada kanak-kanak dan remaja yang tinggal dan bersekolah dalam kawasan sawah. Apa jadi kepada makhluk seni yang tugasnya menyuburkan tanah dan menjaga kesihatan pokok. Mak Tam percaya dengan kurangnya gema tasbih daripada makhluk yang ada di langit dan di bumi, akan berlaku kemudaratan.

Anak-anak  Yang Tinggal di Kawasan Sawah

Anak-anak Yang Tinggal di Kawasan Sawah

Advertisements

2 comments on “Padi SRI Selangor : Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 3

  1. Pingback: Padi SRI Selangor : Benih GMO Kapas BT Adalah Satu Kesilapan – Part 15 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  2. Pingback: Padi SRI Selangor : Skandal Benih Padi Dalam Negara – Part 14 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s