Padi SRI Selangor : Seminar Anjuran Malaysian Society of Applied Biology, UKM

Padi SRI Selangor : Seminar Anjuran Malaysian Society of Applied Biology, UKM

Update: Untuk lihat gambar semasa seminar berkala MSAB, sila klik di sini.

Jam 3.00 petang, Jumaat 11 Mei, 2012 menjadi hari bersejarah bagi Mak Tam. Terlebih dahulu Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff, School of Biosciences and Biotechnology, Faculty of Science and Technology, UKM telah menelefon menyatakan hasrat ingin memanjangkan jemputan daripada Malaysian Society of Applied Biology, UKM untuk berkongsi pengalaman mengenai SRI. Mak Tam rasa teruja diatas kesudian MSAB memberi ruang untuk berkongsi berita gembira mengenai SRI dengan warga menara gading yang kebanyakannya muda-muda dan terpelajar. Dr Nazlina Ibrahim telah memudahkan perkongsian ini. Terima kasih banyak.

Mak Tam rasakan ini satu penghormatan dan sangat berbesar hati. Tajuk perbincangan adalah ”Keberkesanan Pendekatan SRI Dalam Kelestarian Lingkungan Padi dan Masyarakat Tani” di Bilik Kuliah 1, Fakulti Sains & Teknologi, UKM.

SRI mampu membuat perubahan kepada senario pertanian dalam negara. Daripada enam prinsip SRI, prinsip ke-6 iaitu menggunakan bahan-bahan buangan sumber tumbuhan dan haiwan, serta memperkasakan mikrob berguna (beneficial microbes) sudah membuktikan manfaatnya terhadap pendapatan petani padi dan sayuran di daerah Sabak Bernam, Selangor. Itu belum lagi penggunaan sepenuhnya aktiviti mekanikal dalam sawah (prinsip ke-5) seperti kerja melandak/menggembur tanah sawah yang terbukti di negara-negara yang telah terimapakai kaedah SRI bahawa ia akan memastikan peningkatan hasil.

Insyaallah, perubahan akan berlaku pantas dengan membanyakkan penerangan, perbincangan dan latihan dengan petani. Masa akan membuktikan perkara ini akan berlaku kerana manfaatnya kepada manusia, tanaman, haiwan, serta alam semesta adalah sesauatu yang pasti.

Semasa ucapan pengenalan daripada Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff, President MSAB, beliau menyatakan mengenai Gerakan Insan Lestarikan Alam (GILA), dan Mak Tam pulak menyatakan perkara yang sama semasa seminar. Selepas seminar, beberapa pelajar telah datang ke pentas dan bertanya Mak Tam macam mana nak jadi ahli GILA. Samada isi borang atau ada cara lain. Mak Tam memberitahu bahawa itu adalah satu ungkapan bergurau. Oh.. rupanya ada dari kalangan pelajar telah ada yang peka kepada mustahaknya kelestarian alam. Alhamdulillah. Kepada anak-anak yang prihatin, marilah bersama kami menjadi pendokong Gagasan SRI Malaysia (SRI-Mas). :p

Mak Tam ingin juga merakamkan rasa besar hati diatas sokongan rakan-rakan seperjuangan Prof. Madya Dr Anizan Isahak, Prof. Dr. Maimon Abdullah, Dr Anni Mitin, Prof. Madya Dr. Norela Sulaiman, Encik Azmir Firdaus Zamzuri, dan semua pendokong yang berusaha melestarikan alam. Dan sudah tentu sekali kepada Pak Tam yang tidak mengenali erti jemu, berganding bahu memberi sokongan dan dokongan yang padu, “Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing”. VIVE LE SELANGOR!

Advertisements

2 comments on “Padi SRI Selangor : Seminar Anjuran Malaysian Society of Applied Biology, UKM

  1. Mak Tam, terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu SRI dengan kami. InsyaAllah esok saya akan gunakan powerpoint Mak Tam untuk disampaikan ilmunya kepada para pelajar kursus interaksi tumbuhan mikrob (tempohari mereka ada exam malam tu jadi tak dapat hadir). Mohon izin. dan sesungguhnya Mak tam InsyaAllah murah rezeki Mak Tam dan dapat mencapai pengeluaran sehingga 22 tan ( hasil yang Allah janjikan dalam surah Al Baqarah dan tak mustahil boleh lebih lagi. dah buat perkiraan berdasarkan jumlah biji SRI, kalau ada 282 biji dapat dalam 7 tan, bermakna kalau 700 biji akan dapat 17 tan
    (SURAH-AL-BAQARAH: 261)
    mafhumnya:
    “Perumpaan orang yang menginfaqkan hartanya pada jalan Allah seprti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki, Allah maha luas , lagi maha mengetahui.” Amin

    • Wa’alaikumsalam wrt. Semoga ilmu Allah diperkembangkan kepada semua pewaris bumi ini. Ya Rabb.. permudahkanlah… amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s