Padi SRI Selangor : Kawal Tikus Guna Jering

Padi SRI Selangor : Kawal Tikus Guna Jering

Padi SRI Selangor : Kawal Tikus Guna Jering

Padi SRI Selangor : Kawal Tikus Guna Jering

Cara yang biasa dibuat petani di Selangor sebelum musim baru bermula adalah dengan mengumpan tikus dengan padi yang digaulkan racun tikus. Cara ini agak berkesan kerana tikus agak terkawal walau pun akhir-akhir ini ada kedengaran kerosakan disebabkan oleh tikus berlaku disana-sini. Tapi bagaimana kalau saya katakan kita boleh jauhkan tikus dari sawah kita dengan menggunakan jering?
.

Pak Tam pernah memberikan cara membuat pencegah tikus menggunakan jering dalam salah satu kursus yang dikendalinya. Rupa-rupanya saudara Mohd Nor Saarani terus mencuba disawahnya. Dengar apa kata saudara Mohd Nor semasa kami melawat sawahnya tempoh hari. Sawah disebelahnya jelas nampak diganggu tikus, tetapi tidak disawahnya.


.
Cara membuat air jering untuk mencegah tikus

Bahan:
1 kg jering yang matang (semai hingga berakar)
2 liter air

Cara:
1. Hiriskan jering dan masukkan ke dalam bekas plastik.
2. Masukkan 2 liter air dan rendam jering tadi selama 2 hari.
3. Tapis dan ambil air rendaman jering tadi. (Nota: bau air jering sangat busuk)
4. Untuk disembur ke sempadan sawah, ambil satu liter air jering untuk satu tong penyembur. Sembur dibatas sekeliling sawah seolah membuat pagar jering. Cebisan jering bolehlah ditaburkan ke dalam sawah jika mahu, atau tabur dikeliling rumah.

Cubalah di sawah anda atau kebun anda. Jika berjaya menangani masalah tikus, tolong beritahu Mak Tam. Boleh kita panjangkan untuk pengetahuan rakan tani yang lain.

Advertisements

10 comments on “Padi SRI Selangor : Kawal Tikus Guna Jering

  1. salam semua yang mengikuti blog ini….saya ingin mencuba cara ini… pertanyaan dari saya untuk sekali sembur berapa lama boleh tahan semburan tu?

    • Saudara Mohd Nor kata dia sembur sekali sahaja, iaitu dengan membuat semburan ‘pagar’. Pada Mak Tam, kalau kita ulang dan campurkan bersama semburan SRI Anak, SRI Bunga dan SRI Buah, boleh juga dibuat. Semasa membuat bancuhan, campurkan larutan jering, terus sembur ke pokok padi secara menyeluruh. Ini telah dibuat oleh Pak Lang Razak dan rakannya Encik Kamarudin. Keduanya berjaya menjauhkan tikus.

      • terima kasih atas jawapan puan… insyaallah saya akan cuba kaedah ini untuk musim akan datang dan saya akan post hasil percubaan saya…

  2. Mak Tam, Tolong cari cara mengatasi masaalah biawak dalam kebun pisang.Biawak ni yang bagus tu dia tolong tractor tanah masa cari cacing, tapi cacing tu macam kubota juga dia pun tolong bajak di samping meninggalkan vermicompost. Biawak ni masaalahnya dia suka makan anak ayam dan itek yang tuan kebun nak makan. Biawak ni paling berkesan dihapuskan dengan cara memasukan karbufuran(Furadan) dalam telor.Boleh tengok bangkai dia berhampiran dengan telor yang dimakannya. Tapi almaklum…..bahaya tu….

    • Jering baru cuba dgn tikus. Nampak berkesan. Yg lain tu ada cara lain. Nnt mak tam tulis kat blog, bila ada masa, ye….

    • Kalau tak cuba mana nak tau. Cuba le dan nanti bagitau Mak Tam. Ini lebih selamat dari guna racun zinc phosphide. Yg tu bukan tikus je mati. Orang pun sama piap… 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s