Menuai Padi SRI Organik di Parit 4, Sg Burong (Musim Kedua) 4 Jan, 2012

Menuai Padi SRI Organik di Parit 4, Sg Burong (Musim Kedua) 4 Jan, 2012

Menuai Padi SRI Organik di Parit 4, Sg Burong (Musim Kedua) 4 Jan, 2012

Sampel Untuk Pengiraan Komponen Hasil

Pada hari menuai di Parit 9, Sg Leman, saya telah meminta bantuan Hajjah Norameliawati untuk penuaian pada 4 Jan, 2012 di Parit 4, Sg Burong. Lihatlah rakan-rakan dari PLKP, Tg Karang yang datang dengan berbagai mesin dan peralatan. Semuanya telah di’service’ dan bersedia turun ke sawah. Hanya Allah swt dapat membalas pertolongan rakan-rakan SRI PLKP.

Lihatlah rakaman video pada hari tersebut.

.

Pada musim ini petak pemerhatian ini menghadapi beberapa cabaran. Penanaman terpaksa ditunda 12 hari kerana kekurangan air menyebabkan kerja membajak terakhir tergendala.

Pada masa padi berumur 10 hari, dan sepatutnya menjalani kerja melandak pertama, hujan lebat sepanjang minggu hingga air parit melimpah masuk ke sawah. Semasa pokok padi SRI perlu dikurang air kepada cap-cap sahaja, air tidak dapat dikeluarkan selama hampir 2 minggu.

Tanah Sawah Kering dan Merekah Sebulan Sebelum Menuai

Tanah Sawah Kering dan Merekah Sebulan Sebelum Menuai

Selepas itu, sebaik sahaja padi terbit bunga, kerja-kerja membersihkan parit dijalankan oleh pihak berkuasa. Tanah tidak dapat menahan air dalam sawah. Air makin berkurangan sehingga tanah dalam sawah kering dan merekah. Dugaan.. dugaan.. Padinya nampak banyak, tetapi ringan. Musim lepas, bagi petak kurang daripada 1 ekar ini dapat lebih dari 1.3 tan. Tetapi pada musim ini hanya dapat mencecah 1.05 tan sahaja. Baca posting yang dibuat oleh hijausawah.blogspot.com di sini.

Beginilah risiko yang dihadapi oleh petani setiap musim. Bila kita buat sendiri barulah dapat menghayati peritnya. InsyaAllah, kali ini akan dirancang sebaik-baiknya sebelum masuk ke musim ketiga. Pada masa yang sama, dua petak pemerhatian yang lain berjalan lancar dan satu telah pun di tuai dan memberikan anggaran hasil 8.1 tan/hektar.

Advertisements

2 comments on “Menuai Padi SRI Organik di Parit 4, Sg Burong (Musim Kedua) 4 Jan, 2012

  1. Alhamdulillah. Menjayakan SRI ini adalah satu perjuangan yang apabila berjaya akan memanfaatkan ramai orang. Sama-samalah kita semua mengharungi cabaran dan terus berjuang menjayakannya. Tahniah diatas pencapaian. Salam kepada semua rakan-rakan. Jual beras dengan harga yang wajar dengan ke-organikan nya. YES! We can! Tentang peralatan melandak ni, rasanya kita telah mencapai kesuatu tahap. Cuma belum jumpa yang betul-betul hardy lagi. Teruskan bersama maju terus maju….

  2. Salam; Alhamdulillah, tetap berhasil. Untuk mendakwahkan amalan pertanian yang baik tentu banyak cabaran. DI SRI LOVELY macam lain pula cabaran; lepas top soil habis dikikis, benih pula expired; lepas tuai alat landak pula rosak. Macamana pula rakan-rakan militan SRI tak putus asa. Alhamdulillah, petak cubaan benih variety 253 yang asalnya untuk tanah gambut telah dituai pada 11 Januari 12. Kiraan potensi hasil = 7.12 tan/hac. Petak ini diusahakan oleh pelatih-pelatih muda yang ditaja oleh KEDA. Pembajaan(organik) hanya sekali. Begitu juga melandak hanya sekali kerana tak cukup alat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s