Padi SRI: Saintis IRRI Melawat Bihar Mengkaji Rekod Dunia Penghasilan Padi Tertinggi

Padi SRI : Saintis IRRI Melawat Bihar Mengkaji Rekod Dunia Penghasilan Padi Tertinggi

Nalanda, Bihar, India Mencipta Rekod Dunia Penghasilan Padi

Nalanda, Bihar, India Mencipta Rekod Dunia Penghasilan Padi

Dalam penulisan Mak Tam pada 25 Dis, 2011 yang lalu mengenai pemecahan rekod dunia bagi hasil padi, sekarang ini adalah berita mengenai lawatan saintis daripada IRRI, Manila ke Bihar, India. Lawatan ini dilaporkan oleh The Times of India 15 Feb, 2012 dan oleh The Bihar Times pada 16 Feb, 2012.

Yang perlu dipastikan adalah laporan dalam The Philippines Star menyatakan 22.4 tan/hektar, dan The Times of India menyatakan 224 quintal/hektar. Ini perlu dipastikan kerana unit timbang yang dilaporkan adalah berlainan. Ini macam pertukaran unit ukuran dari gantang ke kilo. 😀 (Jam 8:58 pagi tadi Mak Tam mendapat pengesahan daripada Prof Norman Uphoff bahawa berat basah yang dilaporkan adalah betul iaitu 22.4 tan/hektar. Berat kering menjadi 20.16 tan/hektar. Semoga kita dapat merungkai ilmu SRI yang boleh membawa kepada pencapaian ini. InsyaAllah).

Walaubagaimana pun, lawatan daripada para saintis IRRI ini adalah ‘significant’ kerana IRRI merupakan badan penyelidikan dan pembangunan tanaman padi terulung diperingkat antarabangsa. Semoga membawa sesuatu yang bermakna terhadap petani padi seluruh dunia.

Dibawah ini adalah alihbahasa bagi laporan the Bihar Times. Selamat membaca.

Pasukan International Rice Research Institute Melawat Kampung Nalanda Untuk Mengkaji Kaedah SRI

Patna, (BiharTimes) – Satu pasukan yang dianggotai oleh 12 orang saintis, kebanyakan daripada mereka berpangkalan di International Rice Research Institute, Manila (IRRI), melawat beberapa buah kampung daripada daerah Harnaut, Nalanda dan mengkaji tanaman gandum yang ditanam menggunakan kaedah sistem intensif akar (SRI) dan untuk menemuramah petani. Empat orang petani daerah Nalanda baru-baru ini mencipta rekod dunia dalam pengeluaran padi dengan mengamalkan kaedah SRI.

Lawatan ini mengikuti lawatan yang serupa yang dilakukan oleh beberapa pasukan kebangsaan dan antarabangsa, beberapa saintis pertanian dan pegawai-pegawai daerah dalam beberapa bulan yang lalu.

Pasukan itu juga mengkaji penggunaan bio-baja tradisional dan menyuarakan rasa gembira ke atas teknik inovatif yang digunakan oleh petani di daerah tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat melawat kampung Darveshpura, di mana Sumant Kumar, seorang petani, telah mencapai 224 quintal sehektar hasil padi, yang tertinggi di dunia, tahun lalu.

Ketua pasukan, Stephen Hefle berkata bahawa teknik SRI telah dibangunkan di Madagascar, tetapi Nalanda lah yang telah menunjukkan kepada dunia penggunaannya.

Ahli-ahli pasukan termasuk Michel Potes (New Zealand), Jessica Perak (AS), Tom Remington, Brian Luv, dan Dr Sudhanshu IRRI, Manila. Dr Dar Manzoor daripada Institut Penyelidikan Pertanian, India mengiringi pasukan yang melawat.

Advertisements

One comment on “Padi SRI: Saintis IRRI Melawat Bihar Mengkaji Rekod Dunia Penghasilan Padi Tertinggi

  1. Pingback: System 0f Rice Intensification : Hasil Padi SRI Tertinggi Di Dunia « Weblog Padi Selangor | Pertanian Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s