Padi SRI Selangor : Encik Razak Chik Menjana Pendapatan Melalui Penjimatan

Padi SRI Selangor : Encik Razak Chik Menjana Pendapatan Melalui Penjimatan (musim 1/2011)

Untuk melihat dengan lebih terang jadual di bawah, sila klik atas jadualnya. Jika anda berminat nak cuba, sila lah beli produk SRI (hubungi Saudara Rahman 019-245-9494, Saudara Aha Jani 017-338-7207). Jika ada apa-apa persoalan, silalah hubungi Encik Razak 016-202-7361 untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai cara menggunanya.  Jadual ini adalah dibuat ke atas tanaman padi tanam calit (tanam dengan mesin).

Semua Produk SRI boleh dibuat sendiri. Sila hubungi pegawai pertanian kawasan tuan untuk belajar cara membuatnya. Kalau dibuat latihan dalam kumpulan akan lebih berkesan agar masing-masing boleh sama-sama belajar dan ingat-mengingat. Oleh kerana kawasan padi di Selangor luas iaitu hampir 19,000 hektar, ia memerlukan ramai lagi yang membuat dan menjual produk SRI kepada rakan-rakan tani yang ingin membeli. Semoga semua usaha membuahkan kejayaan untuk para petani. Amin..

Tambahan: Jika dibuat melandak, setiap kali melandak akan menaikkan hasil diantara 1 hingga 1.5 tan/hektar.  Landaklah semasa umur padi 10 hari, 20 hari, 30 hari, dan 40 hari. Jika anda mendapat kenaikan hasil yang menggembirakan, ucapkan kesyukuran kepadaNya yang memberi segalanya. Lepas tu beritahu Mak Tam supaya dapat kita hebahkan berita gembira itu untuk dikongsi bersama rakan tani semua. Selamat melangkah ke era PERTANIAN FITRAH ALAM! 😀 Semoga kesejahteraan petani terjamin sepanjang zaman. Amin…

Padi SRI Selangor : Penjimatan Oleh Encik Razak Chik Musim 1/2011

Padi SRI Selangor : Penjimatan Oleh Encik Razak Chik Musim 1/2011

.

Padi SRI Selangor : Jadual Kerja Yang Diguna Oleh En Razak Chik

Padi SRI Selangor : Jadual Kerja Yang Diguna Oleh En Razak Chik, Sg Leman, Selangor

NOTA: Dlm buku Natural Farming Jabatan Pertanian, SRI Anak (Type II), SRI Bunga (Morning sickness treatment), SRI Buah (Type III). Sila tengok Lampiran I, selepas jadual untuk padi. http://www.scribd.com/doc/57074521/33/PENGGUNAAN-BAJA-NATURAL-FARMING

Advertisements

2 comments on “Padi SRI Selangor : Encik Razak Chik Menjana Pendapatan Melalui Penjimatan

  1. salam kepada semua pembaca blog ini …

    puan,

    apabila saya meneliti jumlah kuantiti baja yang digunakan wujud perbezaan yang amat ketara… sebagai contoh…

    1)kaedah yang digunakan oleh encik razak chik dari sg leman beliau hanya menggunakan 1.5 liter produk sri anak (type II) untuk 1.2 hektar pada hari ke 18 selepas tanam.(sila rujuk jadual pengurusan sawah cara sri oleh encik razak chik,sg leman)

    2)manakala berdasarkan kepada buku natural farming (nf) di malaysia yang dikeluarkan oleh jabatan pertanian pula dalam muka surat 29 (5.2.8 tanaman padi varieti mr 219 secara tabur terus(1 hektar)) berdasarkan jadual yang diberi kadar pembajaan type II pada peringkat vegetatif ialah 500ml sahaja…

