Padi SRI Selangor : Kunjung Hormat SRI-Mas Bertemu Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail, Penasihat BERNAS

Padi SRI Selangor : Kunjung Hormat SRI-Mas Bertemu Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail, Penasihat BERNAS

Kunjung Hormat SRI-Mas

Kunjung Hormat SRI-Mas – Prof Wan Mohtar Wan Yusoff & Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail, Penasihat BERNAS

Berminggu-minggu SRI-Mas bermesyuarat dalam menyediakan perancangan untuk the International Workshop on Sustainable Rice Production : Re-Visiting IPM pada 12-13 Sep, 2012 nanti. Dalam mesyuarat yang lalu, jawatankuasa bersetuju menjemput Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail, Penasihat BERNAS untuk memberi ucaptama dalam bengkel ini.

Pada Rabu, 13 Jun, 2012, sebahagian daripada ahli jawatankuasa SRI-Mas dengan diketuai oleh Prof Wan Mohtar Wan Yusoff (UKM), Pengerusi Jawatankuasa Penaja SRI-Mas. Pak Tam, Mak Tam, Datin Dr Rosenani Abu Bakar (UPM) dan Azmir Firdaus Zamzuri turut hadir. Encik Mohd Roslan Bani Amin dari BERNAS juga hadir. Kami menunggu di bilik mesyuarat di tingkat 26, dan tidak lama kemudian, Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail muncul.

Memandang wajahnya, Mak Tam berasa berumur 21 tahun balik. Semasa Mak Tam di Universiti Pertanian Malaysia, Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor adalah Pengarah Ladang. Banyak kenangan semasa belajar di UPM, termasuklah kerja ladang yang banyak memberi kefahaman mengenai pertanian. Mak Tam membesar di kawasan pekan jadi UPM lah yang membentukkan minat kepada pertanian.  Jadi bertemu kembali Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail melontarkan ingatan semasa muda dahulu.

Alhamdulillah, pertemuan ini membuahkan kesudian Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail untuk memberikan ucaptama.

Selepas itu kami menuju ke tingkat 3. Pak Tam telah dijemput untuk memberikan taklimat mengenai padi SRI kepada pegawai-pegawai BERNAS. Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail juga bersama dalam majlis ini. Selepas Pak Tam membentangkan taklimatnya, sesi soal-jawab diadakan. Diakhirnya, Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail memberikan pandangannya. Silalah mendengar sendiri apa kata beliau. (Maaf: Kamera kehabisan bateri dan sebahagian video ini dirakam menggunakan handfon jadi quality video kurang baik).

.

Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail menerima dengan positif cadangan pengurusan padi secara SRI seperti yang diterangkan oleh Pak Tam. Beliau membawa kami kepada senario penanaman padi dalam tahun 60an dan 70an yang mana pertanian itu sendiri adalah ibadah.

Pada detik masa diantara 13:45 – 15:00 dalam video, Mak Tam amat terpesona dengan cerita Tan Sri. Kata beliau, “Dulu, orang tua-tua zaman dulu, atok saya, mak saya. Mak saya ada dua orang anak saja, saya dan kakak saya. Tapi saya tak faham kenapa dia mesti ada 9 ekar sawah padi. Kita makan bukan banyak sangat. Dia menjatuh benih itu, dia ada niat. Tiap-tiap seorang pesawah padi dalam kampung saya tu, niat dia nak berzakat. Itu niat dia baik tu, bukan nak dapat berapa tan. Tahun ni aku nak berzakat, semua orang berzakat. Dan berzakat itu pula ada peraturannya. Mesti ambil padi yang terbaik. Dia sudah anginkan, dia sudah tampi, buang apa semua. Ini yang terbaik yang aku nak keluarkan zakat. Itu menjadi satu proses bagi dia. Amalan dia. Menanam padi di sawah padi, dah keluarkan padi tu, maam mana dia nak keluarkan zakat. Dia nak keluarkan zakat yang terbaik. Jadi itulah yang menggalakkan mereka ini bertanam padi.”

