Padi SRI Selangor : Memperkasakan Petani Dengan Maklumat

Padi SRI Selangor : Memperkasakan Petani Dengan Maklumat

Permohonan Latihan Padi SRI Dari Daerah Sabak Bernam

Permohonan Latihan Padi SRI Dari Daerah Sabak Bernam - InsyaAllah, Pak Tam dan Mak Tam akan tunaikan kesemua permintaan. Semoga diberi kesempatan olehNya.. Amin..

Apakah sebenarnya yang membezakan seseorang itu dari rakannya? Satu daripadanya adalah maklumat. Kita membuat sesuatu pilihan itu berdasarkan  maklumat yang kita ada pada masa tersebut. Contohnya, seorang petani itu membuat pilihan mengguna racun kimia untuk mengawal penyakit bakteria hawar daun di sawahnya, sementara jirannya yang bernama Ferozz memilih untuk mengguna produk SRI. Mengapa Ferozz terlalu yakin akan pilihannya menggunakan produk SRI padahal produk ini baru sahaja diperkenalkan, dan lagi pun produk ini dibuat oleh petani sendiri? Apa yang memberinya keyakinan?

Ferozz Yakin Dengan Produk SRI

Ferozz Yakin Dengan Produk SRI Buatan Petani Sendiri

Mak Tam baru sahaja bercakap telefon dengan Ferozz. Jawapannya adalah dia ingin menggunakan bahan organik. Mak Tam tanya lagi, “Kalau selepas sembur produk SRI hari tu, pokok padi semuanya musnah, macam mana?”

“Kalau tak cuba macam mana nak tahu? Saya sembur nampak ok sahaja,” jawabnya pulak.

Rupanya ada unsur ‘risk taking’ di sini. Diberi maklumat sahaja tak cukup sebenarnya. Orang yang menerima maklumat itu sendiri perlu mempunyai hati yang cekal untuk membuktikan sesuatu maklumat yang didengarnya benar.

Begitulah juga dengan sikap ramai dari kalangan petani yang mencuba produk SRI untuk kali pertama. Ada yang teragak-agak, ada yang terus sahaja berani menggunakan, ada juga yang mentertawakan produk ini pada mulanya, dan kemudian terpaksa meminta tolong pada kawan lain untuk membelinya sebab rasa malu untuk membeli sendiri.

Dari kalangan pegawai juga sama. Pada asalnya ramai yang tidak dapat menerima maklumat yang diberikan mengenai penggunaan baja dan pencegah alami. Itu bukan sesuatu yang pelik kerana dalam pembelajaran baik di sekolah, di institusi pengajian tinggi dan dalam industri pertanian, penggunaan bahan alam semulajadi tidak diberi perhatian. Saya menjemput agar kita semua membuka minda kepada banyak ilmu baru dalam pertanian (sebenarnya ini adalah ilmu azali atau pun ilmu alam semulajadi, bukan ilmu baru). Yang mustahaknya kena baca banyak bahan rujukan (kat internet ni seumpama perpustakaan tahap ‘colossal’), dan yang lebih penting kena turun ke ladang dan buat sendiri bersama petani. Selagi kita tidak berdamping dengan petani dan merasai kesusahan dan kegembiraan mereka, kita hanya melayan rasa syok sendiri yang berpanjangan.

Begitu jugalah terhadap ilmu SRI yang mencadangkan penanaman cetek satu anak benih muda. Tidak terbayang dalam minda kita bahawa tanam satu itu bersama dengan pengurusan air, pengolahan tanah, serta penggunaan bahan organik boleh memberi hasil paling tinggi. Tapi itulah hakikat sebenarnya berlaku yang mana seorang petani dari Bihar, India mendapat hasil kasar 22.4 tan sehektar, dan hasil bersih 20.16 tan sehektar. Mak Tam sekarang sedang mencari jadual pengurusan sawahnya yang terperinci dan akan mencubanya di sawah, InsyaAllah. Prof Norman Uphoff dari Cornell University, New York sedang bekerjasama dengan pihak Jabatan Pertanian Tamil Nadu mengenai perkara ini. Buat masa sekarang, kita tunggu saja.

Penanaman Padi di Tamil Nadu (masih guna tenaga manusia)

Penanaman Padi di Tamil Nadu (masih guna tenaga manusia) - kreditgambar trekearth.com

Baru tiga minggu lepas bersembang dengan seorang rakan dari BERNAS. Beliau menyatakan bahawa sekarang Tamil Nadu di India merupakan salah satu pengeksport beras, walhal hanya beberapa tahun dulu mereka cuma mengeluarkan beras cukup makan sahaja. Apabila ditanya tentang apakah usaha-usaha yang membolehkan mereka mengeluarkan beras yang banyak, ‘counterpart’ beliau di Tamil Nadu menyatakan bahawa petani di Tamil Nadu memilih menggunakan kaedah pengurusan SRI. (Sila baca artikel ini).  Yang ini satu berita yang menyokong keyakinan Mak Tam bahawa kita boleh meningkatkan hasil padi negara kita ini dengan cara SRI. Mereka masih guna banyak tenaga manusia dalam pengurusan padi, kita dengan berbagai mesin canggih. Rasanya kalau kita semua serta pihak berwajib bersungguh, tak mustahil. Hendak dengan tak hendak saja.

Baru semalam Mak Tam mendengar maklumat bahawa pada musim lepas, negara kita menunjukkan pengurangan pengeluaran padi sebanyak 100,000 tan. Mak Tam beranggapan bahawa banyak insiden serangan perosak dan penyakit yang dilaporkan oleh berita menjadi salah satu penyebab. Jadi suka atau tidak, kita kena realistik dalam perkara ini. Adakah kebergantungan kepada agrokimia sepenuhnya menjadi salah satu penyebab lebih banyak serangga perosak dan penyakit menjadi kebal kepada racun kimia yang sedia ada? Tidak kah kita semua hendak berusaha ke arah mengseimbangkan alam ini semula agar segala makhluk didalamnya dapat hidup dalam harmoni? Tepuk dada, tanya selera…

Encik Zainal Dari Taliair 14, Sg Besar Akan Cuba Melandak 4 Kali

Encik Zainal (baju biru) Dari Taliair 14, Sg Besar Akan Cuba Melandak 4 Kali

Sebagai langkah melihat sendiri prestasi pokok padi yang dilandak, Encik Zainal dari taliair 14, Sg Besar telah membenarkan kerja melandak dibuat ditanahnya seluas setengah keping (satu setengah ekar).  Pak Tam kata, “Biar pokok tu yang beritahu kat kita”. mm.. betul juga kata Pak Tam tu.  Mak Tam akan laporkan untuk tatapan pembaca sebagai satu langkah pembelajaran bersama.   Oleh itu jenguklah selalu untuk perkongsian seterusnya. Semoga semua pihak termasuk pihak kerajaan, swasta, dan institusi pengajian tinggi sudi memperhebatkan pencarian mesin menanam yang sesuai (tanam satu anak padi setiap point), dan sudah tentu membanyakkan mesin melandak.   😀

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s