Padi SRI Selangor : Pengalaman Menggunakan Produk SRI Pada Tanaman Padi (22 September, 2011)

Padi SRI Selangor : Pengalaman Menggunakan Produk SRI Pada Tanaman Padi (22 September, 2011)

.

Padi SRI Selangor : Encik Razak Chik Dengan Tanaman Padi Separa SRI

Padi SRI Selangor : Encik Razak Chik Dengan Tanaman Padi Separa SRI

Bukan senang bagi seseorang yang sepanjang hayat bertani dengan menggunakan baja dan racun kimia untuk bertukar memilih alternatif organik dibuat daripada tumbuhan dan haiwan yang ada disektitar kampung. Itu lah yang menjadikan tindakan yang diambil oleh Encik Razak Chik itu sesuatu yang luarbiasa, dan didorong oleh gerak hatinya yang ingin tahu.

Apabila melihat kepada perubahan yang positif terhadap tanaman padinya dalam satu keping sawah, beliau terus bertekad menggunakan Produk SRI secara lengkap kepada ke-11 keping tanaman padi khusus untuk benih (harga padi untuk benih adalah RM1300/tan, berbanding dengan harga padi biasa RM1150/tan).

Dengarlah dengan terperinci pengalaman beliau menggunakan Produk SRI dan kesan produk SRI terhadap padinya. Buatlah penilaian sendiri setelah mendengar testimoni seorang usahawan tani yang berjaya dalam lapangannya. Ini adalah penerangan Encik Razak dihadapan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian semasa kursus Pertanian Ekologi.

.

Penjimatan yang dibuat oleh Encik Razak pada kos pembelian baja tambahan dan racun kimia untuk satu keping (3 ekar atau 1.2 hektar) adalah seperti berikut:

Bil

Input Pertanian Yang Dibeli

Konvensyenel (RM)

Separa SRI (RM)

1. Kos produk SRI

140

2. Kos racun serangga – Karate, Confidor, Match, Regent, Armada, Previthon

1157

109

3. Kos racun kulat – Fujione, Amore, Sicore, Dithane 45

318

30

4. Kos racun tikus – Check

10

10

5. Kos baja tambahan – 12:12:17:2

1280

360

6. Kos racun rumpai – Solito, Gramoxone, NU-Amine

168

168

JUMLAH

2933

817

PENJIMATAN

2116

* Input berwarna biru diguna semasa Separa SRI.

Encik Razak masih terus menggunakan baja dan racun subsidi kerajaan (kosnya tidak dimasukkan di sini). Cuma yang diganti oleh beliau dengan produk SRI adalah baja dan racun tambahan.

Advertisements

One comment on “Padi SRI Selangor : Pengalaman Menggunakan Produk SRI Pada Tanaman Padi (22 September, 2011)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s