Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 2

Jurnal Padi Kebal

Jurnal Padi Kebal

Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 2

Kesan Racun Padi Kebal

Kesan Racun Padi Kebal Pada Pokok Ubi Kayu

Keperluan asas untuk pokok tumbuh adalah tanah, cahaya, air dan udara. Komponen asas sel yang hidup pula adalah protin yang terdiri daripada cantuman amino asid. Oleh itu, pokok sangat memerlukan amino asid untuk tumbuh dengan sihat.

Racun padi kebal mempunyai bahan aktif yang bernama imidazolinone (Mak Tam panggil imida sahaja lepas ini. Senang ingat  🙂 ). Mak Tam akan ceritakan dengan cara yang mudah supaya kita semua dapat faham.

Racun imida bertindak dengan menyekat amino asid dari bercantum. Jadi pokok macam ‘kelaparan’ bila amino asid tak dapat bercantum untuk dijadikan protin. Tumbuhan kecil akan terus mati. Pokok sederhana besar akan mengalami pertumbuhan pucuk yang terbantut.

Lihat keadaan pokok ubi di gambar sebelah kiri ini. Kalau dulu ia mengeluarkan pucuk yang banyak untuk dimakan, dan jika berlebih boleh juga dijual, sekarang hanya tinggal tunggul yang mengeluarkan pucuk yang terbantut sahaja. Ini menunjukkan tempias racun imida yang disembur ke sawah dibawa oleh angin ke kawasan persekitaran juga.

Apa saja pokok yang tumbuh di tepi sawah, di tepi jalan sawah, di tepi rumah dalam kawasan sawah akan terkena tempias racun ini dan akan terus merana. Bukan tumbuhan sahaja merana, tapi anak-anak ayam juga turun menderita sebelum mati. Bagaimana dengan segala makhluk Allah yang tinggalnya dalam tanah sawah? Sama-samalah kita fikir dan renungkan.

Sila lihat video yang menunjukkan pokok seperti ubi kayu, mengkudu, pisang dan mangga terjejas. Dengar juga bagaimana anak-anak ayam mati merana. Apabila dipotong, pada hati ayam ada bintik-bintik putih dan selaput hempedal jadi luka-luka.

Mak Tam mencari maklumat mengenai racun imidazolinone di internet. Tak banyak maklumat sangat tentang penggunaan dan permasalahannya kerana ia racun agak baru. Tapi apa yang Mak Tam baca dikongsi di bawah ini.

Racun imida meresap masuk pokok ikut akar dan permukaan tumbuhan seperti daun dan batang.  Ia menyerap masuk dan terus ke pucuk dimana ia melaksanakan tugasnya menyekat amino asid dari membuat protin untuk pucuk tumbuh. Maka pucuk akan jadi kereput dan bantut. Jadi terhentilah pertumbuhan di sini. Gambar-gambar dari University of Missouri Extension.

Dalam kembara seterusnya Mak Tam akan cari bagaimanakah imida bertindak dalam tanah. Ramai petani mengeluh kerana apabila sudah bertanam dengan padi kebal, apabila ditabur benih lain, benih padi lain ini tidak tumbuh. Nanti Mak Tam temubual mereka yang sudah bertanam padi kebal untuk mendokumenkan pengalaman mereka. Di Sawah Sempadan sekarang ini, padi kebal ditanam hampir keseluruh kawasan. Ikut Mak Tam dalam Kembara Padi Kebal ini.

Advertisements

2 comments on “Padi SRI Selangor : Jurnal Kembara Padi Kebal di Selangor – Part 2

  1. Pingback: Padi SRI Selangor : Benih GMO Kapas BT Adalah Satu Kesilapan – Part 15 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

  2. Pingback: Padi SRI Selangor : Skandal Benih Padi Dalam Negara – Part 14 | Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s