Bahana Penyakit Moko Pisang Terhadap Masyarakat Di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam

Bahana Penyakit Moko Pisang Terhadap Masyarakat Di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam

Penyakit Moko : Tanaman Pisang Musnah Oleh Bakteria Ralstonia solanacearum

Penyakit Moko : Tanaman Pisang Musnah Oleh Bakteria Ralstonia solanacearum

Posting yang terdahulu mengenai penyakit moko pisang berada di sini.  Untuk melihat gambar-gambar semasa lawatan ke Kg Tebuk Jawa, Sabak Bernam, sila klik sini.

Sebaik selepas subuh, Pak Tam dan saya terus menaiki kenderaan untuk ke Sabak Bernam. Singgah mengambil Wahidah dan Hisham. Hari ini misi kami adalah untuk mencari jawapan bagaimana untuk mengguna ilmu pertanian fitrah alam mengawal bakteria Ralstonia solanacearum yang memusnahkan tanaman pisang di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam.

Semasa melalui beberapa kebun pisang, kita boleh lihat kemusnahan yang terjadi. Daun kering, tandan pisang ada yang terkulai layu, dan banyak kawasan pisang telah ditebang pokoknya. Saudara  Mohd Mohyee Aris, pegawai Jabatan Pertanian bagi kawasan tersebut telah sedia menunggu.

Tuan Hj Munir bin Hj Hassan, Kg Tebuk Jawa, Sabak Bernam

Tuan Hj Munir bin Hj Hassan dengan pokok pisang berpenyakit moko

Pagi itu kami berjumpa dengan Tuan Haji Munir bin Hj Hassan. Beliau adalah pengurus Pusat Pengumpulan Ladang di Kampung Tebuk Jawa. Banyak maklumat yang kami kumpulkan pagi itu. Insaf mendengarnya kerana bahana ini bukan sahaja melanda orang yang bertanam pisang, malah kepada ramai orang dalam rantaian industri pisang itu sendiri.

Tuan Haji Munir memberitahu bahawa dalam tahun 2010 dan hingga pertengahan tahun 2011, beliau menerima hantaran pisang dalam 60-70 tan setiap bulan bagi keluasan 23 hektar yang melibatkan 18 orang petani. Malangnya mulai Disember, 2011, nak dapatkan 400 kg seminggu pun susah. Bayangkanlah, pengutipan pisang yang 70 tan hanya tinggal 1 tan lebih sikit sahaja sebulan.

Bagi petani yang mengharapkan pendapatan daripada tanaman pisangnya, hanya dapat melihat kepada kemusnahan pokok pisang dikebunnya. Tidak berupaya untuk berbuat apa-apa kecuali menebang. Dalam masa yang sama, orang-orang yang turut terjejas adalah yang berniaga pisang di pasar borong dan pasar tani, mereka yang menjalankan gerai goreng pisang, pengusahaan kerepek, dan peniaga kecil-kecilan yang menjual daun pisang, jantung pisang. Usahawan pengangkutan juga terjejas teruk. Apa lagi dengan hutang lori yang perlu dibayar.

Orang yang berjual goreng pisang boleh mendapat jualan diantara RM100-300 sehari. Sekarang ini untuk dapatkan buah pisang pun susah. Kalau dulu harga sesisir pisang dalam 70 sen, sekarang ini harganya RM1.30. Nampaknya, penggemar goreng pisang akan kehilangan makanan petang kegemarannya.

Pak Tam Memberi Panduan Penggunaan Produk SRI Kepada Tuan Haji Munir, Tebuk Jawa

Pak Tam Memberi Panduan Penggunaan Produk SRI Kepada Tuan Haji Munir, Tebuk Jawa

Pak Tam memberikan cara-cara yang perlu dibuat untuk mencuba produk SRI pada tanaman baru, dan juga kepada tanaman peringkat dara. Ini adalah usaha segera yang boleh kita cuba. Tak tahu akan berjaya atau tidak. Tapi kita tidak boleh berputus asa. Pada peringkat ini, tidak ada sebarang produk dipasaran yang boleh mendabik dada mengatakan bahawa ia boleh mengatasi masalah penyakit moko ini. Usaha harus diteruskan.

Mak Tam nak cadangkan kepada pihak yang perlu mengambil tindakan. Pada masa sebegini, petani-petani perlu diberi pengetahuan baru. Kita kena berubah daripada terus berharap kepada perkhidmatan seperti ‘bomba’ yang mana bila ada api, kita berharap pihak ‘bomba’ akan padamkan api. Sampai bila pun kita akan terus terbelengu dengan berharap kepada penyelesaian dari luar.

Jom kita perkasakan semua petani dengan ilmu fitrah alam yang mana bahan buangan ladang dan dapur boleh dijadikan baja alami. Kita juga boleh membuat pestisida alami daripada bawang putih, halia, kulit kayu manis dan dua jenis akar kayu yang boleh didapati dari kedai ubat Cina. Mak Tam yakin akan bertemu penyelesaian dengan usaha dan ketabahan. Terus mencuba berbagai campuran ramuan berasaskan natural farming untuk kesejahteraan petani.

Ada pepatah Inggeris berkata, “Give a man a fish and he will eat for a day. Teach a man to fish and he will eat for a lifetime.” Ianya bermaksud jika kita beri seseorang itu seekor ikan, ia kan dapat makan pada hari itu sahaja. Tetapi jika kita ajar dia cara mendapatkan ikan, dia akan dapat memakannya sepanjang hayat. Masanya telah sampai untuk kita memperkasakan petani dengan ilmu baru. Ayuh.. Kita bergerak kearah melestarikan pertanian. Insyaallah, akan mendapat bantuanNya. Amin..

Penghantaran Bekalan Produk SRI Untuk Dicuba Dalam Mengatasi Penyakit Moko Pisang

Penghantaran Bekalan Produk SRI Untuk Dicuba Dalam Mengatasi Penyakit Moko Pisang. Produk SRI Boleh Dibuat Sendiri Oleh Petani dan Suri Rumah.

Advertisements

One comment on “Bahana Penyakit Moko Pisang Terhadap Masyarakat Di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam

  1. Menurut cerita dalam ajaran Islam bahawa setiap malam naiklah amalan-amalan yang diperbuat oleh semua manusia di dunia fana ini ke langit; amalan yang khasanat dan ikhlas diterima oleh Tuhan sedang sebaliknya akan di tabur kembali di muka-bumi sebahagiannya jadi berupa hama-hama perosak tanam-tanaman. Betapa begitu teruk masa-kini tanam-tanaman diserang hama atau anasir-anasir perosak sapertinya dimana dahulu tidak ada sampei pisang diserang penyakit saperti ini makanya betapa zaman ini ramainya manusia-manusia fasiq disisiTuhan… .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s