Padi SRI Selangor : Berkongsi Ilmu SRI Dengan Penduduk Kg Alor Ganu, Kedah (22 Okt, 2011)

Padi SRI Selangor : Berkongsi Ilmu SRI Dengan Penduduk Kg Alor Ganu, Kedah (22 Okt, 2011)

Padi SRI Selangor : Berkongsi Ilmu SRI Dengan Penduduk Kg Alor Ganu, Kedah

Padi SRI Selangor : Berkongsi Ilmu SRI Dengan Penduduk Kg Alor Ganu, Kedah

Berkongsi ilmu SRI menjadi sesuatu yang harus dibuat dengan sepenuh komitmen. Banyak kebaikan yang dicetus dari SRI termasuk penjimatan kos, selamat dari keracunan bahan agrokimia, penjimatan air, mengembalikan kesuburan tanah, memberi peluang ikan sawah hidup dan memberi bekalan protin kepada penduduk kampung, menjana pendapatan tambahan daripada aktiviti menjual ikan sawah, mengwujudkan usahawan-usahawan pembekal produk SRI, pembekal perkhidmatan mesin melandak, dan menjana pendapatan tambahan juga dari jualan hasil tanaman yang kurang mengguna racun.

Yang paling mustahak adalah memberi kesejahteraan kepada sebanyak orang yang boleh. Apalah yang ada pada kami berdua kecuali semangat dan sedikit kudrat. Pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pertanian, terutama padi, mendorong kami menjadikan ini satu misi dalam masa terdekat.

Pada satu malam, semasa Pak Tam sedang memandu kereta untuk balik ke rumah, saya tanya, “Why are you doing all these?”

“Because it can be done,” jawab Pak Tam dengan tegas.

Kemudian Pak Tam sambung, “Because some people say it cannot be done,” jawabnya sinis. mm.. reverse psychology at work.. 😀 Jadi, the moral of the story, katakanlah sesuatu yang baik itu tidak boleh dibuat, InsyaAllah akan lebih berkobar-kobar semangat untuk menjayakannya.

Saya tersenyum kerana jika tidak kerana ‘passionate’nya perasaan kami terhadap menyampaikan ilmu SRI ini, mungkin tak sampai ke tahap sekarang. Walaubagaimana pun, kami berharap ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sudi belajar dan seterusnya menyebarkan ilmu ini kepada seramai petani yang terdaya oleh mereka. Jadikan ini sebagai satu perjuangan. InsyaAllah.. saya yakin ada jalannya.. Ya Rabb.. permudahkanlah.. Amin..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s