Kata-kata Tan Sri itu dipendekkan kepada “Menjatuhkan Benih Dengan Niat Berzakat” yang membawa makna yang sungguh mendalam. Jika semua petani mempunyai niat yang sama, Subhanallah, alangkah besarnya barakah terhadap tanamannya dan sudah tentu kepada hasilnya juga. Pemilihan untuk memberi zakat sudah tentu sekali kita akan memilih hanya yang terbaik – memulakan dengan mengembalikan makhluk-makhluk seni dalam tanah agar berbillion yang akan teruskan bertasbih, membuat pemilihan benih yang terbaik sahaja, memberi baja dan pengelak perosak dan penyakit yang tidak mengancam makhluk Allah yang lain. Alangkah aman dan sejahteranya kampung dan orang-orang yang menghuninya dengan keberkatan yang berpanjangan.

Sedekah itu barakah

Firman Allah dalam Al-Quran Surah Al Baqarah> Ayat 261

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Sedekah yang baik-baik

Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 267

Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Majlis Jemputan SRI-Mas

Majlis SRI-Mas Menjemput Penasihat BERNAS Menyampaikan Ucaptama Dalam the International Workshop on Sustainable Rice Production : Re-Visiting IPM pada 12-13 Sep, 2012

Mak Tam rasa sangat bertuah pada hari ini dapat menimba ilmu dari seorang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan pertanian yang banyak dan panjang jangkamasanya. Merintasi zaman sebelum 70an yang mana baja dan racun kimia belum dipopularkan. Memang banyak pencerahan minda yang Mak Tam lalui pada perjumpaan hari ini. Sudah tentu saja memberi suntikan semangat untuk meneruskan perjuangan melestarikan pertanian. Insyaallah.

Ucapan Tan Sri juga dihurai oleh Prof Wan Mohtar seperti emelnya yang berbunyi sedemikian, “…Tan Sri juga terkenang beberapa pedoman warisan penanaman padi yang menjadi khazanah tertimbus oleh gerakan besar2an semasa revolusi hijau yang menyogokkan guna baja kimia dan racun kimia. Ada tiga petua yang saya catat seperti berikut ” menjatuhkan benih dengan niat berzakat” dan “menangkas benih padi yang di lakukan oleh para wanitatani pada waktu tertentu drp tangkai tertentu”. Petua kedua adalah untuk pembekalan biji benih terbaik. Petua ketiga ialah seperti berikut ” kepok padi lebih cantik daripada bilik tidor/kamar beradu sebagai tanda hormat kpd padi”. Maka banyaklah maklumat yang saya pelajari. Mohon Sdr Roslan cadang kpd TS bahwa ucaptama beliau membuka lagi kpd khalayak lembaran petua2 warisan penanaman padi di alam melayu/Nusantara. Mungkin tajuk ucaptama TS seperti berikut “Warisan penanaman padi di Alam Melayu untuk gagasan SRI”.

Teringat kata2 tan sri “menjatuhkan benih dengan niat berzakat” makna kata kunci yang tersirat menuntut hanya excellent (kecemerlangan): menjatuhkan membawa erti sengaja dan dalam keadaan sedar, perkataan benih membawa erti pemula, asal, fitriah (hanya drp Al-Khaliq), niat itu pemula dan pewarna tindak-tanduk manusiawi. Dengan bismillah baraka menyusuli. Alhamdulillah penutup usaha seorang hamba kepada Al-Khaliq. Lengkaplah kitaran menuntut kecermerlangan.. Berzakat adalah tuntutan kemasyarakatan untuk menjernihkan laba manusiawi. Semoga hal2 jasadiah dan rohaniah tersepadu dalam segala amalan kita. Ahsanu ‘amala. Wassalam. Drp Pengembara di alam buana.   ”

Terima kasih Yg Bhg Tan Sri Mohd Nor Ismail kerana berkongsi mutiara kehidupan orang-orang dulu dalam pertanian. Pada masa pertanian suci dari pencemaran racun kimia yang cara penyelesaiannya adalah membunuh dan terus membunuh. Semoga rakan SRI mendapat iktibar dari pertemuan ini sebagai panduan dalam meneruskan perjuangan melestarikan alam yang fana ini. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s