Padi SRI Selangor: Padi ARB007 di Sg Besar

Padi SRI Selangor: Padi ARB007 di Sg Besar

ARB007 di Sg Besar

ARB007 di Sg Besar

Selepas dari Bagan Serai kami terus menghubungi rakan kami Hj Ali Boher. Kami berpakat untuk berjumpa di depan Kilang Bernas, Sg Besar dan terus ke Parit 1 Timur ke rumah Wak Maulana. Di sini sekali lagi kami bertemu dengan ARB007. (Nota: Sebenarnya kod ARB 007 Mak Tam ambil sempena nama Ali Rahman Boher, dan beliau yang bagi nombor 007 tu. :D). Kali ini, pokok padinya tumbang. Wak Maulana kata ia ditumbangkan oleh angin kuat semalamnya.

ARB007 di petak sawah

ARB007 di petak sawah

Mak Tam tanya, ‘Mengapa pokok macam ni saja?’

Wak Maulana jawab, ‘Saya boh baja sekali, racun apa pun saya tak bagi. Kita nak tengok betapa bagus padi ni. Kalau dimanjakan sangat, kita tak tahu. Tapi buat macam tu kat dia pun pokok dan hasil padi ok je.’

Wak Maulana dan ARB007

Wak Maulana dan ARB007

Mak Tam minta izin ambil dua tangkai yang dipegang oleh Haji Ali untuk kira kat rumah. Memang teruja bertemu varieti padi yang banyak buah dan memberi potensi. Mak Tam memang yakin, jika ia ditanam dengan kaedah SRI, Mak Tam boleh banyakkan anaknya, dan tambah lagi biji pada satu tangkai. Di Bagan Serai dan Sg Besar, bilangan anak dalam 8 – 10 bilah sahaja, dan yang produktifnya dalam 5. Adui.. tak sabar nak tanam satu, satu. Tempoh matangnya pulak hanya 100 hari. YES! GO SRI GO!

Hj Ali kata beliau nak ambil seguni untuk dibuat beras. Mak Tam nak tunggu apa pula penilaian orang mengenai rasanya. Yang pasti kata Hj Ali ialah berasnya keras dan bila cuba dipatahkan pun agak susah. Kalau pengilang tahu mesti mereka juga suka agaknya. Kurang beras hancur.

Advertisements

4 comments on “Padi SRI Selangor: Padi ARB007 di Sg Besar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s