System of Rice Intensification (SRI) : Encik Toif Menuai Padi SRI Organik – 8 Okt, 2011

System of Rice Intensification (SRI) : Encik Toif Menuai Padi SRI Organik – 8 Okt, 2011

System of Rice Intensification (SRI) : Encik Toif Menuai Padi SRI Organik 8 Okt, 2011

System of Rice Intensification (SRI) : Encik Toif Menuai Padi SRI Organik 8 Okt, 2011

.
Selepas subuh, Pak Tam dan saya sudah bertolak untuk merekodkan hari bersejarah. Pada Selasa 8 Nov, 2011, Encik Toif akan menuai padi SRI Organiknya seluas 1.5 ekar.

Padi SRI Selangor : Ferozz Toif

Padi SRI Selangor : Ferozz Toif

Dalam perjalanan, dapat sms dari Wahidah bahawa pelawat dari Australia telah sampai di Kuala Selangor. Saya terus telepon Ferozz, anak En Toif untuk memberitahu supaya meneruskan kerja menuai dan minta tolong tangkapkan gambar. Tak lama kemudian En Toif sendiri telepon bahawa beliau bersedia melewatkan menuai kepada sebelah petang, jam 2. Kami berasa amat  berbesar hati. Terima kasih banyak En Toif. Alhamdulillah….

Padi SRI Selangor :  SRI-D9 Berdiri Megah

Padi SRI Selangor : SRI-D9 Berdiri Megah

Setelah siap urusan lawatan pelawat dari Australia, kami terus ke sawah Encik Toif. Kemat sampai dulu, lepas tu Othman. Tak lama kemudian, rakan-rakan SRI-D9 sampai, masing-masing hensem dengan baju korporat mereka. Wah, wah.. bangga sungguh saya melihat kemajuan ini.  Wahidah dan Hisam menyusuli.

Kemudian jentuai memulakan kerja. Semua kami berdebar hati kerana ini adalah penanaman padi SRI Organik yang berkeluasan 1.5 ekar dan dibuat sendiri oleh petani. Mungkin ada yang merasakan itu adalah keluasan yang kecil, tetapi bagi kami yang sudah 3 musim mencuba SRI Organik, ini adalah satu keluasan yang agak mencabar, terutama kerana mesin menanam satu-satu dan mesin melandak belum dapat disediakan. Saya secara terbuka ingin mengucapkan setinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada Encik Toif dan anaknya Ferozz kerana cekal meneroka cara penanaman dan pengurusan padi SRI Organik secara bersungguh.

Padi SRI Selangor : 4390 kg

Padi SRI Selangor : 4390 kg

Selepas siap menuai, kami dijemput ke rumah. Hidangan Raya Aidil Adha menunggu kami. Dalam bersembang berbagai topik, Encik Toif balik sambil memberi saya sekeping kertas. Di atas kertas tertulis beberapa angka. Angka yang ditunjuk kepada saya adalah 4390. Kilogram. Semua rakan-rakan yang ada bersorak gembira. Sekarang yang diperlukan adalah untuk membuat perkiraan kos pengeluarannya.

En Toif hanya dapat melandak sekali sahaja atas sebab ketiadaan mesin melandak yang sesuai pada masa itu. Dan penggunaan mesin melandak hanya sesuai jika padi juga ditanam menggunakan mesin. Perkara inilah yang perlu diberi pengamatan yang serius dalam mencari arah tuju yang paling menguntungkan petani. Kami telah memulakan penilaian dan perbincangan. InsyaAllah, dalam posting yang akan datang akan dibincangkan dengan terperinci.

Terkini: Saya dimaklumkan bahawa En Toif menjual padinya dengan harga RM1400/tan (harga belian semasa adalah RM1300/tan). Pada musim lepas ada pihak yang membeli padi semi-SRI Pak Lang Razak dan dijadikan beras yang dijual dengan harga RM6/kg. Di Tunjong, Kelantan, pada musim sebelum ini, beras SRI organiknya dijadikan beras dan dijual dengan harga RM10/kg. Ini adalah perkembangan yang baik yang mana adalah diharapkan, padi yang ditanam menggunakan SRI, pada satu masa yang terdekat akan mendapat harga jualan yang tinggi. Ini akan menjadi dorongan untuk petani menerima SRI sebagai ‘tambahan nilai’ yang menguntungkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s