Padi SRI Selangor: Padi ARB007 – 400 Biji Setangkai

Padi SRI Selangor: Padi ARB007 – 400 Biji Setangkai

Padi ARB007

Sebelah Kiri Padi MR219 – Padi ARB007 – Sebelah Kanan

Tengok gambar dulu. Nanti bila ada masa akan update post ini. Sebenarnya nama ARB007 tu sebagai nama kodnya yang Mak Tam bagi saja. Tuannya belum ada nama lagi untuk padi ini.

Ini satu lagi gambar yang Mak Tam nak kongsi. Mak Tam juga tak tahu nama varietinya. Ini adalah gambar mak cik kepada Ratty dari sebuah kampung di Sabah. Kalau satu tangkai agaknya berapakah bilangan biji padi.

Sabah Local Variety

Sabah Local Variety

Bilangan padi setangkai bukanlah ukuran memilih sesuatu varieti itu. Kriteria seperti ketahanan kepada penyakit, tidak mudah rebah, kualiti beras semasa dan selepas dikilangkan, rasa, bilangan anak dan beberapa perkara lagi juga perlu diambil perhatian. Kalau boleh kita mahu semua yang terbaik.

Pada 8 Januari, 2013 lalu, Mak Tam rasa sangat teruja apabila kawan kami saudara Ali Boher tunjukkan gambar padi yang ditanamnya. Semasa itu Mak Tam dan Pak Tam dalam perjalanan ke Pendang, Kedah. Beliau menceritakan bagaimana ia mendapat benih padi itu daripada Tuan Haji Fuad dari Bagan Serai. Pak Tam kata, ‘Kami nak pi cari Tuan Hj Fuad masa balik dari Kedah nanti’.

Jadi semasa perjalanan balik kami tidur semalam di Bagan Serai. Pagi esoknya terus mencari Haji Fuad. Alhamdulillah. Kami sampai juga ke rumah beliau dan disambut ramah oleh kedua suami isteri.

Tuan Hj Fuad dan isterinya

Tuan Hj Fuad dan isterinya

Haji Fuad mengeluarkan dua tangkai padi yang tak bernama dan suruh Pak Tam kira berapa biji. Pak Tam minta izin cabutkan setiap mayang. Rupanya ada 14 semuanya, iaitu lebih daripada MR219 yang selalunya antara 8-9 mayang setiap tangkai. Bagi padi ARB007, jumlah biji setangkai itu adalah 382. Tidak mencapai 400, tetapi Mak Tam dah tersenyum lebar kerana Mak Tam tahu bahawa jika padi ini ditanam menggunakan kaedah SRI, 500 atau 600 rasanya boleh dicapai. Insyaallah.

ARB007 Melambai

ARB007 Melambai

Mengira Padi ARB007

Mengira Padi ARB007

Pak Tam tanya, ‘Apa nama padi ni?’

Hj Fuad jawab, ‘Saya pun tak tahu. Saya dapat dari Vietnam. Masa pi melawat tu, saya tak tahan tengok jadi saya minta satu tangkai. Balik saya tanam satu-satu dalam pasu. Bila dapat hasil dalam pasu saya bagi kat Hj Ali Boher. Dia bawa balik Selangor dan semai dalam 10 ka 12 tray. Saya bawa balik enam tray dan tanam satu satu kat sawah saya. Petang ni saya nak tuai tu. Kalau nak tengok jom pi’.

Kami pun terus ke sawahnya. Dan tengok gambar padi ini di sawah kat belakang masjid di Bagan Serai. Pagi tu Pak Tam dan Mak Tam tiba, sebelah petang sudah dituai. Saja rezeki kami untuk melihat padi ini.

ARB007 di Bagan Serai

ARB007 di Bagan Serai

Secara umum, petak sawah ini tidaklah diurus dengan terbaik kerana tuan Haji Fuad ini sibuk orangnya. Tapi walau pun begitu, padinya menunjukkan potensi yang sangat menggalakkan. Cuba tengok padi dalam gambar di atas ini. Memang geram betul menengoknya.

Kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada Haji Fuad dan isterinya Hjh Izan diatas layanan mesra. Kami akan datang lagi untuk melihat tanaman seterusnya. Insyaallah. Kami meneruskan perjalanan ke Sg Besar untuk melihat satu lagi petak padi ARB007.

Advertisements

3 comments on “Padi SRI Selangor: Padi ARB007 – 400 Biji Setangkai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s