Padi SRI Selangor : Sessi Latihan Pertanian Ekologi Untuk Pegawai Jabatan Pertanian (22 September, 2011)

Padi SRI Selangor : Sessi Latihan Pertanian Ekologi Untuk Pegawai Jabatan Pertanian (22 September, 2011)

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memberi Latihan Pertanian Ekologi

Padi SRI Selangor : Pak Tam Memberi Latihan Pertanian Ekologi

Tanggal 22 September, 2011, iaitu satu hari selepas penerangan mengenai penanaman padi secara SRI kepada Sidang, Ketua Tani serta petani Sabak Bernam Tengah, Pak Tam dan saya sehari suntuk di Pusat Pertanian Parit 4, Sg Besar.

Beberapa bulan yang lalu, Pak Tam dijemput oleh Pengarah Pertanian Negeri Selangor, Tuan Haji Ahmad Zakaria Mohd Sidek untuk membincangkan usaha ke arah meningkatkan pusat pertanian tersebut kepada Pusat Latihan Pertanian Lestari terulung di negara ini. Tuan Pengarah meminta Pak Tam memberi proposal bagi tujuan yang dinyatakan diatas.

Pak Tam menawarkan khidmat untuk meningkatkan pembangunan fisikal sawah di stesen Parit 4, dan juga khidmat melatih pegawai-pegawai kawasan dalam pertanian ekologi. Pengalaman Pak Tam bekerja dalam Jabatan Pertanian dalam pembangunan komoditi padi, dan pengalaman bekerja dalam BERNAS dalam pengeluaran benih serta perladangan padi ingin dicurahkan kepada pegawai-pegawai muda jabatan. Semoga mencapai hasrat bagi tujuan meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan petani sejagat.

Padi SRI Selangor : SRIkandi Jabatan Pertanian Negeri Selangor Membuat IMO2

Padi SRI Selangor : SRIkandi Jabatan Pertanian Negeri Selangor Membuat MOL Labu Kayu

Saya memberikan latihan khusus mengenai SRI. Satu-satunya cara penanaman yang boleh diharap jika berlaku kekurangan air untuk persawahan, dan juga jika berlaku kekurangan benih disebabkan oleh bencana alam atau sebaginya. Dua keadaan yang runcing ini ada kemungkinan berlaku. Jika ia berlaku, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah bersedia untuk menghadapinya, dan petani-petani di Selangor mempunyai pengetahuan tentang satu kaedah dimana mereka boleh meneruskan penanaman padi untuk menjana pendapatan, dan juga memenuhi bekalan beras negara. Sekurang-kurangnya, petani ada pilihan untuk teruskan hidup mereka.

Yang menyeronokkan ialah kerana ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan baja organik untuk tujuan peningkatan hasil. Ada kumpulan yang yakin bahawa bahan-bahan organik semulajadi boleh menampung pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang tinggi, dan ada sebahagian yang menyatakan tidak mungkin kerana sudah ramai petani mendapat hasil melebihi 10 tan/hektar hanya dengan penggunaan bahan baja dan racun inorganik. Ada yang tak tahu yang mana satu betul. Oleh itu kami mencadangkan satu debat perdana di adakan pada sessi latihan akan datang, iaitu pada 17 Oktober, 2011. Tajuk debat adalah “Tanaman Makanan Boleh Diusahakan Dan Memenuhi Keperluan TANPA Input Agrokimia”. Pak Tam dan saya amat teruja dengan cadangan ini kerana debat bagus untuk percambahan minda. Selamat berdebat! Tapi jangan lupa membuat research dan persediaan yang terperinci.

Penghargaan kepada Tuan Haji Annuar Bujang, Pegawai Pertanian Daerah Sabak Bernam, Encik Abu Hassan, Penolong Pegawai Daerah Sabak Bernam Tengah dan Tuan Haji Alias, Pengetua Pusat Latihan Pertanian Lestari, Parit 4, Sg Besar kerana membantu memudahkan kerja-kerja latihan pada 21-22 September, 2011. Syukran..

Cik Zaliha Othman, Ketua Penolong Pengarah Pengembangan menutup latihan dengan nasihat dan pesanan. Tahniah dan syabas kepada beliau atas menyahut cabaran menghalakan pertanian kearah pertanian lestari. Semoga Jabatan Pertanian Negeri Selangor terus maju menongkah arus pembangunan, dan pada masa yang sama menjaga kesihatan petani, kampong halaman dan alam semesta. Yaa Rabb.. Makbulkanlah harapan kami.. Amin….

Padi SRI Selangor : Ketua Penolong Pengarah Pengembangan, Cik Zaleha Othman Memberi Amanat

Padi SRI Selangor : Ketua Penolong Pengarah Pengembangan, Cik Zaleha Othman Memberi Amanat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s