    3)berbeza pula pada buku yang sama pada lampiran 1 buku yang sama iaitu jadual program kerja tanaman padi bagi 1hektar secara natural farming pada muka surat 36 bagi pembajaan peringkat vegetatif untuk type II jumlah kadar baja yang digunakan 3.5 liter

    kesimpulannya wujud kadar penggunaan baja yang amat berbeza diantara ketiga tiga kaedah pengurusan sawah ini iaitu 1.5 liter,500ml dengan 3.5liter…

    persoalannya…

    1)apakah faktor faktor yang dilihat sehingga wujud perbezaan yang amat ketara diantara semua kaedah diatas dalam penggunaan jumlah kadar baja…

    2)pada pendapat puan kadar baja yang manakah yang lebih ideal sekali atau adakah wujud faktor tertentu yang perlu dilihat dalam penggunaan jumlah kadar baja yang akan digunakan….

    terima kasih atas kesudian pihak puan untuk berkongsi ilmu dengan kami semua….

    • Assalamualaikum wrt. Terima kasih di atas pertanyaan mengenai kadar pembajaan yang diguna bagi tanaman padi. ‘Natural farming’ adalah satu kaedah pertanian berasaskan fitrah alam. Ianya dipopularkan di Korea, Jepun dan China, dan sekarang diguna beberapa negara lain seperti Filipina, USA (terutama Hawaii), Malaysia, dll.

      Di Selangor, kami telah mengolah panduan bancuhan Type II yang seperti dalam buku Natural Farming Jabatan Pertanian untuk memberi perlindungan yang lebih kepada pokok padi. Ini adalah kerana dikawasan padi rata-ratanya mengguna racun kimia yang sangat banyak. Bagi mengurangkan penggunaan racun kimia, adalah harus ramuan pencegahan perosak dilebihkan.

      Oleh yang demikian, kami telah membawa ilmu dari Indonesia ke dalam ramuan produk SRI ORGANIK Selangor iaitu memperkenalkan penggunaan labu kayu yang mempunyai kandungan agen anti-bakteria sebagai langkah menguatkan keupayaan pertahanan daripada penyakit (OHN juga sama-sama berfungsi untuk kawalan perosak dan penyakit kulat dan bakteria).

      Alhamdulillah, percubaan bersama Encik Razak dan rakan-rakan yang lain membuktikan keberkesanan ramuan dari ilmu Korea dan Indonesia. Pokok yang kuat pertahanannya berupaya mengelak serangan serangga perosak dan penyakit.

      Mengenai perbezaan produk SRI ORGANIK Selangor dengan buku NF itu adalah kerana kami mengguna konsep dan prinsip NF, dan menambahbaik dengan ilmu fitrah alam yang lain. Tetapi pada saya, yang paling mustahak bukan kadar yang dalam buku (itu sebagai panduan sahaja). Yang penting ialah dapat melahirkan kesan yang terbaik terhadap tanaman di sawah. Dan campuran ramuan serta kadar yang digunakan boleh diubah mengikut pengalaman petani sendiri.

      Perlu diberi perhatian bahawa syor dalam buku berdasar kepada pokok yang diberi treatment ‘Natural Farming’ keseluruhannya (iaitu tiada baja kimia langsung). Yang kita guna di Selangor ialah separa-nf sahaja. Baja subsidi kerajaan di teruskan seperti biasa, dan produk SRI ORGANIK digunakan sebagai booster dan pencegah perosak. Jika, buat keseluruhannya mengguna kaedah natural farming, adalah wajar 3.5 liter itu kerana semburan dibuat berkala pada jarak tertentu.

      Harap dapat menjawab persoalan saudara. Saya ada sampel SRI Anak dan SRI Bunga untuk diberi sebagai promosi produk. Jika sudi mencuba di atas pokok sekeliling rumah, sila pm saya di fb http://www.facebook.com/noorazimah.taharim alamat. Jika dekat saya hantar, dan jika jauh sila berikan nama, alamat penuh dan nombor telepon. Boleh saya poskan. Selamat Beribadah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s